Wednesday, July 12, 2017

Resepi Kari Kepala Ikan Cara Mudah


cara masak kari style herny ni mudah je. takde guna banyak bahan pun. siang tadi ke pasar ada kepala ikan beli la seketul saya suka kepala ikan merah. masak kari 1/2 then lagi 1/2 nanti masak asam pedas pulak . 

bahan bahan macam kat gambar bawah tu.
hidangan untuk 4 orang makan
bahan bahan
kepala ikan merah 1/2 ( dapatlah 3 ketul)
bawang merah, bawang putih, halba campur, daun kari
rempah kari 1 bungkus
santan pekat 1/2 cawan 
tomato sebelah
bendi dalam 10 biji
asam keping 1
garam dan gula
minyak untuk menumis


cara masak
1. tuangkan minyak dalam periuk
2. dah panas tumiskan bawang merah bawang putih halba dan daun kari
3. masukkan serbuk kari ikan
4 masukkan 2 cawan air dan tunggu sampai rempah pecah minyak
5. masukkan 2 cawan air lagi
6. masukkan kepala ikan dan tomato
7.kepala ikan dah masak masukkan santan, garam gula sesedap rasa dan masukkan bendi
8. bendi dah masak dan ikan dah masak test rasa dah sedap. boleh la hidangkan.

senang je kan? tips. ikan tu sebelum masak basuh guna air asam jawa untuk hilangkan hanyir. gula tu letak sikit je jgn banyak2 pulak. untuk macam ni dala 1/2 sudu teh saja.

selamat mencuba.
love,
hernyhafiz
Post a Comment