Thursday, July 27, 2017

Resepi Masak Lemak Daun Turi / Daun Geti

semalam saya ke pasar malam. kat situ saya jumpa daun geti atau pun dikenali sebagai daun turi. 
teringat zaman kecik. Masa di kampung saya tinggal dengan nenek. Pokok Geti belakang rumah ja. Bila berbunga kutip bunga geti dan pucuk. simpulkan pucuk2 geti. celur sikit. kemudian buat masak lemak. sedap nya. kalau kena dengan ikan masin dan sambal belacan. wahhhhh terangkat.

Okayla. saya nak share resepi mudah masak lemak pucuk geti.

Bahan Bahan
Pucuk dan bunga geti
bawang besar 1/2 dicincang
lada besar jika mahu
ikan bilis sejemput
garam gula sesedap rasa
air secukupnya
santan lebih kurang 300 ml.
labu atau keledek (optional)

cara nak buat masak lemak 
paling penting daun geti tu di simpul dan celur sekejap. dan dibuag air (saya tak celur pun pahit2 sikit ok ja)
kemudian masukkan bilis, lada merah dan bawang serta semua bahan sekaligus je.
masak sampai ubi empuk dan daun pon masak.

makan bersama nasi panas, ikan goreng, sambal belacan dan ulam ulaman.

mula2 ingat puteri tak suka. bagi dia rasa sikit rupanya dia suka. 





love , 
herny hafiz 
Post a Comment