Thursday, September 18, 2014

tips kecantikan : masker shaklee


hari ni saya nak share rahsia kulit kekal berseri tanpa penggunaan bahan2 terlarang. bagi saya saya bukan la peminat kulit yg dah dinipiskan dengan produk2 bleaching. kan kita nampaknkulit halus dan nipis sangat. sampai rasa nak nampak salur darah dah. terpulang la ada kata cantik. kalau saya , saya agak ngilu tengok kulit yg terlalu nipis.


tapi memang tak disangkal sel2 kulit lama memang perlu di buang bagi memberi nafas dan seri pada wajah. petua saya senang je. saya selalu buat masker ESP + VITAMIN C + alfalfa 


atau pon salah satu. 
tu hasilnya bila dicampur 3 bahan. lepas tu just sapukan pada kulit wajah dan biarkan hingga kering. dah kering cuci macam biasa. masa sapu kat kulit tu kan rasa sejuk2 je dan kalau ada jerawat tu rasa pedih2 sedap macam tu hihi....

bila dah cuci memang rasa kulit lembut, soft dan melantun2 je.

muka sementara masker lom kering lagi...

masa tulis entry ni pon muka masih bermasker.

ok dah nak basuh muka. lepas ni apply sikit moisturizer dan simple touch up! done.. gojes & natural 

love, herny :) 



cutu-cuti kota kinabalu dan kundasang


alhamdulillah ~ kali ni nak cerita tentang jalan2 cuti-cuti malaysia kami di kota kinabalu, kundasang dan ranau. 
kami bertolak dari penang lebih kurang jam 10 pagi dan sampai di kota kinabalu dalam jam 1 petang. bersama2 trip ni jugak ada 3 coordinator dari group bisness saya yg turut join iaitu fyna, yuyu dan marjan!

fyna & marjan terbang dari KLIA tapi  arrival time lebih kurang sama dengan kami juga yg bertolak dari penang ni. sampai je kami ambil kereta sewa dengan bayaran RM250 untuk 3 hari 2 malam. saya ambil proton saga dan geng2 bujang 3 org tu ambil viva.

dari airport kami gerak ke celyn hotel
dan disambut dengan anak2 buah saya di sana.. di sana kamu buat meet up, kemudian lepas coaching singkat dan bagi sikit booster injection, acara potong kek kami semua gerak ke port view untuk makan malam.
kenapa pilih port view? bagi saya, saya pilih  sebab makanan yg fresh, dan ambience yg cantik.. harga.? . boleh tahan mahal sesuai la dengan tempat kan? kalau nak banding dengan pasar filipin tak boleh la. kos makan malam kami rm1400++ untuk 10 org! kiranya hidangan mewah..menu utama lobster seberat 1kilo lebih berharga rm600++ puas makan! sekali sekala je boleh makan macam ni. lagipon alang2 nak open table kan? lagi kami order kerapu merah seberat 1.7kg masak sos thai. sedap & fresh. semua makanan kat sini masih hidup ketika di pilih! freshhhhh! lain2 ada udang, sotong, siput2 dan special sayur sabah!





lepas makan malam
kami masuk ke pasar philipine untuk beli souvenir. hubby dah balik tidur bawak puteri. alang2 dah sampai KK kami pusing2 cari branch shaklee KK! jiwa shaklee ni mana2 pergi nak cari jugak! so tu anak cucu saya posing!! hihi.. muda2 lagi dorang..bujang.. tapi income dah cecah 5 angka sebulan dalam shaklee!




keesokan pagi lepas breakfast kami terus gerak ke kundasang. alhamdulillah cuaca elok. kali ni puncak kinabalu nampak lebih jelas. ala2 new zealand gitu...di sana kami singgah ke desa dairy farm sambil melawat lembu2 dan kambing.. macam biasa dengan pemandangab indah macam tu apa lagi selfie time. tapi saya diserang sakit kepala pulak! so bagi peluang yg muda2 tu enjoy!

lepas melawat desa dairy farm...saya n hubby terus ke hotel untuk check in. lokasi terbaik... cantik sangat!

kami menginap di kinabalu park world heritage. kat sini ada  lodge unit 10 je... gambar lodge tu diambil dari camera drone sayup je... cuaca berkabus..  tempat ni sangat cantik! ni saya bagi rate 4 star! best.. privacy... sunyiii... serammm!

harga bilik rm400++ 1 malam!  air panas,astro, complimentary tea & coffe disediakan.



nak ke cafe kena jalan sikit. dekat cafe ada wifi free & laju. average sangat2 puas hati...next time kami cadang nak menginap lagi kat sini... sukaaaaa!

lepas makan kami lepak2 depan lodge sampai lebih kurang pukul 6 petang tapi sayang berkabus tak nampak apa2. tapi kata staff situ kalau cuaca elok boleh nampak
puncak kinabalu. lama menanti rasa  agak frust. baru je nak masuk bilik tiba2 awan berlalu dan puncak kinabalu nampak dengan jelasss selama beberapa minit!! apa lagiiiii kelm kabut kami bergambar dan menikmati keindahan ciptaan Allah. ni adalah kali pertama saya lihat puncak kinabalu secara live! kagum!

malamnya hujan renyai jadi kami keluar makan kat pekan ranau. cadangan asal nak masuk poring hot spring tapi cuaca hujan pulak dan katanya malam tak buka. kami pon kebetulan dah letih jadi rasa baik balik tidur je laaa! memang nyenyak tidur sampai esoknya terlepas breakfast sebab nyaman sangat!!!  3 orang muda tu pagi2 dah berangkat sebab flite lebih awal..tak sempat nak hugs2 pon.

lepas check out saya & family gerak ke kundasang cari makan! kami singgah kedai makan dekat kundasang tu.. dari tepi jalan dah nampak dan bau sayap panggang! sampai2 terus order 6 ketul. puteri makan nasi ayam. saya makan bihun sup campur, hubby nasik campur.

lapar ditambah sejuk makanan jadi sangat enakkk!


dekat sini saya ada beli sebiji buah terap. harga rm3 je. makan dalam kereta dalam perjalanan ke sungai moroli  yang terletak di Kampung Luanti untuk tengok ikan kelah.. nak masuk sini kena bayar rm10 kalau tak salah. di pintu masuk ada pokok terap yg besar!!!! rasa buah terap ni rasa ala2 cempedak tapi bau tak sekuat cempedak.

dekat sg moroli ni hanya diberi masa 15 minit bermanja dengan ikan kelah. kami diberi makanan ikan 20 sen sepeket. sorang cuma dibenarkan sepeket je! ikan ni sangat manjaaa.. memang mengerumun bila kita masuk.. 

lepas beberapa ketika di sini kami bergerak ke airport. dalam perjalanan kami singgah di rumah terbalik, tamparuli


gambar ni kami tebalikkan hihi..

lepas pusing2 kat rumah terbalik kami pon check in airport dan balik penang . belum puas datang sabah. lain kali pasti datang lagi untuk tawan puncak kinabalu pulak! 
till then~~~~~ jumpa lagi KK!
boleh bah kalau kau!
love,
hernyhafiz



















Friday, September 12, 2014

PROMOSI SHAKLEE SEPTEMBER 2014 : KOMBO COLLAGEN & MEALSHAKE


Bulan ni pertama kalinya Shaklee buat promo combo..

haaaa bagus sangat untuk mak dan anak sekali.....

saya teruja dengan mealshake. Memang sangat berbaloi bila buat promo BUY 3 FREE 1. saya sendiri pernah tanya kenapa shaklee malaysia tak pernah buat buy 3 free 1 sebab kat shaklee Indonesia memang selalu  promo buy 3 free 1. Bagi anda yang dah biasa minum MEALSHAKE samada sendiri atau kepada anak memang ni la peluang hebat anda. memang jimat sangat.

SIAPA YANG PERLU KAN MEALSHAKE?
saya selalu rekemen mealshake sebagai makanan tambahan pada anak2 yg berumur 1 tahun ke atas. sering kita dapat masalah anak-anak kecil ni bila dah dapat "kaki" tu selera makan mula berkurangan dan badan mulai susut apatah lagi bila dah mula bercerai susu kan?
MEALSHAKE adalah serbuk minuman yg mengandungi pelbagai vitamin untuk tumbesaran si manja, perlu di ingatkan ianya bukan pengganti susu tapi cuma sebagai pelengkap nutrusi.

banyak feed back yg saya dah dapat daripada customer, iaitu antaranya, anak semakin bertenaga dan berselera untuk makan, kulit lebih halus, parut atau bintat2 cepat lega, kulit lebih lembat dan gejala eczema bekurangan. selain tu ramai juga bagi feedback anak membuang lebih lawas. saya sendiri pernah bagi mealshake campiur dalam susu untuk bagi pada anak saya, ingat lagi masa tu puteri kalau nak membunag tu merah padam muka. kadang2 sampai berdarah akibat sembelit. alhamdulillah le[as campur 1 sudu mealshake dalam minuman dia poo poo dah lembut dan mudah nak membuang...


tu cerita pasal MEALSHAKE!!

sekarang pasal COLLAGEN  pulak


Collagen ni adalah antara produk shaklee yg boleh tahan harganya. tapi bila time2 promo ni kitorang ahli2 shaklee pon borong. macam saya ni pon 4 kotak memang nak standby for husband yg bakal menunaikan ibadah haji. al maklum lah kat sana cuaca tak sama dengan tempat kita. setengah org mungkin kulit akan mengelupas. apa2 pon moga2 segala nya dipermudahkan.. okay berbalik pada collagen berdasarkan testimoni kawan2 dan saya sendiri collagen ni memang sangat bagus untuk memelihara kulit. saya sendiri mengamalkan collagen untuk kecantikan dan kesihatan kulit. testimoni saya yg paling berkesan ialah masa saya kena chicken pox semasa balik umrah awal tahun lalu. muka saya memang banyak naik biji2 campak. kebetukan masa tu dah hampir dengan birthday puteri, motivation rally dan juga majlis master coordinator celebration saya sendiri.

jadi saya memang agak tertekan laa bila tengok masalah kulit ni. jadi saya ambil penjagaan intensive dengan produk shaklee..

saya ambil COLLAGEN setiap hari bersama2 VIVIX, ESP, VITAMIN C, VITAMIN E dan cuci muka dengan nutriwhite. hasilnya memang dalam masa seminggu muka saya dah mula pudar dari parut2. dengan minimal touch up je takde siapa boleh sangka saya baru sembuh dari campak.
 wajah saya tu mmang takde edit2 camera 360 ke filter ke okay.

tu testimoni saya sendiri. berdasarkan kajian saintifik pon anda boleh rasakan perubahan seawal 5 hari tau.. kulit jadi lebih lembut, lembab dan tegang. garis2 halus hilang, dan kulit jadi lebih glowing.

collagen shaklee ni berbeza dan lebih berkualiti sebab dihasilkan dari RSS ( red snapper scale ) iaiutu sisik ikan merah. kenapa shaklee pilih sisik ikan merah ialah sebab ikan ni adalah ikan laut dalam, yang tahan lasak dan tahan tekanan tinggi. saiz molekul collagen shaklee pulak 1000 dalton je iaitu sangat halus jadi ia cepat diresap ke dalam kulit. selain tu collagen shaklee jugak ada 6 ramuan lain untuk bantu keberkesanan iaitu;

  1.  ekstrak biji camelia japonica  yg mempunyai emolien bagi melembabkan kulit
  2. ekstrak pfafia untuk bantu formasi kolagen dan asid hyaluronic bagi mengikat kandungan air untuk hidratkan tisu supaya kekal lambap dan licin
  3. elastin dari kolagen ikannuntuk beri ketegangan , anjal dan elastik
  4. vitamin C  untuk menggalakkan penghasilan colagen dan vitamin B untuk metabolisma dan penghasilan kolagen dalam sel
  5. ekstrak kerangan sebagai sumber glucosamine bagi kesihatan sendi
  6. lactobacillus acidophillus untuk kesihatan usus supaya dapat menggalakkan penyerapan colagen. 

    bagi anda yg nak dapatkan promo hebat ni boleh hubungi saya 
    herny 0135825382 

    cara consume collagen ni mudah sangat. ia didatangkan dalam bentuk sachet. jadi koyak dan campur dalam air kosong atau jus kemudian minum. waktu terbaik adalah semasa perut kosong sebab lebih mudah diserap. okay uolss.....selamat mencuba dan kembali cantik jelita.





Thursday, September 11, 2014

TRIP SHAKLEE LIVE 2014 CALIFORNIA: PART #3 HOLLYWOOD BOULEVARD

Day 4 : HOLLYWOOD BOULEVARD

Day ke 4 kami ke Hollywood. Signage Hollywood tu sayup-sayup je pon nampak. bak kata tourist guide yg bawa kami tu... dulu ada jalan ke sana tapi dorang dah tutup sebab banyak orang yg datang Hollywood nak jadi retis ni tapi tak dapat capai impian so dorang g naik atas tu bunuh diri. Turun dari bas je memang ramai la org yg pakai costume watak2 ni tunggu. bukan free ambil gambar ngn dorang ni kena bayar tips. yg mickey n minnie tu tak kisah bagi tips berapa.. tapi yg spiderman tu demand sampai USD20 minta huhu... tapi nasib baik laaa action pon best2 siap dukung cikput lagi... kat hollywood boulevard ni tempat merentung mestilah kat hard rock cafe. sempat la rembat jaket dan tshirt kat sini. harga takde laa murah tapi sebab rare tu n agak suka laaa tshirt hardrock ni so terbeli laa sorang sikit untuk pakai sendiri. ramai gak geng2 Shaklee ni rembat tshirt kat situ. kemudian ada kedai souvenir untuk fridge magnet, keychain. so tak lama sangat kat sini..petang kitorang dah bertolak balik ke Long Beach. so snap2 gambar lepas tu kitorang singgah makan kat marakesh restaurant. kedai makanan lebanon kut~ tu nanti cerita kat entry seterusnya okay..















khasiat cekur


cekur ni adalah sedara mara halia. cekur boleh membiak melalui rizom. cekur yang saya tanam ni saya dapat di tesco.kebetulan ada jual ubi cekur ni. jadi saya ambil dan balik masukkan dalam pasu. baru2 ni pasu dah penuh dengan rumput dan daun2 dan kering. jadi saya cabut dan gembur2 semula. alhamdulilah dah tumbuh subur.

resepi cekur
saya cuma potong2 daun nya halus, dan makan dengan nasi sebagai ulam. tapi setengah orang suka gaul bersama kelapa. 

khasiat cekur
antara khasiat cekur ni
1: bagus di makan semasa dalam pantang sebagai tonik dan mengecutkan rahim
2: menyembuhkan perut kembung
3: melancarkan haid, melegakan senggugut
4: meredakan loya dan muntah
5: melegakan batuk dan selsema

menanam cekur sangat mudah. jika jumpa rizom balik masukkan dalam pasu yg tanah digembur. siram sehari sekali. cabut rumput. daun2 yg muda boleh la di gunting dan basuh untuk dibuat ulam.





Wednesday, September 10, 2014

TRIP SHAKLEE LIVE : CALIFORNIA PART #2 DISNEYLAND

Sambungan kisah trip shaklee US;

day 3 : 15 Ogos 2014

hari ketiga lepas sarapan lebih kurang jam 9 pagi kami berkumpul depan hotel. sebahagian dari kami memilih untuk pergi shopping. tapi biasalah kami yang kanak2 ribena ni pilih untuk berjimba2 kat Disneyland. Shaklee bekalkan kami duit poket USD 50 seorang untuk makan-makan kat dalam. dah janji dah kat disneyland,,kami berlima ni nak pakai group tshirt MM.. yang kiut ni..hihihi

dalam bas travel guide dah bagi siap2 tiket ke disneyland. bas parking kat pinocchio dan kami pon menapak ke theme park. tepi2 jalan banyak ditanam pokok2 rose putih dan pokok2 palm.
sampai2 lepas dengar taklimat serba sedikit biasalah mula laa bertempiaran masing2... hihi.. paling happy puteri lah..dapat masuk 1 kedai namanya apa ntah..dalam tu budak2 ni dimekapkan alah macam fairy la tolong magic kan dorang... suka laaa diaa.... lepas2 mekap mula jadi sopan santun dan keras... maybe sebab agak letih dan masih dalam jetlag.. jadi saya takde la main mainan dalam ni. lepaskan je mak2 budak main2 saya plak.. tidurkan cikput kat tepi pasu bunga..hihi...so dekat 3-4 jam masa saya kat disneyland tidur..hahahahha... yang lain2 enjoy laaa jalan2.. lebih kurang pukul 6 puteri dah bangun sebab ada parade. so sempatlah tengok parade watak2 disney tu.. paling best masa snow white tu jalan dia lambai2 kat puteri sebab baju sama. i think moment tu memang puteri ingat..maybe bagi dia tu adalah real punya princess kot. pertunjukan  bunga api lebih kurang jam 10 malam.. so lepas tengok bunga api..kitorang pon balik.. kemungkinan lagi 2 tahun akan jejak balik ke disneyland ni. balik hotel memang letih...dan tidur je..oh ya kat sini ada jual gaun2 princess jadi sempat saya shopping 7 helai gown untuk guna kat studio magic lensa...

layan dulu beberapa keping gambar ni... jumpa lagi untuk siri #3










Friday, September 5, 2014

TRIP SHAKLEE LIVE LONG BEACH CALIFORNIA PART #1

Dah lebih 2 minggu dah trip ni berlalu. ini adalah trip luar negara pertama yang saya layak lepas 2 tahun bersama2 shaklee. kali pertama jalan jauh. sebelum ni paling jauh saya ke mekah semasa menunaikan umrah.

kali ni tujuan utama ialah menghadiri shaklee Global Conference di mana pengedar shaklee dari seluruh dunia berkumpul. memang rasa gemuruh berada di arena sebesar ini apatah lagi naik ke pentas bawa bendera Malaysia untuk ambil
award. saya dapat award untuk 4 kategori. Shaklee hadiahkan plate dari Tiffany & Co. Conference ni bukan saja dihadiri saya malah 5 org anak bisness saya turut hadir. sebenarnya 7 tapi lagi 2 org tak dapat datang.

seronok rasa di sini ramai la sideline dari negara lain yg cuba mengorek tips yg kami lakukan hingga boleh sampai ke tahap ni dalam usia yg muda.. dan dalam tempoh yg singkat.

jom layan gambar2 sepanjang conference yg berlangsung selama 3 hari ni.