Friday, December 23, 2016

Diary Dayyan : Hippopo Baby Spa

salam sayang
entry ni saya nak cerita sikit pengalaman pertama saya bawak baby Dayyan humban dalam pool kat Hippopo Baby Spa. 

Saya g kat cawangan penang di Queensbay Mall.
Hari Rabu dapat murah sikit Rm68 je untuk satu sessi.
Hari lain biasanya RM 88

So sepatutnya appointment jam 4.30 tapi sebab tak confirn kena postpone jam 5.30. Oklah tu. mama merewang dullu beli ciskek minum2 sementara tunggu.

ok dah sampai masa nak spa.
mula2 Dayyan kena exercise dulu. Nasib la dah poo poo hari ni. So takde la keluar angin sangat. Malu2 je angin pun.

Lepas dah exercise Therapist buka baju dan pakaikan swimming diapers. Swimming Diaper takkan leak kalau baby poop atau pee. 


Then Therapist bawak Dayyan main2 air masa ni Dayyan dah cuak buat muka masam dah. Then dorang pakaikan nect float dia terus meraung. jenuh  juga mama pujuk bagi susu semua tak nak. lepas dah ok try masukkan lagi sekali lagi tanpa float dah ok sikit pakaikan float biasa. Kali ni dia dah boleh adapt enjoy kelas swimming yg tak swimming ni. hahahah..

lepas 30 minit so dah stop main2 air Dayyan diangkat dan start massage.
lepas massage dia dah seronok main2 ngn para therapist kat situ.

selesai semua kitorang pon balik.
malam tu Dayyan tido nyenyak. selain pakej sehari ni ada jugak macam2 pakej boleh boleh refer gambar bawah ni. 

so uols kalau nak train baby berenang boleh la mula. kalau tak salah berat bermula 4.5kg dah boleh mula hantar. Tapi make sure baby sihat dan cergas ye.

salam sayang,
herny hafiz

Saturday, December 3, 2016

Diary Cuti Sekolah Puteri 2016 : Taman Belia Pulau Pinang (Penang Youth Park)

I'm I'm hari ni pagi2 jam 7 dah keluar. Suami ada job photoshoot untuk Family Day MPPP. So tumpang sekali bawak anak2 jalan ambil angin.

Gelap2 dah keluar. sampai sana dah ramai. Dayyan pon happy je. Puteri dah mula panjat sana sini.
Youth park ni dah lama. dulu husbnd pernah tunjuk gambar masa dia masih budak sekolah rendah bapak mertua suka bawak dia datang sini. kiranya ni la antara tempat yang husband suka datang masa kecik.

tempat dating pon ya jugak ni.

esok plan nak je Queensbay pulak tengok  cerita Moana!




tak banyak gambar snap hahahah. kelam kabut mak pon. 

ok baiiiiii 



Friday, December 2, 2016

Diary cuti sekolah puteri 2016 : Bukit Bendera (Penang Hill)

salam sayang,
cuti sekolah dah mula. kali ni saya plan sepanjang cuti sekolah saya nak bawak anak2 saya pusing negeri kelahiran mereka. ambil gambar buat kenangan. Masa cepat berlalu lagi 10 tahun mungkin sudah berubah.

Hari ni saya jalan dengan sahabat saya, Imah bersama anak dia munif dan misya. 
Saya pulak bawak puteri & dayyan.


Imah datang pickup kat rumah dan drive ke Penang Hill.

sampai sana beli tiket dewasa RM10 , kanak2 RM5.




sampai kat atas cari makan dulu.
kami order penuh meja sebab masing2 kelaparan. 

harga yg saya ingat
Teh Ais RM1.50
Teh Tarik RM2
Fish & Chip RM13
Laksa Penang RM4
Jus  avocado RM9
Lamb Chop RM 16
lain tak ingat da.

Laksa tu sedap.

Lepas makan hujan turun. Nasib bawak payung.

Tingkat atas ada tempat untuk letak padlock tu. so beli padlock dapat tiket masuk owl museum.




so 1 padlock untuk 2 org  ( 7 tahun ke atas).
jadi beli lah bagi cikput tulis dan design

selesai bergambar. 
turun ke Owl Museum. Dekat Gift shop selamat mama di pow cikput sling bag & poskad. nak bagi kawan katanya.





selesai melawat owl museum kami balik sebab dah lewat dan hujan.
sebenarnya ada lagi tempat2 cantik. tapi bawak budak2 takpe la tu pon dah semput nak kawal. 




masa melawat ni saya gendong Dayyan guna batik lepas je. Alhamdulillah. bagi saya sangat praktikal walaupun bajet murah je tapi selesa mak dan anak


ada beberapa lagi senarai tempat menarik yg saya listkan untuk pusing2 dalam tempoh cuti sekolah ni.
Nantikan okay.

jumpa lagi,
salam sayang
Herny Hafiz

life better with friendships