Saturday, May 30, 2015

Cuti Cuti Bandung Part 2

salam sayang semua,

kali ni saya nak share tentang Trip Bandung baru2 ni. awal bulan May hari tu.Trip ni kami 3 beranak saja. Ni merupakan kali ke dua ke bandung. Tujuan utama ialah nak menempah suit untuk suami saya sempena National Conference dan cari baju raya :) sambil2 tu makan angin sebelum puasa.

Kami bertolak dari Penang menaiki Malindo Air dan turun di Airport Bandung. Sebelum pergi kami dah hubungi sahabat di Bandung iaitu Pak Rizwan. Sampai sana kami check in di Aston Brastaga (kalau tak salah nama hotelnya) terletak di tengah2 pusat bandar. Bila jalan bertiga ni aktiviti pun bebas.. free & easy ja..kami google beberapa restoren dan minta pak rizwan hantarkan. macam biasa sampai2 pekena nasi padang dulu. malamnya kami ke Restoren Rumah Nenek.

di rumah nenek menu spesialnya western. Saya & puteri makan pizza dan suami makan nasi timbel. pizza sedap!

hari kedua kami breakfast di kedai kopi (lupa dah nama- nanti ingat saya bgtau) menu breakfast sedap! saya makan bakso, anak makan roti. lepas makan kami terjah ke outlet. banyak outlet juga masuk tapi saya rekemen kalau korang nak pergi terus ke Rumah Mode saja. Outlet2 lain macam mengarut ja hahahha.. harga sama je kot macam kat Malaysia tapi pilihan lebih banyak berbanding Penang! ntah la bagi saya yg tinggal di Peang saya rasa lebih selesa shopping di Bandung berbanding KL. sebab Bandung ni tiket pun murah. hotel makan semua murah berbanding KL! 

antara restoren yg kami singgah ialah Restoren Kampung Daun- memang best kat kawasan hutan ada air terjun, menu sedap, tempat makan special dalam pondok2 kecik siap ada bantal lagi boleh baring2. tapi tempat ni kena reserve dan tunggu ya. menu kami ambil makanan Sunda.

petangnya kami ke tempat cowboy D'Ranch, Lembang. Tempat nibterleyak di kawasan tanah tinggi dan cuacanya sejuk. Kat sini kami menunggang kuda. 
Selesai aktiviti kat D'Ranch kami ke Tempat Produksi Kopi Luwak iaitu Kopi yg di ambil dari biji kopi yang dimakan musang pandan. Lepas dah lalu dalam usus musang tu maka dikeluarkan semula dan diproses. ha harga kopi ni mahal tau dan ada khasiat kesihatan. Mula2 geli geleman tapi bila dengar penjelasan so kami yakin. saya dan suami try sorang secawan. hihi.. best :)
malamnya kami ke Hotspring.

Hotspring ni buka 24 jam. memang sedap berendam. air kat sini memang panas dan rasanya masam.  

makan malam hari last kami makan di Stone  Cafe sambil menikmati pemandangan Kota Bandung. Esoknya kami  balik transit di KL dan terus ke Penang! yuk layan gambar..





















Post a Comment