Thursday, July 27, 2017

Resepi Kari Rebung dengan Ayam

Semalam saya ke pasar malam terjumpa peniaga jual rebung. RM 10 sekilo. Jadi saya beli 1/2 kg

sedapnya terbayang2 dah nak gulaikan dengan daging. tapi takde pulak orang jual daging.

so balik buat kari ayam je.

kari rebung ni yg unik ialah cara hirisan rebung tu. kena hiris2 nipis2 tapi tak putus. 

rebung yg  saya beli tu rebung masam jadi balik kena tebus dulu bagi lembut.

RESEPI KARI REBUNG DENGAN AYAM
rebung siap rebus 1/2 kg
ayam 1/2 kg (pilih bahagian tulang lebih manis)
santan 300ml
air 1L (secukupnya)
bawang putih 3 ulas bawang besar 1/4 ditumbuk
daun kari 2 tangkai
minyak untuk menumis
serbuk kari pack kecil sebungkus (saya guna babas)

cara masak
tumiskan bawang. dah wangi masukkan daun kari. kemudian tuang rempah kari dan masukkan air. kacau dan tunggu sampai rempah masak dan pecah minyak.

kemudian masukkan ayam , rebung dan air.
tunggu sampai ayam masak baru masukkan santan. kacau sampai santai mendidih. 

masukkan garam sesedap rasa. siap.
saya suka masukkan santan last sebab senang nak pastikan santan tu tak berketul2.

hidang dengan ikan goreng ,nasi panas, sambal
belacan dan ulam2. memang mengancam! 







love,
herny hafiz

Post a Comment