Thursday, June 11, 2015

KRITERIA 10C UNTUK MANTAPKAN EMPAYAR PERNIAGAAN


sejauh mana kita benar2 mahu lahirkan sebuah empire bergantung pada persediaan kita.
di bawah saya Share 10 Kriteria yang dalam seorang LEADER untuk melahirkan sebuah EMPAYAR!




1. COMMIT
2. COMPETENCE
3. CONNECT
4. CARE
5. CAREFULL
6. CALM
7. CONTROL
8. COURAGE
9. CONSISTENCY
10. COACHING
_________________________________________________________________________

1. COMMIT
lakukan sesuatu dengan penuh komitmen. commit untuk jadi orang berjaya, commit untuk lakukan terbaik setiap hari. comit untuk laksanakan tugasan yang telah dirancang dan usaha untuk penuhi perancangan 100%. letakkan matlamat, rancang strategy dan ambil tindakan tanpa bertangguh
 
2. COMPETENCE
berdaya saing..tidak gentar.. buat kerja dengan sistematik dan cekap. bagaimana nak memastikan kecekapan kerja ialah perancancangan. sebelum tidur sudah siap perncangan untuk keesokan hari. saya nasihatkan luangkan masa 10 minit dan buat catatan tentang perkara yang perlu dilakukan. dan buat perancangan dari segi masa dan tenaga.
 
3. CONNECT
berhubung dengan rangkaian kenalpasti rangkain yg kuat dan lemah dan mencari jalan untuk seimbangkan supaya empayar perniagaan tidak tertumpu pada sesuatu bahagian saja. kenalpasti rankaian dari segenap segi supaya dapat kenalpasti strategy yang sesuai.
 
4. CARE
ambil berat tentang rangkaian empayar terutama pada hari istimewa, pada hari bahagianya, pada hari sedihnya. beri sokongan moral ketika mereka bersedih serta sama2 meraikan kejayaan mereka. sentiasa memberi motivasi dan tingkatkan keyakinan mereka. jika anak2 didik diraikan dalam sesuatu acara... sila hadirkan diri untuk meraikan. anak didik yang mendapat kejayaan dan diraikan oleh mentor menjadi lebih bersemangat dan gembira. mereka rasa dihargai.
 
5. CAREFULL
berhati-hati tentang petanda petanda yang menunjukkan anak didik mula hilang minat dengan perniagaan, hilang daya untuk teruskan perniagaan, anak didik yang kecewa. jika kita tidak kenal pasti lebih awal... lama kelamaan mereka mungkin akan terus menyepi dan berkubur.
 
6. CALM
bertenang semasa menangani segala krisis, segala isu2 berbangkit. jika anak didik membuat kesalahan tegur dan bagi peluang kepada mereka membela diri. jika diserang dari segi emosi.. mentor hendaklah menenangkan mereka supaya fokus mereka tidak tersasar. ingatkan mereka tentang niat dan impian mereka. tanamkan kepada mereka untuk meletak sepenuh kebergantungan kepada Allah. 
 
7. CONTROL
kawal keadaan, kawal keseimbangan kumpulan, kawal ahli2 dalam group supaya tiada yang membawa kesan2 negative kepada ahli2 lain. kawal perbincangan dalam group supaya tak hilang dari fokus sebenra. kawal dan monitor arah tuju kumpulan supaya bergerak mengikut perancangan.
 
8. COURAGE
usaha bersungguh2 biarpun tidak mendapat sepenuh kerjasama kumpulan. leader hendaklah lebih proaktif, berkerja lebih keras dan tunjukkan contoh terbaik. leader hendaklah sentiasa menunjukkan disiplin yang baik dan sikap2 yang positive. leader hendaklah rajin.
 
9. CONSISTENCY
consisten dalam setiap rutin harian. tidak biarkan rutin terganggu oleh perkara lain. lakukan apa yang telah dirancang terlebih dahulu sebaik2nya.
 
10. COACHING
 beri tunjuk ajar yang tidak berbelah bagi. sama2 merancang bersama anak didik bagi mencapai matlamat mereka. bantu dan bagi peluang sama melakukan brainstorm. coaching mestilah sesuai dengan peringkat kematangan anak buah. jadikan coaching sebagai tempat memberi dan menerima. dapatkan feed back daripada ahli setiap kali selepas coaching dan pastikan mereka jelas tentang tindakan yang perlu mereka lakukan setipa kali selepas sessi coaching...


akhir kata bagi mengukuhkan empayar, leader sangat memainkan peranan peting bagi mengangkat organisase. leader yang lemah akan melahirkan organisasi yang rapuh dan leader yang hebat pasti melahirkan organisasi yang hebat.

JADI BAGI LEADER PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI KRITERIA 10C DALAM DIRI ANDA!!


herny hafiz
Post a Comment