Friday, May 29, 2015

CUTI-CUTI JEPUN PART 1


Lama ambil masa nak upload trip saya ke Jepun ni..hihi...adess..

kami ke Jepun pada 4 April 2015 lalu.. pada mulanya try cari agent tapi kos berganda.. jadi kami buat Itinery sendiri. cuma ambil driver untuk bertolak dari Narita ke Tokyo dan Tokyo ke Kawaguchiko.

Perjalanan bermula dengan penerbangan Mas dari Penang transit ke KL kemudian terus ke Narita. sampai je airport Narita terus dapatkan Simcard Jepun. Prosedur lecey jugak kena daftar bagai... kemudian kami ambil shuttle bas ke Hotel. suhu masa sampai 7 darjah celcius. masa sampai teruja lah tengok sakura kembang sepanjang jalan. kami bermlam 1 malam je di Narita kemudian bertolak ke Tokyo. Kami di Tokyo dan sewa hotel di kawasan Shinjuku selama 4 hari dan bertolak ke Kawaguchiko. Di Tokyo kami melawat beberapa Park, makan bekal di taman,  pergi ke Tokyo tower, DisneySea Tokyo.
 Hari ke5 upah driver untuk ke kawaguchiko. masa perlajanan ke kawaguchiko... hujan salji turun. sebenarnya tak sangka..sebab ni agak rare sebab dah masuk musim bunga kan. memang rezeki kami agaknya. ini adalah pertama kali saya sentuh dan lihat salji. alhamdulillah...terharu rasanya. nasib buat shaklee.kalau kerja macam dulu taktau la bila nak boleh rasa. hihi...di kawaguchiko salji turun sehari je..so ambil masa main2 salji je lah sekitar hotel. Di kawaguchiko kami sightseeing sekitarnya hari ke dua kami naik kabel car ke kachi-kachi mount. kalau cuaca elok memang boleh nampak view gunung Fuji. tapi takpe..walaupon begitu..boleh juga kami nikmati keadaan salji yg penuh kat ranting2 kayu. anak saya sangat teruja laa boleh buat olaf..hihi . turun dari mt kachi kachi kami menyelusuri tasik kawaguchiko. esok paginya dah siap2 kemas barang nak check out tetiba anak saya menjerit nampak gunung Fuji. jadi sampai jugak hajat nak menyaksikan depan mata Gunung Fuji..hihi.. kemudia kami sewa taxi ke stesen keretapi dan naik bullet train menuju osaka. kami check in di kawaguchiko selama 3 hari sebelum bertolak ke Osaka.
 di Osaka kami melawat kyoto sekali dan kami melawat castle (tak ingat nama).kat situ puas la tengok pokok2 sakura macam2 jenis. Di Osaka kami just sightseeing sebelum pulang semula ke Narita dan ambil flight ke Malaysia..

Pengalaman di jepun paling best selain natural attraction  ialah budaya mereka yg sangat pembersih. kawasan sana selamat, bersih dan berdisiplin.

oklah layan ganbar je dulu ya?

nanti insyaAllah saya akan upkan entry tentang Iteneray kami sepanjang di sana..

stay tune,

TOKYO TOWER

TOKYO DISNEYSEA


UMEDA SKY BUILDING, OSAKA  PANDANGAN DARI ATAS (TATAU GAYAT PUNYA BUDAK)
UMEDA SKY BUILDING DARI BAWAH
KAWAGUCHIKO
KAWAGUCHIKO, MT FUJI KAT BELAKANG TU


SALAH SATU PARK DI KAWAGUCHIKO

DISNEY SEA

MAIN SALJI DI KAWAGUCHIKO

KACHI KACHI MOUNT

UMEDA SKY BUILDING OSAKA

KAWAGUCHIKO

Post a Comment