JEJAK JEJAK PERJALANANKU


RAHSIA BAGAIMANA MENJANA PENDAPATAN 5 ANGKA HANYA DARI RUMAH

Nama saya Herny. Saya dilahirkan pada tahun 1982. Saya adalah bekas Jururawat  dalam bidang Perawatan Rapi (Intensive Care). Saya mengenali Shaklee pada sekitar tahun 2011. Waktu tu saya terjumpa dalam forum tentang kegunaan Basic H iaitu salah satu produk Shaklee sebagai bahan pencuci organik. Sememangnya saya amat menggemari GREEN LIVING.  Pada masa tu anak saya, Puteri mempunyai eczema dan sangat alergy pada lampin pakai buang (Disposable Diapers) jadi Puteri hanya menggunakan lampin kain untuk kegunaan setiap masa (cloth diapers). Selain tu Puteri juga alergy dengan bahan kimia yang terdapat dalam detergent jadi saya mencari pencuci yang organik dan mesra alam,   Saya telah diperkenalkan oleh rakan mengenai Basic H. Alhamdulillah kulit Puteri sangat  serasi dengan Basic H.  Saya menggunakan Basic H selama hampir 2 tahun tanpa ambil tahu pasal Shaklee. sehingga pada suatu hari saya publish di Facebok untuk membeli Basic H kebetulan ada kawan facebook yang berdekatan boleh COD pada saya. Beliau adalah Master Izzati - orang yg memperkenalkan produk-produk2 Shaklee yang lain kepada saya. Kebetulan masa tu saya mempunyai masalah berat badan jadi saya diperkenalkan dengan set SHAPE UP. Pada August 2012 setelah membeli set lengkap untuk program mengawal berat badan dan mendapat keahlian percuma disebabkan belian lebih kurang rm700.  Waktu tu saya adalah serorang jururawat di Hospital Pulau Pinang dan ketika itu juga saya dalam perkiraan untuk resign dan memohon sebagai Jururawat di Arab Saudi. Memang saya bercita-cita untuk meningkatkan pendapatan tapi hati berbelah bagi untuk berpisah dengan suami dan anak. Saya sangat mengharapkan supaya Allah menunjukkan jalan terbaik untuk saya.
  Mungkin rezeki saya, saya memang seorang yang gemar berkongsi tentang diri saya di facebook dan blog. Ketika itu berat badan saya mula menyusut dan ramai kawan-kawan facebook berminat untuk mencuba. Setelah berbincang dengan upline saya tentang cara untuk mendapatkan produk serta konsultasi pada bula tersebut walaupun saya tidaklah merancang untuk berniaga tapi saya telah mendapat bonus sebanyak RM 200. Ketika itu saya mula mendalami produk-produk Shaklee dan kisah kejayaan pengedar-pengedar  Shaklee yang lain. Saya sangat teruja bila mengetahui ramai pengedar-pengedar Melayu Muslimah yang dah menggenggam income 5 angka sebulan hanya secara online dari rumah. Kebanyakan mereka telah berhenti kerja dari perkerjaan profesional di syarikat terkemuka. Dari situ timbul semnagat ingin mencuba kerana saya rasa ini lah satu-satunya peluang hebat. Saya yakin saya jugaboleh menjana pendapatan tinggi hanya dari rumah dan anak serta suami di sisi. Walaupun hati terasa ragu tetapi keinginan untuk mengubah nasib diri berkobar-kobar maka saya tekadkan azam jika Shaklee mampu beri saya income 5k sebulan saya akan "percaya" pada bisness ini. Jadi saya bersungguh-sungguh berusaha untuk mencapai target saya. Alhamdulillah pada bulan kedua saya telah mendapat bonus sebanyak Rm2000 dan naik pangkat pertama dalam Shaklee iaitu sebagai Supervisor . Pada bulan ketiga  pula saya naik pangkat kedua iaitu Senior Supervisor. Seterusnya pada bulan ke enam saya telah berjaya naik ke pangkat  Coordinator dan income telah cecah target awal saya iaitu RM5K!

BERHENTI KERJA SEBAGAI NURSE DI HOSPITAL KERAJAAN

Target saya telah tercapai! Saya semakin teruja dan terus mencabar diri. Saya berazam untuk mencecah pendapatan 5 angka pula dan cabar diri  untuk berhenti kerja jika telah cecah 5 angka sebulan. Disebabkan azam yang membara, saya mendalami LEADERSHIP SKILLS bersungguh dan membimbing anak-anak buah untuk duplikasi sepertimana diri saya. Benarlah untuk berjaya kita perlu berjayakan dulu anak-anak didik kita. Walaupun masih bekerja shift sebagai nurse tapi demi keazaman membara saya tidak pedulikan bebanan kerja dan kesibukan. alhamdulillah Allah melapangkan ruang dan suami juga amat memahami dan memberi sokongan . Pada bulan ke 10 saya income saya telah mencecah 5 angka sebulan dan saya telah berjaya naik pangkat sebagai Senior Coordinator  Pencapaian ini menjadi pemangkin lagi untuk saya terus maju dalam Shaklee. Setelah berbincang dengan suami saya nekad mengambil cuti tanpa gaji selama 3 bulan dan berazam untuk bergelar Master Coordinator sebelum cuti saya tamat. Masa "cuti"  membuatkan saya fokus 100%. Alhamdulillah saya terus naik pangkat berturut-turut ke Key Coordinator, Senior Key Coordinator dan  MASTER COORDINATOR pada bulan August 2013. Genap setahun selepas saya join sebagai Shaklee Independant Distributor.    Saya menubuhkan Organisasi Shaklee saya sendiri yang di namakan MULTIMILLIONAIRE (MM) yang beroperasi 90% secara online. Jaringan pengedar saya melonjak hingga ribuan ahli dan berkembang di setiap pelusuk negara. Suami saya juga turut berhenti kerja dan kami membuka syarikat sendiri iaitu Aturius Holding SDN BHD yang menguruskan perniaagan Shaklee dan juga Magic Lensa Production yang dikendalikan oleh suami saya yang menjalankan perniagaan photography, videography dan Multimedia.

LOGO RASMI EMPAYAR BISNESS SHAKLEE SAYA (REKAAN EXCLUSIVE SUAMI TERSAYANG)

Video jejak-jejak saya hingga ke Master

Bersama suami yang memberi restu kepada saya :)


Montaj Video mengenai empayar perniagaan saya dan anak buah di bawah naungan saya

Liputan Majlis Master Coordinator Celebration di Equatorial Hotel, Pulau Pinang 


Majlis potong kek semasa  Master Celebration

Bersama upline dan  2 leader saya yang juga bergelar Master dalam cycle yang sama dengan saya

 Dibawah organisasi saya berkembang hingga ribuan ahli perniagaan dan pengedar Shaklee dan mencecah income 4 hingga 5 angka sebulan. Saya berjaya melahirkan 3 orang MASTER COORDINATOR dalam tempoh kurang dari 2 tahun iaitu Master Rahimah ( 30 )  yang dilahirkan dalam tempoh setahun, Master Maria Muda (28) yang di lahirkan  dalam masa 10 bulan dan Master Fariza (26)  yang dilahirkan dalam masa 9 bulan! Saya juga telah mendapat anugerah semasa National Conference 2014 bagi pencapaian hebat pada 2013. Ini merupakan kali pertama saya naik ke pentas Shaklee National Conference.

Video Shaklee National Conference 2014

Bersama Poster New Master Coordinator di National Conference 2014


Bersama leader - leader yang juga sama menapat anugerah di Shaklee National Conference. Mereka juga telah mencapai 5 angka dalam Shaklee

KELUARGA EMPAYAR MULTIMILLIONAIRE (MM)

Bersama empayar MM saya banyak menganjurkan perjumpaan dan percutian dalam dan luar negara sebagai reward kepada leader saya
MM Kicks Start Putrajaya

MM Tour Kuching


MM Tour Kuantan bersama gandingan  anak didik saya Master Maria Muda

Video MM Tour Alor Star  bersama anak didik saya   Master Rahimah dan Master Fariza serta master jemputan Master Izzati dan Presidential master Nur Laila

group photo

Group photo MM Tour di Equatorial Bangi

MM Tour Sabah bersama COORDINATOR YUYU, SHAFINAH DAN MARJAN


Percutian PERCUMA bertaraf 5 Star dan Anugerah di peringkat Antarabangsa


  Saya juga telah layak mendapat ANUGERAH sebagai NEW MASTER COORDINATOR dan NEW FUTURE LEADER semasa global conference di LONG BEACH, CALIFORNIA. Di  USA, kami telah dibawa melancong di California dan San Francisco. Antara tempat yang kami kunjungi ialah DISNEYLAND, UNIVERSAL STUDIO, HOLLYWOOD WALK OF FAME dan GOLDEN GATE BRIDGE bersama anak dan suami. Hidup saya telah banyak berubah setelah nekad menumpukan 100% dalam perniagaan SHAKLEE. Dulu tak pernah bermimpi nak melancong sampai jauh keluar negara. Tapi Shaklee telah membuat saya berani bermimpi dan menggapai impian.

 
 Shaklee live Long Beach 2014 & Free Trip California and San Francisco



Anugerah New Master Coordinator


Bersama ahli2 Shaklee dari USA



Shaklee Global Conference Long Beach, California, USA ( Saya telah berdiri di pentas itu)



Saya bersama anak didik saya bergambar dengan BILLIONAIRE Roger Barnett yang merupakan CEO Shaklee Corporation.


Walk of Fame Hollywood


Hollywood Boulevard



Bersama-sama Shaklee hidup saya telah banyak berubah. Saya bukanlah asal berdarah peniaga tetapi dengan Shaklee telah terbukti mampu menjadikan anda, seorang Luar Biasa! Anda mampu bermimpi dan mencapai impain anda. Telah terbukti dan anda hanya perlu melalui jalan yang sama seperti saya. Dengan mimpi besar dan tekad yang tinggi. Semangat yang kental siapa saja tak boleh menghalang anda untuk BERJAYA! Berani lah bermimpi dan kejar impian anda dengan usaha sepenuh hati!

Petua Kejayaan dalam Shaklee

Semoga kisah perjalanan saya menjadi inspirasi kepada anda semua terutama anak cucu family MM. Walau bagaimanapun saya tidak berpuas hati setakat ini. Inilah hanya satu permulaan baru. Masih ramai lagi yang saya perlu bantu. Saya masih perlu bantu anda di luar sana mendapat nutrisi terbaik dengan konsultasi yang baik serta membantu anda yang ingin menjana pendapatan.  

Jika anda punya impian - sila kejar impian anda. Jangan terus menunggu dan biar ia berkubur. Tiada masa yang lebih tepat untuk berubah melainkan SEKARANG!!!!

"IF YOU BORN POOR IS NOT YOUR MISTAKE.BUT IF YOU DIE POOR IT IS YOUR MISTAKE" - Bill Gates

penghargaan:

flash video, montaj, slide show, photography & videography by Magic Lensa by Master Hafiz Harizan (founder of Magic lensa Production SDN BHD)
Post a Comment