Friday, February 5, 2016

Coretan hati & plan cuti raya cina

hari ni tamat minggu ke 4 persekolahan puteri. esok bermula cuti panjang raya cina. 

Alhamdulillah straight setiap hari belum pernah gagal sediakan bekal untuk dia. puteri pun tak cerewet. boleh je makan benda yang sama setiap hari. minggu pertama direct nasi goreng.

minggu kedua roti bakar.

minggu ketiga nasi lemak dan sambung ke minggu ke 4. 3 hari lepas nasi goreng semula. 

sejak anak sekolah setiap hari bangun awal. alhamdulillah tak membebankan malah makin terurus.



cuma dari segi bisness saya menumpukan untuk buat online je sekarang.

pada bulan 10 sale meningkat sebanyak dengan total jualan kumpulan 1.2 juta.

pada bulan 11 drop 50%. pengajaran yang sangat hebat bagi saya.

salah satu sebab yang ketara ialah leader kumpulan besar saya yang sudah tersasar arah. 

yang menjadi isunya beliau menabur fitnah dan menburukkan imej shaklee sehingga menjadi viral dan mempengaruhi banyak pihak.

perkara ini sangat memberi pengajaran besar kepada saya apatah lagi menghadapi aduan dan keluhan dari  anak - anak bisness saya kesan tindakan beliau.

Akibat perkara tersebut saya mengambil keputusan untuk menjarakkan dan menjauhkan dari ahli kumpulan yang memberi aura negatif.

dan saya memilih untuk memimpin kumpulan saya bersama2 leader2 di bawah saya yang setia.

Alhamdulillah sale bulan 12 dan bulan 1 meningkat berturut2 dan melahirkan leader baru.

Saya ceritakan di sini sebagai ingatan kepada saya supaya jangan mudah mempercayai orang.

rupanya keikhlasan selama ini dipandang hina oleh mereka. rupanya hati penuh hasad dengki.

Saya memaafkan segalanya dan melepaskan segala tuduhan yang dilemparkan. maaf diberi tapi tidak lagi kepercayaan.


berbalik pada cuti raya cina ni selalunya setiap tahun kami akan sambut raya cina di rumah saudara sebelah mertua. 

tahun ni saya mengambil keputusan untuk melancong ke Maldives. salah satu destinasi percutian impian saya sejak dahulu.

Percutian ke maldives ni saya decide dalam 7 bulan lepas setelah saya keguguran. sepatutnya sekarang sudah hampir due untuk bersalin.

walau macamana pun alhamdulillah dikurniakan hamil sekali lagi dan kini memasuki 17 minggu.

esok flite ke bertolak dari Penang ke KL. Kemudian petang dari KL ke Male.
berdebar2 je rasanya. Harap2 semuanya selamat dan bercuti dengan happy.
Setelah 6 bulan kerja keras tiba masanya untuk reward diri dan kejar impian hidup saya.

percutian hanya 5 hari kerana pada mulanya ingatkan cuti sekolah tak panjang. 

nanti saya akan update pengalaman di Maldives.

memandangkan cuaca di sana panas, banyak juga Vitamin yang saya bawak. antaranya vitamin prenatal omega, ostematrix, vitalea, bcomplex, vitamin C, gingger peppermint, nutriferon, vivix , performance drink, cinch tea dan vitalea kids untuk keperluan 3 beranak.

Nantikan update saya tentang Maldives ya. InsyaAllah selepas Maldives destinasi ke 8 ialah South Island, New Zealand.

stay tune 

salam sayang,

herny hafiz

Post a Comment