JOM SHAKLEE!

anda nak dapatkan produk produk shaklee atau nak jadikan shaklee sebagai sumber pendapatan ? hubungi saya. whastapp 013 5825382 herny hafiz

Saturday, July 21, 2018

Makanan Pelengkap Dayyan - Stage 1

Salam semua,
Untuk entry ni saya akan compile menu2  dayyan ketika  umur 6-7 bulan. 
Stage 1 ialah makanan yang diberi kepada si manja yang berbentuk puree atau di blend halus. Dayyan makan makanan blend macam ni 2 bula  sahaja. Masuk 8 bulan dayan  lecek2 saja.  tapi ada kala blend juga la. 

Untuk Dayyan saya mulakan dengan puree  betik, pisang, avocado dan labu. Kemudian saya intro dengan baby rice porridge jenama NHF yang mengandungi pearl rice, purple rice , millet dan Quinoa. Beras ni natural dan organik. Kaya protein. 

masuk 7 bulan saya dah intro dengan Fish stock  dan Chicken Bone Broth. Saya add dalam bubur dan tambahan sayuran seperti daun sup, daun bawang, leek, labu, zuchini. Saya juga intro dengan couscous, dan brown rice pasta.

Untuk Lemak baik saya berikan ghee (minyak sapi, Unsalted Butter, Olive Oil dan Virgin Coconut Oil. 

Saya masak menggunakan Slow Cooker kemudiab blend kan. 

Berikut beberapa posting yang saya dah upload di 
INSTAGRAM. follow ye hihihi.. tapi sekarang no more baby food dah since dayyan dah toddler pun. menu pon dah berubah.

--------------------------------------------------------------

puree betik dari pokok tanam sendiri.

ni beras brand NHF. warna macam tu sebab purple rice. Beras ni saya belum campur apa sebab nak test. alhamdulillah dayyan pass!

organic pumpkin yang saya guna. Beli dari Aeon.

Puree Labu yang di blend dan di tapis

after 2 minggu saya start mix labu dan nasi. nyummm nyumm

ni rupa bubur dayyan bila masuk 7bulan. Mixed baby rice with millet & quinoa + Chicken bone broth + labu dan timun jepun.

portion makanan dayyan 1 hari + 3 sudu beras.

Nyumm Nyumm

Lepas di kisar halus (puri)

bila keluar bawak dia dalam food feeder. Mudah nak suap.

Oh masa 7m saya juga intro garlic dalam masakan. Untuk naikkan imune.

Rupa bubur dayyan sebelum di blend.

Beras yang Dayyan guna. Ada banyak sebab belikan kat kawan kawan sekali. Beras ni melawaskan dan tinggi protein tau.

Fish Stock  saya senang je. Ikan tu nak buat laksa sebenarnya.rebus dengan asam - asingkan sikit.

Ni antara menu masa 7 bulan.

Menu 7 bulan semua ya direbus dan blend.

nyummmm nyummmm


ok setakat tu je dulu menu 6-7 bulan untuk stage 1. masa ni pos dalam instagram ikut suka je. jadi tak banyak lah posting makanan dayyan. 

bahan2 di atas tu shopping for stage 2 pulak. lebih banyak sayuran dan flavor. Stage 2 saya dah tak puri / blend makanan. Tapi kadang2 blend juga. masuk 9 tu memang jarang sangat lah blend! 

nantikan next entry yaz 

Sharing is Caring,
Herny Hafiz.

follow my FB and Instagram ye. 

Post a Comment