Tuesday, October 27, 2015

makan makan di me'nate steak house

semalam habis sesi kedua worksyop shaklee balik bilik hotel rasa sakit kepala teramat2.. dan sakit tu bawa ke pagi ni.

pagi lepas breakfast kami ke Central plaza baiki jam husband. tapi sakit kepala belum kurang so saya tidur je dalam kereta. 
rupanya sini tempat service. tingkat 23z


kemudian masuk pavilion, memang bagus la takde nafsu. nak window shopping pon takde nafsu akibat sakit kepala. so pergi makan pon takde feel hahaha..

lepas makan balik bilik & tidur. hubby pon jammed semacam bila tengok muka kita pon tarik 14 kan.

lepas lunch balik bilik sambung tidur lagi.

dah cukup rehat segala so petang hubby ajak teman dia main futsal dengan team kawan kolej dia. haaa hubby saya gitu laah walaupon berjalan2 sibuk nak bersukan bagai.

alang2 dah kat setapak so teringin nak rasa steak menate tu kan. biasala benda viral.

so sampai kedai... ohh ok je kedainya takde grand mana sangat pun.. hihi.. ku bayangkan exclusive tahap apa lagi lah.

sebenarnya saya suka kambing.. selalu memang kalau ada kambing memang satu macam laa nak ngap.
tapi sebab sisa2 migrain masih ada tak berani nak makan benda2 macam ni yg banyak kolesterol ni kan.



so order garlic bread & mushroom soup, cokput order kod meal ada kentang & sausage, kemudian pizza.

1 steak je order tak ingat la bahagian mana.. tapi pilih cara bakar medium

suami ok la tak berapa enjoy. hasilnya dalam sakit kepala 1/2 ketoi juga ku baham. kuang kuang.



memang sedap la texture nya. susah kot nak jumpa steak yang di masak macam tu. selalu jumpa pon keras kejung je.

hihihi..

abih makan kami pon balik hotel tidur je.husband plak keluar dengan kawan dia pekena nasi kandaq katanya.
mana tahan steak2 hahaha. tak kenyang.
Post a Comment