Friday, December 2, 2016

Diary cuti sekolah puteri 2016 : Bukit Bendera (Penang Hill)

salam sayang,
cuti sekolah dah mula. kali ni saya plan sepanjang cuti sekolah saya nak bawak anak2 saya pusing negeri kelahiran mereka. ambil gambar buat kenangan. Masa cepat berlalu lagi 10 tahun mungkin sudah berubah.

Hari ni saya jalan dengan sahabat saya, Imah bersama anak dia munif dan misya. 
Saya pulak bawak puteri & dayyan.


Imah datang pickup kat rumah dan drive ke Penang Hill.

sampai sana beli tiket dewasa RM10 , kanak2 RM5.




sampai kat atas cari makan dulu.
kami order penuh meja sebab masing2 kelaparan. 

harga yg saya ingat
Teh Ais RM1.50
Teh Tarik RM2
Fish & Chip RM13
Laksa Penang RM4
Jus  avocado RM9
Lamb Chop RM 16
lain tak ingat da.

Laksa tu sedap.

Lepas makan hujan turun. Nasib bawak payung.

Tingkat atas ada tempat untuk letak padlock tu. so beli padlock dapat tiket masuk owl museum.




so 1 padlock untuk 2 org  ( 7 tahun ke atas).
jadi beli lah bagi cikput tulis dan design

selesai bergambar. 
turun ke Owl Museum. Dekat Gift shop selamat mama di pow cikput sling bag & poskad. nak bagi kawan katanya.





selesai melawat owl museum kami balik sebab dah lewat dan hujan.
sebenarnya ada lagi tempat2 cantik. tapi bawak budak2 takpe la tu pon dah semput nak kawal. 




masa melawat ni saya gendong Dayyan guna batik lepas je. Alhamdulillah. bagi saya sangat praktikal walaupun bajet murah je tapi selesa mak dan anak


ada beberapa lagi senarai tempat menarik yg saya listkan untuk pusing2 dalam tempoh cuti sekolah ni.
Nantikan okay.

jumpa lagi,
salam sayang
Herny Hafiz

life better with friendships 

Post a Comment