Thursday, October 30, 2014

menu diet : ikan tongkol masak cuka

IKAN TONGKOL MASAK CUKA

Anda tengah berdiet? Anda mengamalkan diet rendah karbohidrat? Tak tahu lagi nak masak apa? Jemu dengan stim & grill?

ni resepi ringkas tapi menyelerakan.
Ikan tongkol masak cuka. Memang lepas makan berpeluh2 je rasa.

mudah je nak sediakan.

bahan-bahan:

• 2-3 ketul ikan tongkol 
• bawang putih dan bawang besar dipotong kasar
• 3 sudu cuka
• sedikit garam
• sedikit kunyit
• lada hitam di tumbuk kasar
• jintan manis dan jintan putih
• daun kari
• cili padi
• minyak untuk menumis

Penyediaan

Ikan boleh digoreng separuh masak terlebih dahulu.
Tumiskan bawang, daun kari, jintan manis dan jintan putih. Masukkan cuka, air dan garam. Kemudian masukkan ikan dan cilipadi.

Setelah mendidih boleh dihidangkan. Jintan manis, jintan putih dan lada hitam, cili padi memang metabolisme booster yang bagus! boleh bantu bakar lemak lebih baik tau....

Jangan lupa telan Lecithin 6 biji untuk larutkan lemak dan minyak!
selamat mencuba!

salam sayang,
herny hafiz



Tuesday, October 28, 2014

side income bersama multimillionaire (MM)

salam sayang semua..

Alhamdulillah baru2 ni saya mendengar khabar berita seorang anak bisness saya yang tengah bercuti selama beberapa bulan (unpaid leave) dah pun keluarkan kereta baru dia MITSUBISHI ASX.



ni lah rupa kereta ini. sejak dia bagitau saya kereta ni kerap pulak tersempak kat jalan. law of atraction kut. beliau adalah anak bisness direct di bawah saya. dulu kami kerja 1 hospital as nurse tapi tak pernah berjumpa pon. kemudian jumpa di facebook. sampai 1 masa dia ada masalah dengan susu badan. jadi dia pm saya tanya tentang shaklee. sembang punya sembang dia terus join dan beli alfalfa dan ESP. kemudian bila join ahli saya terangkan tentang bisness shaklee dan dia berminat dan tanya tentang best ke buat shaklee. berapa akak dapat? 

saya pun tunjuk bukti. masa tu income saya cuma RM5k jer. tapi besar laa dah melebihi gaji kami as staff nurse. tapi dia tak berani nak mulakan sebab nak mencuba produk. so saya pon tak memaksa just biarkan je dia buat pilihan.  berbalik pada set menyusu tadi... lepas ambil alhamdulillah susu pon melimpah2. saya masih ingat dia update kat FB yg susu dia dah banyak semula. masa tu dia belum start bisnes. jadi saya cakap share je kabaikan mana tau ada org yg memerlukan kita boleh bantu. alhamdulillah lepas yakin dengan produk kemudian teruskan perkongsian dia dah mula kembangkan organisasi sendiri. beberapa bulan dia join bisness diapulak  dah berpindah ke Pahang dan kami hanya berhubung di internet saja. tapi jarak bukan pemisah walaupun berjauhan dia terus maju  dan dah  jana income 5 angka sebulan. sekarang ni dah lebih setahun dengan Shaklee,  dah beranak lagi sorang baby pun. dengan 100% income dari SHAKLEE dia dah mampu keluarkan kereta baru dah mampu BERCUTI TANPA GAJI dan membesarkan anak2 depan mata.

dan semua itu datang dengan keazaman dan minat mendalam. bagi korang yang nak mencuba jana side income.apatah lagi selama ni dah pon merasa produk2 Shaklee..apa lagi?  boleh hubungi saya. Saya mempunya rangkaian pengedar2 shaklee di setiap negeri dan bimbingan diberi secara online dan perjumpaan berkal di setiap negeri. InsyaAllah, seperti mana saya yg dulunya nurse kini dah mempunyai syarikat dan staff sendiri, jana puluhan ribu pendapatan setiap bulan, saya akan bantu anda pula menjejak impian anda.

salam sayang,





baik buruk protein diet dan ketosis

ramai yang mengamalkan diet yang menghadkan karbohidrat sehingga 20 gram sehari di mana perlu mengamalkan "pantang" nasi,kentang, dan buah-buahan.

bila karbohidrat dikurangkan maka tubuh mula membakar lemak sebagai sumber tenaga maka penyusutan badan berlaku dengan ketara sehingga mampu turun hingga 1 kg sehari. diet ni di asaskan oleh DR ATKINS dan dinamakan ATKINS diet. ATKINS DIET mempunyai 4 fasa iaitu
1) INDUCTION - berlarutan selama 2 minggu atau lebih. hanya 20gram carbohidrat dibenarkan melalui sayur-sayuran.

2) ONGOING WEIGHT LOSS (OWL)- jumlah karbohidrat ditingkatkan menjadi 25 gram dan ditambah 5gram jika berat badan masih signifikan.

3) PRE MAINTAINANCE 

4) LIFETIME MAINTAINANCE 

fakta menarik tentang diet TINGGI PROTEIN, RENDAH KARBOHIDRAT

1) berat badan boleh menyusut dengan cepat.
2) kurang lapar kerana paras insulin rendah
3) ketosis terjadi iaitu lemak-lemak dibakar untuk metabolisme menghasilkan produk kumuhan iaitu ketones
4) ketones juga boleh mengurangkan nafsu makan


namun terdapat perkara yang perlu di ambil kira kehadiran ketones memaksa buah pinggang bekerja keras. risiko untuk kerosakan buah pinggang amat tinggi terutama jika anda kurang minum air kosong. buah pinggan akan terbeban.

jadi adakah bagus atau tidak diet tinggi protein?

bagi saya. ia terpulang kepada pendapat masing2. terus gemuk pon banyak risiko kesihatan. turun mendadak pon ada risikonya.

cuma jika anda berdiet pastikan MINUM AIR SECUKUPNYA dan monitor FUNGSI BUAH PINGGANG anda..



herny hafiz

Sunday, October 26, 2014

resepi makan malam : daging goreng kunyit bersama lada hitam dan jintan manis

macam entry saya sebelum ni jintan manis ni sangat bagus di ambil bersama2 makanan. memang terasa panas badan.

petang ni demi nak menghabiskan daging korban saya masak daging goreng bersama minyak zaitun.

letak kunyit, lada hitam dan taburkan jintan manis. memamg berpeluh2 lepas makan.

selamat mencuba..

jintan manis tu boleh disangai dan simpan dalam bekas dan taburkan je dalam apa2 lauk. memang menyedapkan dan bagus untuk kesihatan.



opa jgn lupa telan 2 biji phytocol supaya kolesterol tak masuk dalam badan~

jomm happy happy berdiet!!

love,
herny hafiz

temu pauh ~ rizom dari tuan tanam sendiri

alhamdulillah keratan rizom temu pauh yang di beli dari tuan iskandar dari www.tanamsendiri.com tumbuh subur. menanti masa sesuai boleh di petik. saya tak pernah rasa temu pauh tapi orang kata rasanya macam mangga. tak sabar nak try.


cadangan untuk set kesuburan bagi suami dan isteri

bagi anda pasangan yang dah berkahwin tapi belum ada cahaya mata sini saya cadangkan supplemen untuk tingkatkan kesuburan anda. walau bagaimana pun kenalah berpegang pada ini hanyalah 1 ikhtiar. ada kalanya kesuburan ni dipengaruhi macam- macam faktor. 
samada di pihak isteri atau suami.

nutrisi untuk kesuburan sangat penting ya..

antara cadangan supplemen ialah
SET KESUBURAN 

WANITA

GLA COMPLEX  (60softgel)
~ membantu mngawal atur haid, dan hormon kesuburan
dose:
>period tak regular
2-3 softgel setiap hari hingga regular
>bagi yg period regular
2-3 softgel 
> mula pada hari pertama haid hingga hari ke 14(hari ovulasi).
> kemudian tunggu hingga haid seterusnya
> jika tak datang haid pada waktu sepatutnya tunggu hingga 1 minggu dan check UPT
>jika pregnant atau disyaki pregnant boleh berhenti mengambil GLA kerana GLA boleh menghasilkan prostaglandin yg boleh menyebabkan datang haid semula (persenyawaan gagal).

BCOMPLEX with folic acid (120 tablet)
~untuk kesihatan sistem peranakan.
~folic asid diperlukan bagi merangsang foliccle (organ pada ovari yg merembeskan hormon untuk pelepasan ovum) ingat ! folic=foliccle!

Energizing Soy Protein 
membekalkan proteinuntuk menghasilkan sel2 tubuh yang sihat!
dose 3-6sudu sehari (membekalkan protein 14-28gram sehari)

SUAMI
ZINC COMPLEX  (120 tablet)
meningkatkan penghasilan air mani 
note: si suami mungkin akan merasa pening jika mengambil zinc tapi jarang melakukan sex sebab air tak lepas :)
dose 1 tablet sehari

VITAMIN E RM  (120softgel)
~ membantu pembentukan sperma yang sihat dan cergas (morphologi sperma)

COQhealth (30 softgel)
~ membekalkan tenaga, meningkatkan ketahanan tenaga batin ketika melakukan sex terumanya bagi suami yg merokok!
dose: 1 softgel sehari

note: COQHealthjuga mengandungi vitamin e so if ambil COQ health boleh skip vita e~

selain itu saya ingatkan anda perlu dapat consultasi berterusan dari pengedar anda supaya dapat monitor perkembangan anda.
bagi yang nak mendapat produk ini serta konsultasi lanjutan sila whatsapp saya 
herny 0135825382

terima kasih,
herny

ingin berjaya kena buang sifat-sifat orang yang gagal

saya google rahsia kegagalan. ramai yang cakap nak berjaya macam saya. pada pandangan mereka mungkin saya dah jauh lebih berjaya. income 5 angka sebulan melalui bisness shaklee. ramai yg mendefinisikan sebagai dah berjaya. tapi bagi saya masih belum berjaya. masih lagi terus berusaha. sekurangnya sebelum berakhir tahun 2014 yg berbali 4 bulan ni saya dah cecah income 6 angka sebulan. tu adalah cabaran yg saya letak
untuk saya capai!

benar kata sahabat saya... mimpi atau impian tu bukan apa yg kita dapat masa tidur tapi mimpi tu adalah sesuatu yg kita tak boleh tidur untuk mengejarnya.

dan apa yg saya nak nasihatkan pada anda jika ingin berjaya.. bukan sekadar ingin je tapi kena buang dulu sifat2 org gagal..


paling penting kena positif, kena selalu berdoa moga dipermudahkan jalan, kena berkorban, kena betul2 ubah diri manjadi org yg mempunyai pemikiran utk berjaya. ada  target yg jelas, perancangan yg teliti untuk capai target dan kental menghadapi segala dugaan. tak boleh down, tak boleh putus asa dan bangun setiap kali terjatuh.

berubahla~ sempena maal hijrah jomm kita berubah menjadi lebih baik dari sebelum ni,

love,
herny 

petua: jintan manis untuk pecahkan lemak

salam uols, malam ni saya nak share lagi 1 petua mudah untuk bantu uols selim melim (bantu saya jugak)

masakan melayu ni banyak letak jintan manis atau fennel seeds. saya palinh suka letak bila buat asam pedas. fuhhh terangkat!

sebenarnya banyak manfaat jintan manis ni tau. ia kaya dengan flavonoid bertindak sebagai anti oksidan. selain tu ia juga ada fiber yg boleh serap kolesterol dan lemak dalam usus kita. ia juga boleh buang angin2 dalam perut kita.  kebaikan jintan ni sangat bagus untuk sistem pencernaan kita.

ada beberapa cara untuk kita amalkan jintan manis.

1) campur dalam makanan harian.. dalam  masakan berkuah atau kacau goreng.

2) teh ~ rebus 2-3 sudu jintan manis bersama 500-600ml air selama 15-20 minit. minum setengah gelas pagi dan malam. sebaik2 nya masa perut kosong supaya ia boleh bertindak lebih berkesan.

3) makan begitu saja. boleh juga disangai dulu dan masukkan dalam botol kedal udara dan buat kudapan.

selamat mencuba!


opss selain utk kurus jintan manis juga boleh menyegarkan nafas anda.

jgn lupa minum air mencukupi ya? 
1 liter bagi setiap 25kg berat badan anda! yg gemokkk kena laa minum lebih..

love,
herny

Saturday, October 25, 2014

tips untuk rasa kurang selera makan berlebihan

ok tau tak apa tu? tu sebenarnya tablet alfalfa kompleks. alfalfa ni ada macam2 kebaikan. tapi kali ni saya nak cerita kn salah satu effect yg paling saya suka tau?

ok tips ni penting untuk anda yg tengah diet. masa kita diet ni kadangkala selera makin naik. ni sebab apabila paras gula kita tak stabil. maka badan pon bagi isyarat untuk makan. kita akan teringin nak makan nasi, makan manis.

sapa yg pernah berdiet mesti rasa macam ni kan? melainkan korang tengah putus cinta ke angau ke ~ ha yg tu signa lain.

ok apa yg saya buat adalah saya ambil n telan seawal pagi terus 10 tablet alfalfa bersama2 air 1-2 gelas. alfalfa jugak mengadungi fiber. jadi anda akan rasa full je perut! haaa memang dapat kawal selera makan tau? tapi macamana pon mind kena kuat dgn godaan sepanjang diet. jgn kudap2 gula ke, jajan, kuih biskut plak sebab tak sedar. benda tu ada kalori tersembunyi pulak. so bila tak rasa lapar tak perlu kudap2.minum air je okay?
selamat berdiet dan kawal nafsu.
bagi anda nak dapatkan tablet alfalfa complex boleh whastapp saya di 0135825382 atau emel info@aturius.com untuk suggestion yg terbaik okay?

Thursday, October 23, 2014

petua bersihkan seterika

assalam semua~ saya dapat tips ni dari salah seorang kawan.

seterika besi tu kan lama2 akan hangus dan jadi hitam2 kan? kadang2 bila kita gosok pakaian yang disebaliknya ada zip atau batu-batu kesan hitam tu mengotorkan pakaian kita kan?

ni ada petua yg mudah

mula2 panaskan seterika pada suhu yg sederhana. taburkan garam kemudian gosok atas garam tu. kemudian turunkan suhu sampai sejuk lap kan dengan kain basah.

hasilnya seterika korang akan kelihatan seperti baru! mudah kann?

jommm cuba!

Friday, October 10, 2014

ESP Shaklee : Khasiat dan Kebaikan

Salam sayang semua pembaca2 blog saya. lama saya tak update blog ni. Bulan ni kembali lagi promo produk shaklee yang paling hot iaitu ENERGIZING SOY PROTEIN atau pon lebih dikenali sebagau ESP. haa.. promo ESP la masa terbaik untuk anda yg selama ni pengguna setia produk ni terus ambil 1 set dan berjimat rm150 tau? terus ambil 1 set kemudian daftar ahli dan dapat lagi bonus 5%. ok batch ESP kali ni expired pada 2016 jadi jangan risau untuk stock in banyak2 sementara tengah offer ni.

SIAPA PERLUKAN ESP?
antara khasiat ESP ni :
  •  protein tinggi yg sesuai sangat untuk anda yg dalam proses diet kerana protein ni boleh menyebabkan kita kenyang lebih lama. kelebihan ESP pulak sebab indeks glisemik rendah maka anda akan rasa bertenaga selama berjam2 sebab kandungan tenaga tu dilepaskan perlahan2. best combination ialah bersama2 LECITHIN dan HERBLAX.
  • protein jugak penting untuk repair sel2 kulit..so sangat bagus untuk anda yang ada masalah parut jerawat muka kusam, jeragat. best combination ialah dengan VITAMIN C SUSTAIN RELEASE 500gm. 
  •  membantu melancarkan penyusuan ibu dan menghasilkan susu yg lebih bernutrisi. anda boleh dapati ibu yg menyusu dengan bantu ESP susu kelihatan lebih pekat dan baby lebih kenyang
  • menganjalkan payudara dan kulit yang gelebeh supaya kembali tegang
  • untuk kesuburan pulak ESP bantu untuk memperbaiki tisu2 rahim, dan sel2 sperma dan ovum yang sihat.
 khasiat2 ESP ni memang banyak sebab tu lah produk ESP ni adalah produk shaklee yang paling laris!


TESTIMONI








bagi anda yang ingin dapatkan produk2 shaklee dan consultation boleh hubungi saya melalui whatsapp 0135825382 atau lawati lama Instagram saya herny hafiz.


Saturday, October 4, 2014

makan-makan : mee udang sungai dua

hari ni lepas ambil barang-barang bisness kat shaklee branch seberang jaya pulau pinang. saya & staff saya sengaja terlajakkan diri. alang2 tu terus cari tempat makan. daripada lebuhraya plus kita kena keluar melalui exit sg dua, kemudian ambik simpang kanan. lepas daripada simpang ... anda akan nampak petron. haa boleh parking kat petron. kemudian jalan sikit patah balik. akan jumpa butik jubah dan kedai makanan haiwan. kedai ni namanya AZIZ MEE UDANG PAK NGAH.

kalau mi biasa tu rm8 sepinggan. kalau nak tambah udang pulak harga ikut udang yg kita pilih. ada udang bela, ada udang laut ada udang galah. tapi lobster takde ya? 

kami bertiga termasuk anak saya.order rebus tambah 6 ekor udang laut. 




sini juga ada jual satay. kami order 10 cucuk satay ayam dan satay daging. anak saya puteri order nasi goreng. harga semuanya rm49.90!






tapi takper sedap dan berbaloi2! nyum nyumm.. bagi anda yg datang ke mee udang ni. ingat ya ia di bahagian tanah  besar.... boleh rasa~~~