Tuesday, October 27, 2015

gagal itu biasa, tapi berkali kali gagal mau jadi apa?


belajar dari kegagalan.
tapi ulang2 gagal
maksudnya tak pernah belajar kot?

betul ke betul?

contoh paling senang..
kita cuba & plan melakukan sesuatu perkara.... kita cuba 1 cara... 

kemudian cara tu tak berhasil. jadi apa kita perlu buat ialah tukar cara tu.

ok..
contoh mudah. kita nak keluar rumah waktu malam. electrik takde. gelap gelita. jadi kita jalan je terus tiba2 terantuk dinding...

apa kita perlu "belajar"?

kita ubah langkah kita pusing sikit. beberapa kali ubah langkah pasti akan jumpa juga pintu tu kan?

tapi kalau undur  kemudian jalan straight juga macam tadi..

100 kali melangkah ke depan 100 kali le langgar dinding...

gagal itu biasa.
tapi berulang2 kali gagal pada matlamat yang sama itu _______________ (sila isi sendiri)


Post a Comment