Friday, August 12, 2016

nak menyusu kena semangat dan ilmu

anak pertama saya jaundice sebab masalah G6PD. masa tu saya pun takde ilmu, stress, berjauhan daei suami, semangat down. sejak minggu pertama lagi dah sumbat FM. susu "takde" kononnya. kemudian lepas balik rumah. anak tak pandai menyusu. susu banyak sampai bengkak, demam. meleleh2 dan saya rimas sangat. once saya set " rimas, tak suka" memang merudum terus kering susu sejak dalam pantang. masa tu saya bagi FM. macam2 cuba Nan, Snow, ammum, last mnum Enfalac. mahal kot enfalac. 

tapi tu lah baby tak dapat susu ibu ni mudah dapat masalah sebab tak serasi. 

sejak mengandung Dayyan ni saya mula cari ilmu, tengok Utube baca blog. dan set dalam otak kali ni memang nak BF Dayyan.

ilmu ni makin di kongsi makin kita ingat. 
jadi bila masa saya muka praktis ilmu2 yg saya dapat tu. saya seronok untuk berkongsi. mana tau boleh bantu orang lain pulak.

sebab saya seorang ibu yang gagal
BF tapi kini bersungguh2 nak berjaya. saya faham perasaan ibu yang terpaksa bagi FM. kadang2 kita dicebik di perli sebab bagi FM kan?

takpe kalau kita pernah gagal kali ni kita usaha.
jom 💪🏻💪🏻💪🏻

#DayyanMilkJournal
#MakingMoreMilk
Post a Comment