JOM SHAKLEE!

anda nak dapatkan produk produk shaklee atau nak jadikan shaklee sebagai sumber pendapatan ? hubungi saya. whastapp 013 5825382 herny hafiz

Friday, February 2, 2018

dayyan jalan jalan kellie's castle

 
drone view taken by husband

minggu lepas kami satu family ke Ipoh. alang2 dah sampai Ipoh singgah ke Batu Gajah melawat Kellie's Castle.


Kami sampai tengahari dan panas masa tu. Lepas bayar tiket so mula lah masuk ke kawasan castle separuh siap ni.
sampai je jalan masuk tu dah seram jugak la sebab usang sikit bangunan tu kan. kemudian kami melawat rumah lama yg runtuh tu. naik ke tingkat atas yg menempatkan bilik linen dan bilik tetamu . dan juga tingkat kedua yg ada bilik anak perempuan dan anak lekaki seta bilik William Kellie.

Perasaan masa tu meremang la jugak. Dayyan bersama bibik. Masa kat tingkat satu tempat yang di mana orang kata terjumpa roh william bersiar-siar dah seram sikit. Dayyan pun tidur je sebenarnya. So saya suruh Bibik turun dan bawak Dayyan keluar.

kemudian kami ke tingkat atas. Bahaya sebenarnya sebab takde pagar keselamatan pun atas bumbung tu, Kami juga jenguk kat bahagian lift. Gayat sebenarnya sebab kawasan tu kan bangunan tak siap dan ciri keselamatan tu kurang.


Masa kat roof top atas sekali husband turun ambil drone tinggalkan saya dan puteri. Gayat dan risau sebab dengan anak. Puteri ni pulak jenis tak gayat duk menjenguk2 dari tingkat atas tu. Kami kat situ dalam 1 jam saja.

sedikit penerangan tentang Kellie's Castle ni.
William Kellies ni adalah seorang berbangsa Scotland. Beliau datang ke Malaya masa umur 20 tahun dan mulakan perdagangan di lembah Kinta. Hasil perniagaan menjadikan beliau sangat kaya dan sebab itu beliau nak membina mahligai ni sebagai tanda kekayaan dan cinta. Macam2 versi sebenarnya kisah William ni. Namun cita2 nak menyiapkan castle ni tertangguh akibat masalah kewangan, masalah pekerja2 terkena penyakit. walau begitu William tetap meneruskan hajatnya untuk menyiapkan bangunan ni. Sampai peringkat terakhir untuk menempah lift dari Eropah William meninggal di Lisbon tahun 1926 pada usia 60 an. Dan selepas kematian beliau isterinya tak berminat lagi meneruskan impian William maka ladang dan bangunan Kellie's Castle ni telah dijual.

Sejak itu bangunan di biarkan dan usang selama berpuluh-puluh tahun hingga 1998 dan pernah di bom semasa zaman Jepun sebelum kerajaan negeri Perak membaik pulih dan memulihara bangunan ini sebagai tarikan pelancong. Dari bacaan saya , susur galur keturunan William tak dapat di kesan sehingga sekarang.

Next time kalau sampai Ipoh lagi suami cakap nak singgah lagi untuk ambil gambar dalam bangunan ni memandangkan hari tu agak rushing. Mengikut info di google kalau nak melawat Kellie's Castle ni apabila dah sampai 5.30 petang dah patut beransur pulag kerana katanya anatara jam 5.30-7.30 adalah waktu punca untuk bertemu entiti paranormal.

Post a Comment