Saturday, May 30, 2015

Cuti Cuti Bandung Part 2

salam sayang semua,

kali ni saya nak share tentang Trip Bandung baru2 ni. awal bulan May hari tu.Trip ni kami 3 beranak saja. Ni merupakan kali ke dua ke bandung. Tujuan utama ialah nak menempah suit untuk suami saya sempena National Conference dan cari baju raya :) sambil2 tu makan angin sebelum puasa.

Kami bertolak dari Penang menaiki Malindo Air dan turun di Airport Bandung. Sebelum pergi kami dah hubungi sahabat di Bandung iaitu Pak Rizwan. Sampai sana kami check in di Aston Brastaga (kalau tak salah nama hotelnya) terletak di tengah2 pusat bandar. Bila jalan bertiga ni aktiviti pun bebas.. free & easy ja..kami google beberapa restoren dan minta pak rizwan hantarkan. macam biasa sampai2 pekena nasi padang dulu. malamnya kami ke Restoren Rumah Nenek.

di rumah nenek menu spesialnya western. Saya & puteri makan pizza dan suami makan nasi timbel. pizza sedap!

hari kedua kami breakfast di kedai kopi (lupa dah nama- nanti ingat saya bgtau) menu breakfast sedap! saya makan bakso, anak makan roti. lepas makan kami terjah ke outlet. banyak outlet juga masuk tapi saya rekemen kalau korang nak pergi terus ke Rumah Mode saja. Outlet2 lain macam mengarut ja hahahha.. harga sama je kot macam kat Malaysia tapi pilihan lebih banyak berbanding Penang! ntah la bagi saya yg tinggal di Peang saya rasa lebih selesa shopping di Bandung berbanding KL. sebab Bandung ni tiket pun murah. hotel makan semua murah berbanding KL! 

antara restoren yg kami singgah ialah Restoren Kampung Daun- memang best kat kawasan hutan ada air terjun, menu sedap, tempat makan special dalam pondok2 kecik siap ada bantal lagi boleh baring2. tapi tempat ni kena reserve dan tunggu ya. menu kami ambil makanan Sunda.

petangnya kami ke tempat cowboy D'Ranch, Lembang. Tempat nibterleyak di kawasan tanah tinggi dan cuacanya sejuk. Kat sini kami menunggang kuda. 
Selesai aktiviti kat D'Ranch kami ke Tempat Produksi Kopi Luwak iaitu Kopi yg di ambil dari biji kopi yang dimakan musang pandan. Lepas dah lalu dalam usus musang tu maka dikeluarkan semula dan diproses. ha harga kopi ni mahal tau dan ada khasiat kesihatan. Mula2 geli geleman tapi bila dengar penjelasan so kami yakin. saya dan suami try sorang secawan. hihi.. best :)
malamnya kami ke Hotspring.

Hotspring ni buka 24 jam. memang sedap berendam. air kat sini memang panas dan rasanya masam.  

makan malam hari last kami makan di Stone  Cafe sambil menikmati pemandangan Kota Bandung. Esoknya kami  balik transit di KL dan terus ke Penang! yuk layan gambar..





















SHAKLEE SUCCESS SEMINAR PULAU PINANG


assalamualaikum semua. pembaca sekalian. saya doa anda sihat2 sahaja.

baru2 ni saya telah dipilih oleh pihak Shaklee untuk menghadiri Shaklee Success Seminar. Peserta2 adalah terdiri daripada Effectif Bussiness Leader.

Dalam seminar tersebut kami telah diberi motivasi & tips2 hebat oleh presiden Shaklee Malaysia Mr Victor Lim. Lama sebenarnya saya dah tak dapat sentuhan motivasi ni.

selalu motivasikan org tapi diri sendiri takde maintainance. hihi... 

kadang kala kita sebagai manusia biasa memang perlukan seseorang untuk support! kadang kala je laaa. tapi most of the time self determination, lebih penting... kalau harapkan org, jenuh laaa.. tak di support terkapai2 jugak.

eh dah melalut pulak. 

ok seminar berakhir jam 6 petanv. dan malam pemberian sijij dan dinner.

antara intipati seminar ialah untuk mengukuhkan empayar bisness. untuk merapatkan hubungan sesama ahli. Dan juga menyedarkan kami leader2 supaya memantapkan leadership skill.

antara pesanan president sebagai Leader, kita haruslah sentiasa support downline kita. caranya hadir di setiap recognition dan anugerah anak bisness kita, bersama2 dgn anak2 bisness dalam event2 yg company anjurkan.

memang saya sendiri setuju, macam anak sendiri la.. jika berjaya tapi tiada ibu datang di majlis kejayaan jauh di sudut hati mesti terasa sedih kan? jadi saya sendiri sebagai mentor akui.. kadang2 perkara2 macam ni la menimbulkan bibit2 kehancuran dalam sesebuah organisasi.

pengasas sesebuah organisasi  akan dilupakan sedikit demi sedikit. Muka tak pernah nampak kan. macamana nak ingat?

Bagaimana pun... apa terjadi.. hidup kena teruskan.Saya sayangkan organisasi dan empayar bisness saya. Biar betapa payah, biar tiada siapa peduli  saya akan terus melangkah.  This is my legacy. 



salam sayang,
herny :)




Friday, May 29, 2015

CUTI-CUTI JEPUN PART 1


Lama ambil masa nak upload trip saya ke Jepun ni..hihi...adess..

kami ke Jepun pada 4 April 2015 lalu.. pada mulanya try cari agent tapi kos berganda.. jadi kami buat Itinery sendiri. cuma ambil driver untuk bertolak dari Narita ke Tokyo dan Tokyo ke Kawaguchiko.

Perjalanan bermula dengan penerbangan Mas dari Penang transit ke KL kemudian terus ke Narita. sampai je airport Narita terus dapatkan Simcard Jepun. Prosedur lecey jugak kena daftar bagai... kemudian kami ambil shuttle bas ke Hotel. suhu masa sampai 7 darjah celcius. masa sampai teruja lah tengok sakura kembang sepanjang jalan. kami bermlam 1 malam je di Narita kemudian bertolak ke Tokyo. Kami di Tokyo dan sewa hotel di kawasan Shinjuku selama 4 hari dan bertolak ke Kawaguchiko. Di Tokyo kami melawat beberapa Park, makan bekal di taman,  pergi ke Tokyo tower, DisneySea Tokyo.
 Hari ke5 upah driver untuk ke kawaguchiko. masa perlajanan ke kawaguchiko... hujan salji turun. sebenarnya tak sangka..sebab ni agak rare sebab dah masuk musim bunga kan. memang rezeki kami agaknya. ini adalah pertama kali saya sentuh dan lihat salji. alhamdulillah...terharu rasanya. nasib buat shaklee.kalau kerja macam dulu taktau la bila nak boleh rasa. hihi...di kawaguchiko salji turun sehari je..so ambil masa main2 salji je lah sekitar hotel. Di kawaguchiko kami sightseeing sekitarnya hari ke dua kami naik kabel car ke kachi-kachi mount. kalau cuaca elok memang boleh nampak view gunung Fuji. tapi takpe..walaupon begitu..boleh juga kami nikmati keadaan salji yg penuh kat ranting2 kayu. anak saya sangat teruja laa boleh buat olaf..hihi . turun dari mt kachi kachi kami menyelusuri tasik kawaguchiko. esok paginya dah siap2 kemas barang nak check out tetiba anak saya menjerit nampak gunung Fuji. jadi sampai jugak hajat nak menyaksikan depan mata Gunung Fuji..hihi.. kemudia kami sewa taxi ke stesen keretapi dan naik bullet train menuju osaka. kami check in di kawaguchiko selama 3 hari sebelum bertolak ke Osaka.
 di Osaka kami melawat kyoto sekali dan kami melawat castle (tak ingat nama).kat situ puas la tengok pokok2 sakura macam2 jenis. Di Osaka kami just sightseeing sebelum pulang semula ke Narita dan ambil flight ke Malaysia..

Pengalaman di jepun paling best selain natural attraction  ialah budaya mereka yg sangat pembersih. kawasan sana selamat, bersih dan berdisiplin.

oklah layan ganbar je dulu ya?

nanti insyaAllah saya akan upkan entry tentang Iteneray kami sepanjang di sana..

stay tune,

TOKYO TOWER

TOKYO DISNEYSEA


UMEDA SKY BUILDING, OSAKA  PANDANGAN DARI ATAS (TATAU GAYAT PUNYA BUDAK)
UMEDA SKY BUILDING DARI BAWAH
KAWAGUCHIKO
KAWAGUCHIKO, MT FUJI KAT BELAKANG TU


SALAH SATU PARK DI KAWAGUCHIKO

DISNEY SEA

MAIN SALJI DI KAWAGUCHIKO

KACHI KACHI MOUNT

UMEDA SKY BUILDING OSAKA

KAWAGUCHIKO

Monday, May 18, 2015

TESTIMONI VITALEA FOR CHILDREN

kanak2 memrlukan nutrisi secukupnya. Tahniah ibu2 jika anda berjaya mengajar anak untuk makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan . Malangnya saya sering dapat pertanyaan dari ibu di mana anak2 sangat tak suka sayur. ohh.... kanak2 kalau kurang makan sayur dan buah mereka takkan dapat vitamin yg secukupnya.. bukan saja tak makan ,... yg makan sayur dan buah2 ni pon tak semestinya dapat nutrisi sepenuhnya melainkan anda punya ladang sendiri. nak makan buah just petik potong dan makan. teringat zaman saya kecik... pokok2 buah2an keliling rumah..petang2 ambil betik...kupas dan makan.. hampit seriap hari ada makan buah2 an yg ada sekeliling rumah.. antaranya jambu batu, jambu air, betik, pisang dan mangga... oh kadang2 mangga jiran yg ku petik hahaha.....  paling banyak ialah betik sebab betik ni takde musim kan? masa musim buah2 an lagi la..petik terus masuk mulut....

zaman sekarang masih ada tapi sangat jarang kan.. kebanyakan nak beli buah kena ke pasar.. buah yg paling senang tumbuh iaitu pisang dan betik pun org malas tanam,.. yg duduk rumah fkat, apartment, kondo memang lah masalah tanah...yg duduk landed house pun sama ( kecuali saya)  . buah yg kat pasar tu pulak.... dah lama dipetik. tau tak kandungan vitamin dalam buah akan berkurangan sebaik saja ia dipetik?

sebab itu bagi saya sendiri saya beri multivitamin kepada anak saya..
perbezaan shaklee berbanding vitamin jenama lain ialah produk shaklee sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

cara makan vitalea kids.

untuk kanak2 berumur 4 tahun ke atas 2 tablet sehari. berperisa anggur.. tiada gula tiruan.
dapatkan dari saya

herny
0135825382