Wednesday, August 19, 2015

Trip Japan part 4: Bermain Salji di Kawaguchiko

Setelah 4 hari di Tokyo kami bergerak Ke Kawaguchiko. Kami menyewa kereta dan pemandu yg merupakan orang Malaysia juga. Hujan sangat lebat. Pemandu tersebut ( Zuhairi) kata ni hujan salji. Masa dalam kereta tu tak berapa nampak. Perjalanan ambil masa beberapa jam. Semasa di kawasan  berbukit pemandangan mula nampak putih2 di kawasan hutan. Ya Allah hanya Tuhan yg tahu betapa teruja nya saya. Kereta terus memecut dalam hujan salji. 

Kami berhenti makan dan kemudian teris ka Kawaguchiko.

Kawaguchiko memang sangat indah. Kawasan yg tenang berbanding Tokyo.

Sesampainya di Hotel dah petang. Alang2 dah ada salji kami mengambil kesempatan main2 salji sekitar hotel je. 

Keesokan hari bangun dah tak ada saljiZ Kami menapak dan menaiki cable car dan naik atas bukit (dah lupa nama)

Ya Allah sangat cantik ranting2 dipenuhi salji. masa kamj sampai salji dah mula cair. masa perjalanan turun dah habis dah cair. pengalaman yg sangat tak di jangka kerana trip ni asalnya untuk menikmati musim bunga. Rezeki kami dapat merasa saki baki musim sejuk.
















memang nasib baik kami. hanya 1 hari je salji turun ni. dapat juga merasa salji walaupun tak dijangka esoknya dah panas.

nantikan lagi tentang entry Trip Jepun Part 5 : Pengalaman menaiki Shinkansen Bullet Train ke Kyoto....

salam sayang
herny hafiz












Post a Comment