Wednesday, July 12, 2017

Dayyan cuti cuti Sunway Lagoon

28 April 2017- 1 may 2017 kitorang ke KL. check in kat Sunway hotel. hujung minggu tua ada Shaklee National Conference. jadi sambil ke Conference sambil jalan jalan la bawak anak. Masa tu umur Dayyan dah hampir 10 bulan.. Dah makan solid food. So walaupun travel tetap nak masak sendiri makanan jadi  mama bawak buat meal prep awal2 untuk 4 hari.
Meal prep senang je. Siapkan semua bahan. Frozenkan. kemudian bawak beras secukupnya.

bahan2 frozen tu sayur sayuran, isi ayam dan olive oil.

Lepas dah buat Meal Prep saya bekukan. Masa nak travel just pack saja. saya guna bekas styrofoam size kecik je letak icepack dan letak dalam cooler bag Tesco. Sampai KL masih beku lagi.


Sampai di hotel, nak masak just guna Slow Cooker, humbankan bahan2 tambah beras kemudian sebelum tidur on kan Slow Cooker dan pagi dah siap. Walaupun Travel alhamdullilah Dayyan masih boleh makan makanan masak sendiri yang diyakini bersih dan sihat gitu.

rutin pumping pun macam biasalah. Dayyan masih lagi minum susu ibu walaupun tak direct feeding.


pumping 

Dayyan geli dan masih takut takut masa awal

takuttttt laa
kakak, mama dan Dayyan
Puteri sejak dah besar susah dan nak amik gambar dia
. ni
kakak dan Dayyan

masa ni baru boleh berdiri dan tatih sikit sikit
Baby sitter
dah lama sikit dah seronok sampai taknak naik dah
balik dari KL Dayyan dah sunburn . Sapu2 je herbal blend Shaklee dah ok. Alhamdulillah walaupun seharian mandi manda Dayyan sihat2 saja. Takde selsema batuk. 2 minggu lepas trip ni mama ke Japan pulak untuk Trip Shaklee tinggal sekejap. Lepas ni saya up tentang Trip Japan pulak.

love,
hernyhafiz
Post a Comment