Friday, February 5, 2016

CUTI CUTI MALDIVES 2016 DAY 1

hai.. saya nak kongsikan dalam 5 bahagian mengenai trip sendiri sendiri kami 3 beranak ke Maldives baru baru ni.






Kami ambik Trip sederhana je. Bukan 5 star. Jimat jimat la katakan. Lagipun kami gemarkan aktiviti laut. tak banyak berada di hotel.

Walau pun perut dah memboyot tapi tu tak jadi halangan nak join travel yang agak lasak.

Persediaan Trip ni dah lama.saya memang sediakan Fund 10% dari pendapatan bulanan sebagai bajet  untuk jalan jalan pusing dunia.


Maldives adalah negara je 7 yang saya kunjungi.

Itenery di sediakan oleh suami.
Dari Penang kami berangkat dengan penerbangan Malindo Air dan transit di KLIA 2.

jam 7 malam kami menaiki penerbangan Air Asia ke Maldives Perjalanan ambik masa 4 jam lebih.

Perbezaan waktu Malaysia dan Maldives ialah 3 jam.

Kami landing di Ibrahim Hussein International Airport Maldives jam 8 malam. Airport ni seketul je dalam sebuah Pulau. Nak ke tempat lain kena naik boat.

Sampai di Airport kami di jemput oleh Husham,wakil hotel. yang kelakar husham ni rambut dah reggae satu macam. seram pulak. kemudian sorang lagi wakil hotel datang lengkap 
dengan dokumen segala. takut juga lah kut kena scam.

sebab dah sampai Malam memang kami chartered boat terus ke hotel yang terletak di Maafushi Island. kami pilih Hotel Stingray.

Perjalanan Boat dalam 40 minit. terhentak2 seram jugak dengan kandungan ni dok terhentak2 macam tu.
kos boat lebih kurang 300usd.

perkhidmatan kapal terbang kecik yang lamding atas air tu pun ada. kos dalam USD1200. tapi dah malam cam bazir plak bukan nampak view.

Sampai di Maafushi Island kami di sambut pekerja hotel, welcome drink dan dinner. Oh ya semua perkhidmatan hotel kami ambik berserta 3 kali makan sehari.

makanan kat sana memang mahal air mineral pun cecah USD7. convert duit kita yang tengah jatuh ni.. hmmmm.

lepas melantak kami di bawak ke bilik. rupanya dia bagi bilik beberapa langkah je dari restoren. wah.. senanglah.

Sebelum masuk bilik kami decide untuk trip2 ke destinasi kat sana.

dengan keadaan saya yang tengah pregnant ni tak ambik trip yg jauh2 lah.. sebab nak kena naik boat. so kami pilih 3 spot snorkeling, sand bank, private island   Biyadhoo (dekat dengan Maafushi island)
dan juga Submarine Tour.

setiap tour kos lebih kurang USD 100-300 per person.

so lepas dah decide trip. kitorang pon dah letih. dah jam 11 malam waktu sana lebih kurang jam 2 pagi.

memang mengantuk sangat. so masuk tidur dan ready untuk aktiviti esok.

nanti kan entry seterusnya untuk hari kedua ya?

salam sayang,
Herny Hafiz 


Post a Comment