Tuesday, August 11, 2015

DREAM LIST : DISCOVER MALDIVES

Maldives adalah salah satu destinasi impian saya. Tapi tu laaa maldives ni mahal weh! AA tak g maldives. kena tunggu poket tebal. resort2 sana pon mahal2.

telan air liur. tapi mimpi tu percuma. gambar2 maldives dah ada dalam VB saya. cadangnya nak travel bulan 5-6 ke sana.


tup tup.. Air Asia buat promosi new route ke Maldives! 

Lama dah tak berjalan sebab saya disahkan pregnant. 
masa detect tu saya memang rasa tak sedap badan. period delay tapi buat dek. ada sekali saya rasa nak pitam. terus ambik kit dan check.

tengok naik 2 line. happynya rasa! saya tak merancang sebab ingat nak kuruskan badan. berdiet bagai lah... 

Jadi buat simpanan la untuk bersalin nanti. hold semua plan. jangka bersalin bulan 2. 

ada beberapa tour jugak telah dirancang. sebab dah janji tour di JB saya join dan minggu berikutnya di KL.


hari nak ke KL lepas sahur tertidor. flite jam 9 lebih kurang. terjaga kelam kabut. tengah rushing jatuh tangga pulak! aduhhh! rushing ke Airport flite pon terlepas. stress nya rasa. risau jugak sebab jatuh tangga tu...

hati berdebar jangan la terjejas kandungan. lama saya tunggu. 

tapi perancangan Allah itu hebat. beberapa hari je sebelum raya rasa cramp, saya ke hospital. masa menunggu doktor memang rasa tak selesa... saya ke toilet keluar 2 ketul besar. sedih sangat rasa. takde rezeki. 
bila masuk bilik doktor scan memamg dah jatuh dah. jadi doktor buat appointment untuk DNC.

memang raya dalam kesedihan. raya cuma pergi rumah mertua dan berpantang di rumah. kemudian hari appointment saya ke hospital doktor check tak perlu buat DNC sebab dah keluar habis. hihi legalah jugak selamat duit kihkihkih

berbalik pada maldives tengok date bulan 2. saya cakap kat suami jom la jalan2 dah tak jadi beranak. hubby macam nak tak nak. saya cakap takper beranak pon pakai duit dah tak jadi kita ganti  la pi maldives.
ayat punya ayat suami setuju dan book lah timet ke maldives. yihaaaa

insyaAllah bulan 2 sampailah saya berenang2 di perairan maldives.





Post a Comment