Thursday, July 13, 2017

Tips ketika anak demam panas

Alhamdulillah dayyan rasanya dah betul2 sembuh. tengahari semalam saya perasan muka dia tiba2 flushing , mata berair, temperature spike. bila check 40degree! ini kali pertama Dayyan demam. Tapi dalam peti sejuk memang saya selalu stanby syrup paracetamol (unopened/ belum dibuka). So cepat2 saya bagi dia 2ml  6 jam sekali. ( dose kiraan ubat di bawah)

kemudian saya jelum kepala dan bagi dia makan  benda yang menyejukkan badan. (dayyan umur hampir setahun dan dah makan solid food) 
> sup bening timun , celery dan isi ayam.
> buah naga dan tembikai
> air kelapa 6 oz (selang 2 jam lepas beri ubat) 

>saya mandikan dia berendam dalam besen 15-20 minit. 2-3 kali sewaktu siang. 

>sentiasa jelum basahkan kepala.

selain tu kerap bagi susu 3 jam sekali dan tukar diapers 3 jam sekali. masa demam air kencing pun jadi panas so elok tukar kerap dan basuh bahagian kemaluan lebih kerap untuk turunkan suhu juga.

jika suhu masih belum turun lepas bagi paracetamol dan berlarutan temperature spike sebaiknya segera ke hospital. mungkin perlu buat blood test untuk further investigation.

semoga tips ni dapat membantu ibu2 untuk handle baby yang demam secara tiba2. 

alhamdulillah tengah malam semalam,suhu dah turun normal. dan pagi ni dah ok dan kebah berpeluh2 badan. 

hari ni pun bagi makan nasi lembik dan sup bening & bagi buah2 an je. 

* cara kiraan syrup paracetamol (PCM)
> syrup paracetamol ada 2 jenis kepekatan iaitu 250mg in 5 ml dan 120 mg in 5ml

selalunya  dose PCM ialah 10-15 mg bagi setiap 1 kg jadi formula  kiraan dose ialah

10mg x ( berat anak ) kg / (dose kepekatan pcm) x 5

Berat Dayyan  10kg dan PCM yg saya beli berkepekatan 250mg in 5ml.

kiraan dose PCM utk Dayyan
======================
📍1st kira dos paracetamol untuk Dayyan. 
10mgx 10kg = 100

📍2nd untuk dose kepekatan 250mg/5ml; 
1ml ubat = 250/5 = 50

📍3rd jumlah ml ubat yang perlu ambil adalah:
📌100/ 50 = 2ml (*_*) 
So rumusan yang paling senang adalah seperti berikut

10mg x ( berat anak ) kg / (dose kepekatan pcm) x 5

tekan kalkulator kiraan: 
📌10 x 10 / 250 x 5 = 2

👉🏻 jadi dos Dayyan ialah 2ml

* ibu2 kena tahu kiraan ni sebab anak kita berat tak sama dan berubah2. 
*pengetahuan kiraan PCM penting untuk kita kira ketika kecemasan. Pastikan syrup PCM unopened sentiasa ada di rumah. 
*selain tu kita juga boleh double check in case ada kesilapan kiraan dose dari klinik / farmasi. 
*sila repeat temperature 1/2 jam lepas pemberian PCM dan observe setiap 4 jam. jika temperature masih lagi spike 38- 40 degree walaupun telah diberi PCM sila segera ke hospital sebab bayi mudah kena sawan panas (febrile fits)

love, 
hernyhafiz
Post a Comment