Wednesday, December 2, 2015

Trip Shaklee Italy 2015: Bahagian 1

Salam sayang.
Alhamdulillah Trip Shaklee ke Italy selamat pergi dan balik sudah. 

Trip kali ni membawa kira2 270 peserta yang terdiri dari Top Leaders dalam Organisasi Shaklee Malaysia.

Bagi Kumpulan saya Tahun ni 8 dewasa dan 3 kanak2.



Kami bertolak dari KLIA menaiki penerbangan Emirates Airlines dan Transit di Dubai selama 5 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Milan.

Sebelum bertolak Shaklee memberikan 50 euro bersamaan hampir RM240 setiap orang kerana ada 1 hari makanan tengahari tidak disediakan.

banyak tu.untuk satu waktu makan je.

Ini adalah kali pertama saya menaiki penerbangan Emirates dan juga kali pertama saya ke Eropah. 


Sampai di Milan kami menaiki 6 biji bas ke sebuah restoran untuk sarapan pagi.
Di sana kami di sambut oleh president Shaklee dan sfaff Shaklee.

Setiap seorang menerima kalungan pingat sebagai menghargai pencapaian pada tahun 2014.

Suhu ketika sampai mencecah 8 darjah celcius. Masing2 dah seronok main hembus-hembus. ^_^

ketika itu ialah penghujung musim luruh. pemandangan pun cukup indah dengan daun daun maple berguguran.

seterusnya kami ke destinasi pertama iaitu Milan City Tour 

nantikan sambungannya pada bahagian ke dua ya?

Salam sayang,
herny hafiz


Post a Comment