Saturday, August 22, 2015

Trip dekat je. Bermalam di Ixora Hotel, Seberang Jaya

Hari ni (eh betul ke) dah genap la tempoh berpantang keguguran saya. Kalau lah kandungan tu masih ada dah 3 bulan dah la usia. takpe lah ada hikmahnya. 
Sejak positive UPT memang plan untuk stop travel. apakan daya.. tak dapat bertahan kan.

jadi memang la saya bosan rasa macam terperuk je kat rumah kan. Jadi ajak la suami keluar la mana2 buka minda sikit. mula ajak stay kat hard rock hotel. Tapi dah beli tiket esok ada bengkel nutrisi Shaklee pulak. Jadi husband ku gatal booking je la Ixora ni alang esok kelas kat sini. Takde la sampai lewat. lagi pun malam ni dia ada game futsal.

Hihi.. takde packing barang apa pun. Jam 3 lebih husband balik ajak keluar jadi 
campak je 2-3 pasang baju. angkut san jalan. sebelum tu singgah pelita nasi kandar dulu isi perut.

kemudian jemput cikput dari tadika terus gerak ke Seberang Jaya. 

Sebelum Check In singgah Shaklee Branch settlekan order sikit2. 

setel urusan terus check in. Ok jugak la Ixora Hotel ni. Dirasmikan pada tahun 2011 hotel pun masih baru. Bilik boleh tahan besar. Ada day bed untuk buat kerja.

Lepas check in kami keluar cari makan. So malam ni dinner kat De Pauh Garden. Saya makan burger daging. suami burger ayam, cikput sesame chicken. 
order sekali garlic bread & chicken soup.

lepas makan balik saya & cikput tidur husband main futsal. 

aku pon tak tau nak buat apa. mata dah biasa taknak pejam awal. so uodate la satu entry ni.

terima kasih lah ya sanggup baca sampai habis. love uolsss. k bye. nak tidur dah..

salam sayang,
herny hafiz


Post a Comment