Friday, December 23, 2016

Diary Dayyan : Hippopo Baby Spa

salam sayang
entry ni saya nak cerita sikit pengalaman pertama saya bawak baby Dayyan humban dalam pool kat Hippopo Baby Spa. 

Saya g kat cawangan penang di Queensbay Mall.
Hari Rabu dapat murah sikit Rm68 je untuk satu sessi.
Hari lain biasanya RM 88

So sepatutnya appointment jam 4.30 tapi sebab tak confirn kena postpone jam 5.30. Oklah tu. mama merewang dullu beli ciskek minum2 sementara tunggu.

ok dah sampai masa nak spa.
mula2 Dayyan kena exercise dulu. Nasib la dah poo poo hari ni. So takde la keluar angin sangat. Malu2 je angin pun.

Lepas dah exercise Therapist buka baju dan pakaikan swimming diapers. Swimming Diaper takkan leak kalau baby poop atau pee. 


Then Therapist bawak Dayyan main2 air masa ni Dayyan dah cuak buat muka masam dah. Then dorang pakaikan nect float dia terus meraung. jenuh  juga mama pujuk bagi susu semua tak nak. lepas dah ok try masukkan lagi sekali lagi tanpa float dah ok sikit pakaikan float biasa. Kali ni dia dah boleh adapt enjoy kelas swimming yg tak swimming ni. hahahah..

lepas 30 minit so dah stop main2 air Dayyan diangkat dan start massage.
lepas massage dia dah seronok main2 ngn para therapist kat situ.

selesai semua kitorang pon balik.
malam tu Dayyan tido nyenyak. selain pakej sehari ni ada jugak macam2 pakej boleh boleh refer gambar bawah ni. 

so uols kalau nak train baby berenang boleh la mula. kalau tak salah berat bermula 4.5kg dah boleh mula hantar. Tapi make sure baby sihat dan cergas ye.

salam sayang,
herny hafiz
Post a Comment