Tuesday, August 11, 2015

DREAM LIST : DISCOVER BUSAN


masa kecik2... rumah saya dalam kebun getah.

masa musim luruh memang sangat cantik. saya kumpul daun-daun getah buat tinggi tinggi.. ambik lajak jauh dan stunt atas longgokan daun getah. kemudian lambung2 daun getah tu.

feeling musim luruh gitu...

dah dewasa pun saya suka tengok pokok getah masa musim luruh. macam kat luar negara. berangan masa tu best nya kalau dapat rasa musim luruh betul.

gambar bawah ni adalah photoshoot suami saya untuk pengantin di Kedah. 


saya belum pernah lagi menikmati musim luruh. raya baru ni kan ada tayangan mohabbatein yg daun mulberry luruh.
cantiknya.
memang terasa la nak rasa musim luruh.

2-3 hari lepas pun ada bincang dengan hubby musim luruh je kita belum rasa. jom la p korea... tak mahal sangat... 

ajak g sebab dah nak masuk autum.
check tabung travel tak cukup duit. sebab baru saja booking tiket maldives.

tiba.. kat newfeeds keluar promosi air asia!!jeng jeng jeng 3 milion seat for sale!

apa lagi godek2 tengok Busan murah baq hang. laju2 copy link & seng kat hubby suh book...!


husband cakap... line slow. adoii tak sabaq rasanya. dia kat ofis saya kat rumah sama2 buka line. the  cakap dia ada je ni.

tiba2 hubby kata nak p mana pulak. dah setel dah!

ya Allah berbunga2 je rasa hati. akhirnya settle jugaaaa walaupun baru booking. tapi tahun depan pergi.. takpelah. ada masa kumpul duit hihi.


tiket murah je tak sampai rm300 pun seorang tak termasuk tax etc. kira murah sangat la berbanding harga biasa kan.

insyaAllah tiada aral sampai lah nanti..

herny hafiz
penang






Post a Comment