JOM SHAKLEE!

anda nak dapatkan produk produk shaklee atau nak jadikan shaklee sebagai sumber pendapatan ? hubungi saya. whastapp 013 5825382 herny hafiz

Thursday, July 19, 2018

Bayi Perlukan Makanan Tinggi Lemak









malam ni saya nak share sikit pasal fat (lemak baik) ramai yg tak sedar atau tak faham tentang pentingnya berat badan yg baik untuk toddler (1-3 tahun). kalau anak kita masa check up doktor kata tak cukup berat kita sebagai ibu jgn denial. sebaliknya kita berlapang dada dan cari la kenapa doktor penting sangat tentang berat. just sedikit info saya nak share. info level mak mak je ni. bukan level physician / nutritionist ke. 


fat ni ada lemak baik ada lemak jahat. cth lemak jahat ni macam lemak2 kat kulit ayam, babat lembu, makanan bergoreng, marjerin  semua tu lemak tak bagus. transfat & processed food etc. .

ada 4 poster saya attach dalam pos ni boleh refer. paling penting fatty acids ni masa umur 1-2 tahun. sebab masa tu otak berkembang sangat pesat dan saiz otak membesar  hampir menyamai otak dewasa by age 2. rugi kalau kita tak feed dgn baik masa fasa ni sebab sangat penting untuk perkembangan otak, memory, kepantasan berfikir . 

jadi apa tanggungjawab kita sebagai ibu?

• kita kena pastikan berat anak kita bagus sebab berat badan ni berkait rapat sebagai indikator dengan pemakanan yg kita bagi kat anak kita.

makanan apa yang mengandungi lemak baik?

selain butter, cheese  dan yogurt ada baaaanyakkk lagi yg lebih affordable , safe yang kita boleh sediakan cthnya 

• minyak zaitun dara (virgin olive oil)

• minyak kelapa dara (minyak kelapa dara)

• almond

• soybean/ edamame (pilih yg sesuai cth tofu organic)

• peanut butter ( pilih yg natural, no salt atau buat sendiri kuah kacang baby)

• ikan

• telur

• minyak sapi

• fish oil

•nuts & seeds


itu antara sedikit info je. maybe boleh bagi idea pada kita mak mak ni. walaupun kita ni mak mak duk ceruk dapur je tak salah kita menggali ilmu, membaca dan jadi cerdik sikit kot? ke tak boleh? 


Sharing is Caring,

Herny Hafiz

Post a Comment