Monday, June 1, 2015

Kenapa kena datang National Conference Shaklee?

Minggu depan 5-7 June akan berlangsunglah event tahunan terbesar Shaklee iaitu Shaklee National Conference.

ingat lagi tahun 2013 masa tu saya masih baru dalam Shaklee.  awal awal lagi dah tempah tiket penerbangan dan book hotel dekat holiday Villa. masa tu income saya takde la banyak macam sekaarang. dalam 2-3k . kumpul duit semata2 nak pergi National Conference. dengar2 National conference ni dapat banyak aura, dapat semangat dan boleh jumpa ramai org yang dah berjaya. Boleh jumpa jutawan2 Shaklee. memang teringin sangat nak pergi. Orang kata nak berjaya kena lah bergaul dengan org yg dah berjaya lebih dari kita kan?

saya mohon cuti dari pihak hospital.masa tu saya masih lagi bekerja. sebelum NC tu saya kerja tanpa minta cuti tahunan sebab nak apply untuk NC ni... tiba2 roster naik saya kena bertugas. Rasa sedih sangat! menangis. saya dah korbankan duit hangus macam tu saja. sejak hari tu saya tekad nak pecut lebih laju dan azam untuk berhenti kerja. memang saya sangat kecewa. menangis lah bila apa kita impikan dah hampir dapat tapi di aniaya macam tu. masa national conference saya pergi kerja dengan hati yg luluh..hihi..serius sangat sedih dan benci nak mengadap org atas.

masa tu fokus saya 1 ja... nak buat sungguh2 sampai stabil income 10 k sebulan dan saya nak berhenti. saya jadikan semua tu sebagai cabaran. Alhamdulillah turning point sejak tu saya buat shaklee sepenuh hati pada 2 bulan lepas tu saya terus ambil keputusan untuk unpaid leaves. jenuh jugak pujuk husband. dalam hati takut tapi saya cekalkan dan yakin bahawa saya boleh  bertahan. saya azam untuk tahun depan tu saya pasti akan datang NC dengan title Master Coordinator.

Alhamdulillah tahun lepas saya di mudahkan ke NC. memang rasa happy sangat2. bercampur dengan master yg dah berjaya. kenal lebih ramai orang. jumpa dengan CEO Shaklee MR ROGER BARNETT. tengok puluhan anak didik saya naik ke pentas untuk award masing2.

detik yang saya masih ingat ialah perasaan bila lihat Presidential master Nur Laila buat sharing di pentas. Terdetik dalam hati tahun depan aku nak ada atas pentas tu jugak untuk buat sharing.

benarlah..fikir yg baik2 maka yg baik2 juga lak datang pada kita...
Tahun ni tahun ke dua saya ke National Conference. Debaran kian terasa apatah lagi saya di jemput sebagai salah seorang speaker. dup dap dup dap...

lagi beberapa hari je lagi.... saya berharap sangat perkongsian saya nanti akan membuka mata hati peserta yg dijangkakan berjum;ah 4000 org. 

sehingga itu... doakan semuanya berjalan lancar.
anda semua di jemput datang. tiket2 masih dijual bernilai RM 30.

boleh hubungi saya untuk dapatkan tiket masuk ke dewan.
saya sangat2 sarankan semua anda yg bergelar SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR menghadirkan diri dalam event ini. rugi kalau tak datang tau..

salam sayang,
herny hafiz


Post a Comment