Monday, June 13, 2016

Cuti cuti Pulau Pinang sebelum puasa

hai. hari ni dah 8 hari puasa. 
sebelum puasa hari tu kami ambil keputusan nak rilex2 kat hotel. Lagipun cikput tengah cuti sekolah. asalnya nak pergi Pahang tapi keadaan saya yg sarat ni takut pulak nak travel jauh2. 
lagi pun nak jalan kat entopia penang yang baru buka. tiket dah lama beli masa fair kat Quensbay mall.
jadi kitorang check in 1 malam kat Batu Feringghi. duduk dekat Bayview. Sebelah Hard Rock Hotel.


so hari first tu jalan2 kat entopia. review saya okay la. taman rama2 yang dah di luaskan. ada banyak serangga. bagus untuk budak2 belajar tentang nature. tapi kaki saya bengkak. huhu menapak jauh dalam tu. 

dah petang check in. rilex2. bawak puteri mandi pool. malam makan malam dekat gerai depan hard rock. makan sedap tapi mahal. kami order siakap 3 rasa, tomyam kecik, telur dadar, ayam masak kunyit  air teh O, teh ais & jus tembikai dah rm90+ dah. kira harga kat menu cam tak sampai. bila minta resit tak tulis pulak satu-satu. just tulis dinner je. hmmm. bayar je la. 
lepas makan pusing2 hard rock hotel. dah out sikit la maintainance berbanding masa mula2 buka dulu.especially lampu kat lobby entrance tu dah takde jadi logo. hehe.

lepas tu balik bilik tido. esoknya pergi balik pulau makan durian. 

durian favorite saya jenis udang merah. sekilo rm35. tapi udang merah ni isi sikit. lepas tu ada pangsa yg kosong. musang king pulak haga mahal sekilo rm45 tapi puas hati bila buka tu ulas besar,isi pun besar. kalau ikut dari ulas yg boleh di makan udang merah tu lagi mahal. huhu. macamana pun terpulang. saya memang suka udang merah. nyumm.

lepas makan durian kami pun balik. oh bibik baru pun dah masuk. alhamdulilah. rilex sikit la makyong sejak menjak ada maid ni. walaupun ambik maid tapi masak tetap masak. bab mengemas je bagi maid. lagi 1 tujuan amik maid ni sebab nak suruh bantu saya suburkan edible organic garden saya tu. elok la musim hujan sekarang. boleh la start susun semula pasu dan tanam sayur sayur.

ni gambar2 hari tu. tak banyak sangat lah. makyong malas hihi. masa ni preggy 33 minggu lebih kurang.












love,
herny hafiz









Post a Comment