Tuesday, August 25, 2015

5 PERSEDIAAN ASAS PERCUTIAN MUSIM SEJUK (WINTER)

Tadi petang masing2 dah heboh dah dapat SMS dari Shaklee kena berkumpul 20 hb 11 kat KLIA. Semua akan berlepas ke ITALY dengan flight Emirates.

wah naik Emirates Free tu.


wah memang senyum manjang. maklumlah saya ni kalau travel selalunya pilih flite yang murah2 je la. nak berjalan pon 6-12 bulan planning. hihi kedekut.
jadi ok sangatlah Shaklee sponsor Emirates ni kan.

Ramai anak2 bisness yg merupakan pertama kali ke luar negara ni. keluar dari rantau Asia Tenggara kan.

Jadi saya nak share sikit persediaan asas untuk melancong musim sejuk. terumatanya bagi yang bawak anak kecik sekali.

Bagi trip ni selalunya luggage & winter jacket memang Shaklee akan supply. Tarikh kami bertolak early winter sebenarnya, tapi saya rasa kena bersedia jugak mana tahu tiba2 suhu drop takdela keras kejung nanti kan.

jadi cadangan saya pada kawan. persediaan basic
1. long john
2. winter jacket ~ trench coat lagi cantik lah
3. winter scarf/ shawl buat balut leher
4. ear cover terutama kanak-kanak
5. touch screen gloves ~ ha ni penting ni nanti nak ambik gambar banyak2, nak upload takyah buka gloves kan

bagi yg bawak anak. saya cadangkan pakaian warmer legging instead of jeans. jeans pon sejuk weh!!

baju2 tak perlu banyak kot. bawak untuk pakai 2-3 hari je. selebihnya beli kat sana. baju pon boleh je ulang2 sebab tak de peluh kan? lagi pon luar pakai coat kan.

dan lagi 1 jangan lupa stokin ya. Baru la enjoy kalau badan kita dapat maintain suhu yang sepatutnya kan?
 
long john

trench coat

touch screen gloves
winter scarf / shawl
ear cover
leg warmer / legging



aihh lagi 2 bulan lebih je. kena start buat list dah kawan2.
saya harap cadangan saya ni boleh membantu la kawan2 terutama yang akan join trip nanti.

ok bye....









Post a Comment