ramai juga ya,yg tak kenal kale. kale ni sedara mara kailan juga. kailan yg kita selalu makan tu dari jenis chinese kale. lebih tebal daunnya. tapi dikatakan chinese kale (kailan pon lebih kurang khasiat dengan curly kale ni)
dari segi teskture saya berpendapat kale ni lebih lembut dari kailan dan lebih keras berbanding salad. sesuai nak buat masakan baby. kalau salad tu hancur lembik bila direbus.
kale ni antara superfood juga. sebab khasiatnya yg tinggi berganda kaya kalsium, vitamin C dan iron. boleh swipe sebelah untuk khasiat kale.
kale sesuai juga di tanam dalam persekitaran negara kita. pokoknya agak lasak. (saya ada tanam tapi belum sesuai nak harvest/ tuai)
nak dapatkan sayuran kale boleh beli di aeon atau tesco atau grocery2 yg premium sikit lah. harga sepaket tu dalam RM5.
ibu2 BF boleh blend buat juicing kale ni dgn apple hijau dan minum as milkbooster atau naikkan HB masa preggy. one of my favourite juice jugak.
#tipsmamadayyan #dayyanfoodnotes
No comments:
Post a Comment