Wednesday, June 10, 2015

kenangan raya semasa masih makan gaji

raya 2010

masa ni anak saya umur 1 tahun.
saya masih bekerja. masih ingat dulu..sebab saya tinggal dekat tempat kerja jadi terpaksa berkorban cuti raya.

4 tahun pertama tak pernah cuti pada hari raya. saya ialah org yg kena kerja pada hari raya. takpe lah masuk kerja petang pagi masih  sempat raya.

jadi selalunya malam raya saya akan masak.. esok paginya cepat2 siapkan baju anak.. suami selalunya buat sendiri.

kemudian hantar ke rumah mertua.

dan saya bergegas masuk kerja.. tinggalkan anak bersama suami.

😊😊😊

setiap kali nak raya mesti ada  lah yg bising2 sebab tak dapat cuti. buku  request pon siap tulis merah2 sebab semua pun nak raya kan? hihi... 

sekarang semua tu kenangan... 

masa mengandungkan puteri tahun 2008 saya dan suami pacak gerai.. saya jual nasi lemak ayam perap depan USM. ye lah nak raya banyak nak pakai duit. masa tu suami buat freelance je. takde kerja tetap.

jadi masa bulan puasa pagi2 suami ke pasar beli bahan2 segar.. kemudian saya sediakan bahan, grind rempah2 dan perap ayam. masa tu saya ajar suami buat nasik lmak. lebih kurang 50 bungkus sehari.

jadi dah siap bahan.. nasi masak dirumah. 

sambal, ikan bilis masak siap2 malam. ayam goreng kat tapak bazaar ramadan.
jika saya kerja pagi jam 4 petang kami dah bertolak ke bazar ramadan.

kalau saya kerja petang suami saja laa yg berniaga. 

sebulan tu je laaa kami bisness.. tolak campur modal segalanya untung bersih dalam rm1000 je. lepas sepasang baju kurung je untuk saya dan selebih nya belanja raya.
Post a Comment