Wednesday, August 17, 2016

pengalaman bersalin Dayyan

salam sayang.
pagi ni terjaga tiba2 sebab Dayyan dah menangis. Macam tu la rutin sepanjang bersalinkan Dayyan ni.
Mata tak boleh lelap so terlintas nak buat 1 entry tentang permulaan breastfeeding Dayyan.
Dayyan lahir pada 9 Julai 2016. Hari ni genaplah 40 hari dah beranak.

Alhamdulillah Dayyan sihat je. Ada sedikit Jaundice sebab perbezaan darah saya berdarah O positive dan Dayyan A positive.

Saya lahirkan Dayyan di Hospital Pantai Penang pada raya ke empat. Gynae yg saya selalu follow up masa prenatal cuti raya pulak jadi saya bersalin dengan Chinese Gynea DR Yeap Geok Bean. Semasa bersalin kat Labour Room tu agak menenangkan. Masa bersalin saya request untuk amik pain killer berbentuk gas iaitu gas Entonox masa dah sakit lepas dotor pecahkan ketuban pada bukaan os 8 cm.

Alhamdulillah  smooth je bersalinkan Dayyan. Sakit tetap ada tapi tenang. Lepas baby keluar nurse terus bagi pada saya dengan darah2 lagi untuk skin to skin tapi saya cam lalok lagi dan macam tak ready nak skin to skin. lepas belek dan cium Dayyan, dia dibawak ke bilik lain untuk dibersihkan dan suami ikut serta dan tengok proses tu. kemudian doktor sambung keluarkan uri. Masa keluar uri pun doktor tunjukan kat saya. kemudian luka episiotomi pon di jahit.Masa jahitan luka tu saya dok sedut antenox lagi. Memang tak terasa sakit lah. Kemudian saya direhatkan kat labour room, Diberi makan. tapi saya tak makan terus je minta suami shake kan ESP dan saya makan vitamin-vitamin Shaklee saya. Kemudian nurse datang cakap nak pindahkan saya ke ward.

kelakarnye saya macm blur blur turun katil dan kemas2 barang. Kemudian nurse datang cakap..aihh tak payah turun  lagi. kita pindah guna katil hihi. dia kata " puan tak sakit ke? aktif sungguh!' bayangkan baru sangat bersalin dah turun kemas2. huhu ''saya kata oklah saya naik balik la katil.'' penangan shaklee ni fit je hihi.
 kemudian saya rehat je kat ward. baby kat  nursery. bersalin private sedap sikit la nurse jaga baby. bila kita nak baby, dorang hantarkan. diaper dan mandikan baby semua  nurse buat. so check in sajalah kat suite tu rehat2.

hari pertama
masa di ward saya cam blur sikit. lupa dah nak minta Dayyan room in untuk breast feed. nurse bawakan baby utk BF tapi biasalah awal2 susu tak keluar pun. saya marmet keluar sikit je. baby dah kuat menangis. Lepas beberapa sessi masih gagal BF kan Dayyan. saya dah mula sedih.

Di Hospital sebab gagal nak BF Dayyan dah disumbat susu formula. tapi saya tetap cuba, suhu kat bilik pulak sejuk sangat jadi saya banyak habiskan masa kat nusery untuk bersama Dayyan. Nurse kat sana baik2. Saya pun tengokkan Dayyan asyik  menangis saya bagi je kebenaran top up formula.
Tak sanggup tengok baby kelaparan dan hypo.

dekat nursery memang boleh katakan 95% memang Dayyan dapat susu formula je. Saya terpaksa minta suami belikan susu formula jugak. So suami belikan pack kecik Enfalac. Tapi saya tetap azam nak cuba BF jugak.So hari ketiga balik terus dapatkan Tukang urut untuk mengurut. Breast dah bengkak dah dan badan dah rasa tak sedap. Lepas mengurut susu pon dah keluar. fuhhh tukang urut tu golek2 breast saya dan picit2 barulah keluar susu. tapi penangan tu saya demam sampai 40 degree.

tapi alhamdulillah susu dah mula keluar tapi nak direct feeding baby tu mencabar. dengan ada mertua kat rumah, dengan Dayyan yang kuat menangis.Saya bagi guna botol je. Orang tua bila baby menangis semua jadi kalut. huhuhu.. tak boleh nak tenangkan jiwa.

bila susu dah mula keluar saya mula mengepam dan bagi selang seli dekat Dayyan hinggalah hari ke 10 barulah cukup susu untuk fully bagi pada Dayyan.
tapi memang saya tak boleh stress2. kena tenangkan diri. suami & orang keliling kena bagi support dan respek pilihan kita. Jangan nak suruh pelik2.

sekarang ni saya cuba slow slow dari bottle feed ke direct feed. memang nikmat bila boleh bagi direct feed.letih sebenarnya mengepam, basuh botol, sterelised, tuang dalam botol, feed, bla bla bla...
untung sangat kan siapa yg mudah direct breastfeed. oh ya saya ada masalah flat nipple yang buatkan baby susah nak menyusu.

bila direct feed Dayyan. nipple saya dah crack teruk sebab latch tak sempurna. Sampai berdarah2. saya selang selang direct feed tapi nasiblah Dayyan ni dia nak je samada bottle atau direct cuma saya yg stress dan sakit.

begitulah rutin sampai hari ni hari ke 40 saya masih dalam transition nak ubah pulak dari duk combine direct feed dan botttle ni kepada full direct feed memandangkan saya kerja dari rumah je,

susu memang meriah. selain bagi Dayyan saya boleh buat stok beku (frozen EBM).

dan sebab rajin mengepam ni juga nipple dah macam menonjol sikit makin mudah Dayyan latch.

saya yakin saya dapat supply susu ibu secukupnya pada Dayyan tapi sekarang cabaran saya ialah fully direct breastfeed kepada Dayyan.


saya akan terus cuba walaupon hmmmm terpaksa tahan la sakitnye. Saya harap saya dapat bantu ramai ibu kat luar sana kuatkan semangat untuk cuba berusaha sehabis baik supaya baby dapat diberi full breastfeed. susu ibu adalah yang terbaik. walau apa pun halangan kita jangan mudah putus asa.

bersambung lagi lah di entry akan datang. Rasanya nak cerita tentang jagaan luka episiotomi. Alhamdulillah day 4 dah kering luka saya.
Hmm Malas pulak nak letak banyak2 gambar. kalau  nak tengok boleh la follow kat instagram saya herny hafiz  ya. klik kat kanan tu.

bye~
Post a Comment