Thursday, July 13, 2017

Resepi broth tulang lembu ( beef bone broth)


IMMUNE BOOSTER : BEEF BONE BROTH

hallu, semalam saya beli 1 kg tulang lembu. balik saya rebus dapatkan broth. broth ni sanagta bagus sebagai immune booster, kuatkan tulang, natural expectorant dan juga sumber mineral yang bagus terutama bagi anak anak yang sedang membesar. broth boleh diberi kepada bayi yang dah start makan seawal 7 bulan lagi tau.  


RESEPI BEEF BONE BROTH
basic cuma tulang air dan asid lemah.

kali ni saya cuma guna tulang lembu sekilo, asam keping 1, air 4 liter lebih kurang. 
additional sup bunjut dan halia
 (nak letak apa2 sebagai tambahan boleh)

cth lain kalau nak letak boleh letak parsnip, fennel, karot, celery, parsley, tomato cuma elakkan masukan benda berkanji sebab nanti air cepat kering so bila nak tapis tu tak dapat broth. dah kena serap. macamana pun terpulang pada citarasa masing masing.

bagi saya, sebab  saya nak air tu banyak kandungan tulang2 tu, jadi saya kurangkan bahan bahan tambahan .bila tak banyak campuran bahan jadi air tu lebih mudah mudah nak menapis. 

dah siap , masukkan dalam bekas kecil2 dan bekukan
lepas dekat 10-12 jam rebus. makin pekat dah broth. so saya sejukkan dan buat frozen. saya guna bekas puree tu dalam 2 oz je seketul. masukkan broth. bekukan. dah beku keluarkan masuk bekas. dan ulang2 je. saya takde beli banyak pun bekas puree tu. jadi dah beku keluarkan buat baru. tulang yg lebih tu boleh la buat masak benda lain. bone broth sangat bagus untuk immune dan tulang. bukan saja untuk baby yg dewasa pon  bagus amalkan. bila buat banyak2 nanti boleh la campak masuk bila buat makanan berkuah. atau apa2 saja mengikut citarasa. 

tulang tulang lembu yang tengah direbus dalam slow cooker.
selain daripada tulang lembu boleh juga guna apa2 tulang juga contoh tulang ikan, tulang ayam atau ikan bilis. guna kulit2 udang pun boleh juga. jadikan amalan dalam keluarga untuk kesihatan.

love,
hernyhafiz
Post a Comment