JOM SHAKLEE!

anda nak dapatkan produk produk shaklee atau nak jadikan shaklee sebagai sumber pendapatan ? hubungi saya. whastapp 013 5825382 herny hafiz

Tuesday, January 30, 2018

buat perkara baru jika mahu ubah diri


gambar ni masa birthday puteri yang ke 5.
alhamdulillah masuk umur 5 tahun kesihatan bertambah baik.

saya bukanlah org senang. husband pun masa mula masih tak ada kerja tetap. hanya buat freelance. tapi alhamdulillah ada rumah pusaka ni. boleh la menumpang. hidup masa tu dapat gaji habis cukup untuk perkara paling asas je. 

nak tanak saya decide untuk cari duit lebih. ada sekali tu masa bulan puasa saya tengah mengandungkan puteri 3 bulan dgn alahan teruk saya buka gerai nasi lemak.  alhamdulillah laku. 
masa tu kalau kerja shift pagi malam2 siap2 beli ayam 4-5 ekor basuh perapkan. packing barang2. 
balik kerja dalam jam 3 pasang gerai kemudian mula la masak ayam kat situ. 

sampailah habis berbuka. tatau mana datang kekuatan masa tu. kadang kena shitft malam meniaga dulu malam masuk kerja. kenangan yg tak boleh lupa ialah gerai kena ribut habis  runtuh. 

alhamdulillah untung tu boleh buat la belanja beli baju raya dan kelengkapan lain. masa tu saya alahan. kalau duduk di rumah rasa lagi letih. 
bila sibuk2 tak sedar masa berlalu. bila kenang balik gigih tak gigih bisness masa tengah mengandung. saya tak pernah ada pengalaman jual pun. tapi sebab agak terdesak cabar diri juga. 
buang rasa malu. 

dalam hidup kita ni kalau kita nak sesuatu yg kita tak pernah dapat perkara pertama ialah keluar dari comfort zone. kita kena berubah buat sesuatu yg kita tak pernah buat. bila kita dah pecahkan tembok tu, beranikan diri, kita akan dapat keyakinan.

perkara yg kita tak pernah buat, perkara yg luar dari kebiasaan, perkara yg kawan2 kita tak buat. kita je buat sorang. perkara tu lah yg akan membuatkan kita lebih kuat. menjadikan diri kita lebih baik dari sebelum ni. 

jadi bagi anda yg hidup dalam keperitan, tekanan hidup serba kekurangan. percaya lah takde apa yg akan berubah jika kita sendiri tak pernah ambik langkah  untuk ubah diri.

YOUR COMFORT ZONE IS KILLING YOUR SUCCESS.
Post a Comment