Friday, December 23, 2016

Diary Dayyan : Hippopo Baby Spa

salam sayang
entry ni saya nak cerita sikit pengalaman pertama saya bawak baby Dayyan humban dalam pool kat Hippopo Baby Spa. 

Saya g kat cawangan penang di Queensbay Mall.
Hari Rabu dapat murah sikit Rm68 je untuk satu sessi.
Hari lain biasanya RM 88

So sepatutnya appointment jam 4.30 tapi sebab tak confirn kena postpone jam 5.30. Oklah tu. mama merewang dullu beli ciskek minum2 sementara tunggu.

ok dah sampai masa nak spa.
mula2 Dayyan kena exercise dulu. Nasib la dah poo poo hari ni. So takde la keluar angin sangat. Malu2 je angin pun.

Lepas dah exercise Therapist buka baju dan pakaikan swimming diapers. Swimming Diaper takkan leak kalau baby poop atau pee. 


Then Therapist bawak Dayyan main2 air masa ni Dayyan dah cuak buat muka masam dah. Then dorang pakaikan nect float dia terus meraung. jenuh  juga mama pujuk bagi susu semua tak nak. lepas dah ok try masukkan lagi sekali lagi tanpa float dah ok sikit pakaikan float biasa. Kali ni dia dah boleh adapt enjoy kelas swimming yg tak swimming ni. hahahah..

lepas 30 minit so dah stop main2 air Dayyan diangkat dan start massage.
lepas massage dia dah seronok main2 ngn para therapist kat situ.

selesai semua kitorang pon balik.
malam tu Dayyan tido nyenyak. selain pakej sehari ni ada jugak macam2 pakej boleh boleh refer gambar bawah ni. 

so uols kalau nak train baby berenang boleh la mula. kalau tak salah berat bermula 4.5kg dah boleh mula hantar. Tapi make sure baby sihat dan cergas ye.

salam sayang,
herny hafiz

Saturday, December 3, 2016

Diary Cuti Sekolah Puteri 2016 : Taman Belia Pulau Pinang (Penang Youth Park)

I'm I'm hari ni pagi2 jam 7 dah keluar. Suami ada job photoshoot untuk Family Day MPPP. So tumpang sekali bawak anak2 jalan ambil angin.

Gelap2 dah keluar. sampai sana dah ramai. Dayyan pon happy je. Puteri dah mula panjat sana sini.
Youth park ni dah lama. dulu husbnd pernah tunjuk gambar masa dia masih budak sekolah rendah bapak mertua suka bawak dia datang sini. kiranya ni la antara tempat yang husband suka datang masa kecik.

tempat dating pon ya jugak ni.

esok plan nak je Queensbay pulak tengok  cerita Moana!




tak banyak gambar snap hahahah. kelam kabut mak pon. 

ok baiiiiii 



Friday, December 2, 2016

Diary cuti sekolah puteri 2016 : Bukit Bendera (Penang Hill)

salam sayang,
cuti sekolah dah mula. kali ni saya plan sepanjang cuti sekolah saya nak bawak anak2 saya pusing negeri kelahiran mereka. ambil gambar buat kenangan. Masa cepat berlalu lagi 10 tahun mungkin sudah berubah.

Hari ni saya jalan dengan sahabat saya, Imah bersama anak dia munif dan misya. 
Saya pulak bawak puteri & dayyan.


Imah datang pickup kat rumah dan drive ke Penang Hill.

sampai sana beli tiket dewasa RM10 , kanak2 RM5.




sampai kat atas cari makan dulu.
kami order penuh meja sebab masing2 kelaparan. 

harga yg saya ingat
Teh Ais RM1.50
Teh Tarik RM2
Fish & Chip RM13
Laksa Penang RM4
Jus  avocado RM9
Lamb Chop RM 16
lain tak ingat da.

Laksa tu sedap.

Lepas makan hujan turun. Nasib bawak payung.

Tingkat atas ada tempat untuk letak padlock tu. so beli padlock dapat tiket masuk owl museum.




so 1 padlock untuk 2 org  ( 7 tahun ke atas).
jadi beli lah bagi cikput tulis dan design

selesai bergambar. 
turun ke Owl Museum. Dekat Gift shop selamat mama di pow cikput sling bag & poskad. nak bagi kawan katanya.





selesai melawat owl museum kami balik sebab dah lewat dan hujan.
sebenarnya ada lagi tempat2 cantik. tapi bawak budak2 takpe la tu pon dah semput nak kawal. 




masa melawat ni saya gendong Dayyan guna batik lepas je. Alhamdulillah. bagi saya sangat praktikal walaupun bajet murah je tapi selesa mak dan anak


ada beberapa lagi senarai tempat menarik yg saya listkan untuk pusing2 dalam tempoh cuti sekolah ni.
Nantikan okay.

jumpa lagi,
salam sayang
Herny Hafiz

life better with friendships 

Wednesday, August 17, 2016

pengalaman bersalin Dayyan

salam sayang.
pagi ni terjaga tiba2 sebab Dayyan dah menangis. Macam tu la rutin sepanjang bersalinkan Dayyan ni.
Mata tak boleh lelap so terlintas nak buat 1 entry tentang permulaan breastfeeding Dayyan.
Dayyan lahir pada 9 Julai 2016. Hari ni genaplah 40 hari dah beranak.

Alhamdulillah Dayyan sihat je. Ada sedikit Jaundice sebab perbezaan darah saya berdarah O positive dan Dayyan A positive.

Saya lahirkan Dayyan di Hospital Pantai Penang pada raya ke empat. Gynae yg saya selalu follow up masa prenatal cuti raya pulak jadi saya bersalin dengan Chinese Gynea DR Yeap Geok Bean. Semasa bersalin kat Labour Room tu agak menenangkan. Masa bersalin saya request untuk amik pain killer berbentuk gas iaitu gas Entonox masa dah sakit lepas dotor pecahkan ketuban pada bukaan os 8 cm.

Alhamdulillah  smooth je bersalinkan Dayyan. Sakit tetap ada tapi tenang. Lepas baby keluar nurse terus bagi pada saya dengan darah2 lagi untuk skin to skin tapi saya cam lalok lagi dan macam tak ready nak skin to skin. lepas belek dan cium Dayyan, dia dibawak ke bilik lain untuk dibersihkan dan suami ikut serta dan tengok proses tu. kemudian doktor sambung keluarkan uri. Masa keluar uri pun doktor tunjukan kat saya. kemudian luka episiotomi pon di jahit.Masa jahitan luka tu saya dok sedut antenox lagi. Memang tak terasa sakit lah. Kemudian saya direhatkan kat labour room, Diberi makan. tapi saya tak makan terus je minta suami shake kan ESP dan saya makan vitamin-vitamin Shaklee saya. Kemudian nurse datang cakap nak pindahkan saya ke ward.

kelakarnye saya macm blur blur turun katil dan kemas2 barang. Kemudian nurse datang cakap..aihh tak payah turun  lagi. kita pindah guna katil hihi. dia kata " puan tak sakit ke? aktif sungguh!' bayangkan baru sangat bersalin dah turun kemas2. huhu ''saya kata oklah saya naik balik la katil.'' penangan shaklee ni fit je hihi.
 kemudian saya rehat je kat ward. baby kat  nursery. bersalin private sedap sikit la nurse jaga baby. bila kita nak baby, dorang hantarkan. diaper dan mandikan baby semua  nurse buat. so check in sajalah kat suite tu rehat2.

hari pertama
masa di ward saya cam blur sikit. lupa dah nak minta Dayyan room in untuk breast feed. nurse bawakan baby utk BF tapi biasalah awal2 susu tak keluar pun. saya marmet keluar sikit je. baby dah kuat menangis. Lepas beberapa sessi masih gagal BF kan Dayyan. saya dah mula sedih.

Di Hospital sebab gagal nak BF Dayyan dah disumbat susu formula. tapi saya tetap cuba, suhu kat bilik pulak sejuk sangat jadi saya banyak habiskan masa kat nusery untuk bersama Dayyan. Nurse kat sana baik2. Saya pun tengokkan Dayyan asyik  menangis saya bagi je kebenaran top up formula.
Tak sanggup tengok baby kelaparan dan hypo.

dekat nursery memang boleh katakan 95% memang Dayyan dapat susu formula je. Saya terpaksa minta suami belikan susu formula jugak. So suami belikan pack kecik Enfalac. Tapi saya tetap azam nak cuba BF jugak.So hari ketiga balik terus dapatkan Tukang urut untuk mengurut. Breast dah bengkak dah dan badan dah rasa tak sedap. Lepas mengurut susu pon dah keluar. fuhhh tukang urut tu golek2 breast saya dan picit2 barulah keluar susu. tapi penangan tu saya demam sampai 40 degree.

tapi alhamdulillah susu dah mula keluar tapi nak direct feeding baby tu mencabar. dengan ada mertua kat rumah, dengan Dayyan yang kuat menangis.Saya bagi guna botol je. Orang tua bila baby menangis semua jadi kalut. huhuhu.. tak boleh nak tenangkan jiwa.

bila susu dah mula keluar saya mula mengepam dan bagi selang seli dekat Dayyan hinggalah hari ke 10 barulah cukup susu untuk fully bagi pada Dayyan.
tapi memang saya tak boleh stress2. kena tenangkan diri. suami & orang keliling kena bagi support dan respek pilihan kita. Jangan nak suruh pelik2.

sekarang ni saya cuba slow slow dari bottle feed ke direct feed. memang nikmat bila boleh bagi direct feed.letih sebenarnya mengepam, basuh botol, sterelised, tuang dalam botol, feed, bla bla bla...
untung sangat kan siapa yg mudah direct breastfeed. oh ya saya ada masalah flat nipple yang buatkan baby susah nak menyusu.

bila direct feed Dayyan. nipple saya dah crack teruk sebab latch tak sempurna. Sampai berdarah2. saya selang selang direct feed tapi nasiblah Dayyan ni dia nak je samada bottle atau direct cuma saya yg stress dan sakit.

begitulah rutin sampai hari ni hari ke 40 saya masih dalam transition nak ubah pulak dari duk combine direct feed dan botttle ni kepada full direct feed memandangkan saya kerja dari rumah je,

susu memang meriah. selain bagi Dayyan saya boleh buat stok beku (frozen EBM).

dan sebab rajin mengepam ni juga nipple dah macam menonjol sikit makin mudah Dayyan latch.

saya yakin saya dapat supply susu ibu secukupnya pada Dayyan tapi sekarang cabaran saya ialah fully direct breastfeed kepada Dayyan.


saya akan terus cuba walaupon hmmmm terpaksa tahan la sakitnye. Saya harap saya dapat bantu ramai ibu kat luar sana kuatkan semangat untuk cuba berusaha sehabis baik supaya baby dapat diberi full breastfeed. susu ibu adalah yang terbaik. walau apa pun halangan kita jangan mudah putus asa.

bersambung lagi lah di entry akan datang. Rasanya nak cerita tentang jagaan luka episiotomi. Alhamdulillah day 4 dah kering luka saya.
Hmm Malas pulak nak letak banyak2 gambar. kalau  nak tengok boleh la follow kat instagram saya herny hafiz  ya. klik kat kanan tu.

bye~

Friday, August 12, 2016

my Prince Dayyan Putra

Lama saya tak update blog ni. malas teramat kot. dari saya preggy sampai la beranak dah nak habis pantang ni. 
kalau uols nak tengok boleh follow IG saya je Herny Hafiz atau FB Herny Hafiz.

ok lah.
preggy kali ni memang lebih menenangkan banding cikput 8 tahun lepas.  sejak berapa minggu saya dah travel ke Italy, 17 minggu ke maldives dan  sibuk dengan urusan urusan Shaklee. 

memang tak boleh nak nafikan stamina saya banyak di bantu dengan Supplemen Shaklee. 

cramp, sakit pinggang tu memang takdelah walaupun saya dah 34 tahun ni. rahsia yg bukan lagi rahsia ialah Ostematrix dan Omega guard. Terbaik. Uols boleh try Ostematrix dulu. Kalau kureng lagi tambah Omega guard.

masa preggy 7 bulan pun saya buat trip dengan master2 Shaklee saya ke Langkawi. Travel sendiri je. 8 bulan plak terbang ka National Conference. Walaupun jalan dah macam Penguin tapi stil fit lagi join event2. berbaris panjang segala.

ok lepas ni saya nak share tentang pengalaman bersalin kan Dayyan pulak pada raya ke 4.

sekarang ni saya rasa dah boleh maintain tulis blog sambil2 duk mengepam susu ni.

stay tune muaah. nah belanja 1 gambar newborn Dayyan.


nak menyusu kena semangat dan ilmu

anak pertama saya jaundice sebab masalah G6PD. masa tu saya pun takde ilmu, stress, berjauhan daei suami, semangat down. sejak minggu pertama lagi dah sumbat FM. susu "takde" kononnya. kemudian lepas balik rumah. anak tak pandai menyusu. susu banyak sampai bengkak, demam. meleleh2 dan saya rimas sangat. once saya set " rimas, tak suka" memang merudum terus kering susu sejak dalam pantang. masa tu saya bagi FM. macam2 cuba Nan, Snow, ammum, last mnum Enfalac. mahal kot enfalac. 

tapi tu lah baby tak dapat susu ibu ni mudah dapat masalah sebab tak serasi. 

sejak mengandung Dayyan ni saya mula cari ilmu, tengok Utube baca blog. dan set dalam otak kali ni memang nak BF Dayyan.

ilmu ni makin di kongsi makin kita ingat. 
jadi bila masa saya muka praktis ilmu2 yg saya dapat tu. saya seronok untuk berkongsi. mana tau boleh bantu orang lain pulak.

sebab saya seorang ibu yang gagal
BF tapi kini bersungguh2 nak berjaya. saya faham perasaan ibu yang terpaksa bagi FM. kadang2 kita dicebik di perli sebab bagi FM kan?

takpe kalau kita pernah gagal kali ni kita usaha.
jom 💪🏻💪🏻💪🏻

#DayyanMilkJournal
#MakingMoreMilk

Monday, June 13, 2016

Cuti cuti Pulau Pinang sebelum puasa

hai. hari ni dah 8 hari puasa.
sebelum puasa hari tu kami ambil keputusan nak rilex2 kat hotel. Lagipun cikput tengah cuti sekolah. asalnya nak pergi Pahang tapi keadaan saya yg sarat ni takut pulak nak travel jauh2. 
lagi pun nak jalan kat entopia penang yang baru buka. tiket dah lama beli masa fair kat Quensbay mall.
jadi kitorang check in 1 malam kat Batu Feringghi. duduk dekat Bayview. Sebelah Hard Rock Hotel.


so hari first tu jalan2 kat entopia. review saya okay la. taman rama2 yang dah di luaskan. ada banyak serangga. bagus untuk budak2 belajar tentang nature. tapi kaki saya bengkak. huhu menapak jauh dalam tu. 

dah petang check in. rilex2. bawak puteri mandi pool. malam makan malam dekat gerai depan hard rock. makan sedap tapi mahal. kami order siakap 3 rasa, tomyam kecik, telur dadar, ayam masak kunyit  air teh O, teh ais & jus tembikai dah rm90+ dah. kira harga kat menu cam tak sampai. bila minta resit tak tulis pulak satu-satu. just tulis dinner je. hmmm. bayar je la. 
lepas makan pusing2 hard rock hotel. dah out sikit la maintainance berbanding masa mula2 buka dulu.especially lampu kat lobby entrance tu dah takde jadi logo. hehe.

lepas tu balik bilik tido. esoknya pergi balik pulau makan durian. 

durian favorite saya jenis udang merah. sekilo rm35. tapi udang merah ni isi sikit. lepas tu ada pangsa yg kosong. musang king pulak haga mahal sekilo rm45 tapi puas hati bila buka tu ulas besar,isi pun besar. kalau ikut dari ulas yg boleh di makan udang merah tu lagi mahal. huhu. macamana pun terpulang. saya memang suka udang merah. nyumm.

lepas makan durian kami pun balik. oh bibik baru pun dah masuk. alhamdulilah. rilex sikit la makyong sejak menjak ada maid ni. walaupun ambik maid tapi masak tetap masak. bab mengemas je bagi maid. lagi 1 tujuan amik maid ni sebab nak suruh bantu saya suburkan edible organic garden saya tu. elok la musim hujan sekarang. boleh la start susun semula pasu dan tanam sayur sayur.

ni gambar2 hari tu. tak banyak sangat lah. makyong malas hihi. masa ni preggy 33 minggu lebih kurang.












love,
herny hafiz









Sunday, February 21, 2016

vitamin shaklee juga mengandungi bahan yang disebut dalam Al Quran


tau tak vitamin C shaklee juga mengandungi acacia  gum atau pun di sebut sebagai al-manna?

“ Dan kami telah  menaungi kamu dengan awan (panas matahari di padang pasir) dan kami turunkan kepada kamu “manna dan salwa”, (serta kami berfirman):, Makanlah dari makanan yang baik yang kami telah kurniakan kepada kamu”, dan tidaklah mereka menganiaya kami (sebab mereka kufurkan nikmat  itu) tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri “. 


                                                                                   Surah Al-Baqarah Ayat 57
 



Friday, February 19, 2016

cuti cuti maldives full video

hai semua. dah siap editing video maldives baru ni. enjoy ya..

masa travel tu saya tengan pregnant 17 minggu lebih kurang 4 bulan. ha memang kembang setaman lah. gambar dan video guna smart phone dan go Pro Hero 4 je..

enjoy uolsss..

apa pertanyaan boleh komen di ruang komen ya..


Wednesday, February 17, 2016

Puteri 7th Birthday celebration

duk tak duk sekejap je masa berlalu...

dah masuk 7 tahun dah anak saya cikput.

tahun ni tak sempat plan birthday lagi pun mama tak cukup kudrat. delay seminggu dua la cikput ya. 

tempahan kek pun tak boleh book lagi.

tapi celebrate juga kecil kecilan.

balik dari sekolah agama semalam. puteri request nak makan sushi.

so bawak lah. sementara abah dia bawak dia shopping..

mama buat surprise. Cari hadiah kat lovely lane. dan cari kek kecik2 buat syarat.

so kami celebrate 3 je. 

makan sushi & bento.

happy birthday sayang.
jadi anak yg solehah ya.