Tuesday, July 22, 2014

MM tour bangi : mencipta jejak mimpi bersama master herny

20 hb julai 2014
saya anjurkan 1 coaching di hotel bangi.
lepas sahur terus siap2 dan terbang dari penang international airport bersama2 master rahimah. kitorang naik malindo dan turun di subang. dari subang nik datang and kami tumpang ke hotel bangi.



kelas hari ni full lebih kurang 50 peserta yg terdiri dari susur galur saya.

sampai agak lewat kemudian  kelas start dulu briefing by master mareeya muda 

then saya sebagai moderator pada hari tu. speaker pulak coordinator diyana, coordiator wawa dan juga slot special from master rahimah.

alhamdulillah.. seronok boleh bukak minda anak2 didik ni..

tema kami hijau pink. takde dslr kali ni. so snap pakai henpon je..
sepanjang kelas ada yg menagis, ada yg gelak, ada yg terjegil bijik mata, ada yg menggigil. 
rata2 yg datang ni kali pertama join kelas. so apa saya nak tekankan shaklee ni bisness mudah.. saya nak lebih ramai tahu yg shaklee bisness ni lah bisness perfect untuk kita,

kelas ni atas inisiatif saya sendiri untuk face to face eratkan hubungan, untuk terangkan bagi lebih jelas. dan untuk berkongsi pengalaman.

anak first level saya nik.
master mareeya bersama bakal master di bawah dia wawa
team INFINITY bawah sr coordinator hazilah halim from kajang
feeling gojes n muda dengan yuyu, sapel, nik

lepas kelas kami pon amik taxi ke KLIA2.
dan berbuka kat foodcourt. saya ambik hidangan nasi + masak lemak pucuk ubi + tempe + ikan tongkol masak lemak! memamg podeh masakan.
posing dengan juadah berbuka. ni muka sebeleum kepedasan

flite ke penanv jam 8.30malam. naik flite terlena dua org kami sedar2 dah landing kat penang airport. 

best sangat tour kali ni... tak sabar untuk next tour kat KK pulak lepas ni..

seee u orang2 KK pulak!! orang2 bangi!! uolsss hebat!!

3 master in da house







Saturday, July 19, 2014

cendawan masak lemak cili api + ikan masin

haaa~ ni saya buat beberapa hari lepas. sebelum tu separuh cendawan ni saya buat goreng tepung.

ada lagi separuh. so nak buat masak lemak cili padi.

saya masak sempoj je..

bahan

cendawan tiram , disiat-siat
cili padi 10biji atau sesedap rasa
bawang besar 1/4 ulas
kunyit hidup
serai sebatang diketuk2
daun kunyit
santan pekat
ikan masin atau ikan bilis 

cara masak
cili, bawang dan kunyit hidup di kisar. then tuang dalam periuk. masukkan cendawan, garam, ikan masin, serai masakkan dulu.



then bila dah mendidih dalam 5 minit. masukkan santan pekat. dan daun kunyit. kemudian dah masak santan tu boleh la dihidangkan..



makan dengan nasi panas2 & ikan goreng pon dah cukup!

nyum nyum,
CHEF HERNY 

testimoni campak

gambar di atas tu adalah gambar saya sendiri.

masa bulan 2 hari tu saya terkena demam tinggi. kebetulan masa tu saya berada di makkah. ya Allah risau sangat. kemudian bintik2 campak tumbuh.

masa hari nak balik malaysia, saya mandi dengan air zam2. memang keluar banyak bintik2 campak.

nasib baik tak kena kuarantin kat airportz sepanjang di mekah saya cuma ambil vitamin C dan nutriferon. selain tu untuk tenaga saya ambil cinch tea.

sampai di KLIA husband datang jemput dan balik ke penang. masa tu dah keluar bijik2 campak 1 badan. miangnya memang tak terkata.

sampai nya di penang saya ambil shaklee secara "intensive"

untuk muka saya rajin kan diri untuk kerap cuci muka dengan pencuci nutriwhite. kemudian saya "bedakkan" dengan ESP. ESP saya campur sedikit air dan sapu kemuka dan tubuh. rasa sejuk je.

kemudian malam saya sapukan minyak vitamin E ke tempat2 yg berparut.

untuk dalaman pulak saya ambil VIVIX, collagen, ESP dan vitamin C

alhamdulillah..
dalam 5 hari je muka saya beransur pulih. dan lepas seminggu dah ok dan macam tak kena campak je...

jadi bagi anda yg mempunyai masalah kulit.

saya sarankan anda guna pencuci muka nutriwhite, mask kan wajah dengan ESP & vitamin E, kemudian dalaman consume collagen, vivix, vitamin C. boleh juga tambah vitamin E. 

insyaAllah~ masalah kulit dan parut boleh di atasi. selamat mencuba

love, 
        herny

Friday, July 18, 2014

SHAKLEE VS ISRAEL




lega dapat kenyataan hitam putih hijau dari shaklee corporation tentang isu shaklee bagi fund kat israel melalui keneseth israel tu..

lagi satu shaklee corporation dah mendesak  supaya web tersebut tak menggunakan logo shaklee dalam web tersebut.

ramai yg menyebarkan tentang keneseth israel dan mendakwa shaklee terlibat dalam menyumbangkan fund kepada israel.

kalau macam tu uolss klik je web tersebut  n klik logo shaklee tu dan tengok ke mana link tu masuk...

adakah masuk ke web shaklee official? tidak!  dia masuk dalam shopping chart si KI. shopping chart yang sesapa pon boleh buat.  mak jemah changlun pon boleh letak logo shaklee then buat shopping chart. so tak perlu setakat print screen dan forward ke sana sini.

jelas kat situ keneseth israel tu hanya lah shaklee independant distributor yg mana sesiapa pon boleh order barangan shaklee dari dia kemudian semua keuntungan dia sebagai penjual shaklee dia salurkan ke organisasi dia.

ishh ... jadi uolss kalau nak beli shaklee takyah beli kat shopping chart KI tu contact je saya saya g post kan kat awak okay?
ni la web yg di viralkan kat FB kengkunun shaklee bagi fund ke israel..

shaklee dah keluarkan statement rasmi.
jadi tak perlu nak bersyak wasangka lagi..

hmmm...org lain buat bisness shaklee samapi leh g umrah, g sponsor mak ayah ke haji, g wakaf, g sedekah sana sini..

kita ni plak? apa posisi kita??

masih nak syak wasangka & menfitnah sana sendiri ke?

sekurang2 nya si keneseth tu ada gak sedekah kat agama dia.. yg awak tu? apa awak buat kat agama awak?

bawak2 laaa berubah okay?

salam shaklee - bis with confident~ insyaALLAH~
herny :)


fadhilat zikir hari jumaat

Fadilatnya : 
Allah akan memberi ketenangan hati bagi yang membacanya dan merasa kelazatan zikrullah
YA ALLAH.
Speechless bila buka handphone pagi ni. penuh newsfeed FB dengan berita terhempasnya pesawat MAS MH 17. mula saya buka whatsapp dan ada baca seorang kawan text tentang MH17. kemudian buka FB pulak.. Ya Allah ramadan macam2 berita sedih..

saya sendiri rasa takde mood nak shopping raya... rasa sayu tengok tentang palestine..saudara2 di Gaza, kemudian ni pasal MH17 dan yg dekat serangan sulu kat Sabah pulak..

nak komen lebih2 pon tak terkeluar dah... Sempena hari Jumaat yg mulia.. jom kita ikut nasihat Iman Al- Ghazali tentang zikir harian Ya Allah 1000X. moga2 Allah memberi kita ketenangan hati.

apa yg berlaku sudah tertulis. semuanya atas kuasaNya jua..

Moga2  kita semua di bawah lindungan Nya~

Thursday, July 17, 2014

Impian dan harapan

blog ni pada asalnya saya create untuk cerita pasal diri saya dan anak tunggal saya si Puteri. Biasalah anak tunggal kan. Sayang nya lebih ..masa saya buat tu umur puteri lebih kurang 2 tahun kut. Asalnya nak cerita pasal cloth diaper journey. saya memang suka blogwalking baca2. jenis memang tak minat TV. masa tu saya masih kerja sebagai nurse. jadi selalu sebelum anak bangun saya buka laptop dan merayau...

kemudian jumpa blog2 tentang edible garden. sejak tu saya kenal ramai "pekebun' kongsi tips. seronok jugak. boleh tahan jugak pokok2 sayuran saya.

kemudian beralih pulak ke zaman saya nak berdiet..jadi banyak cerita pengalaman berdiet dari seorang saiz raksaksa ke saiz yg comel sikit..kikiki..

gambar2 masa oveweight sangat2.... masa ni puteri 2 tahun lebih je ni

masa ni birthday puteri yg ke 4


then  dalam masa yg sama saya terjebak dengan shaklee.. masa tu tahun 2012. masa join shaklee tu asalnya untuk makan sendiri je..

then ter daftar free membership. dah memang saya ni jenis suka sharing, kongsi update facebook ..so dari baru lah terjumpa bakat terpendam iaitu seorang bussinesswoman.

masa saya tengah mendaki rank alhamduillah rezeki masuk..maka masa nak update blog pon kurang. oooohh rasa tak cukup kaki tangan..(padahal time management fail!!)

kemudian bila agak stabil 5 angka dalam shaklee saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan fokus pada bisness je..

alhamdulillah dah hampir setahun saya bergelar master. masa pon lebih terurus. saya dah ada syarikat dan staff sendiri. syukur..banyak perkara2 saya boleh hand over pada pembantu2.  jadi ada banyak masa laaaa nak upgrade pengisian kat sini..

jadinya .... blog kecik saya ni baru usianya 3-4 tahun. insyaAllah sini akan jadi tempat jalan cerita saya.

semalam saya mula mencatat tentang 100 impian saya insyaAllah setiap impian yg akan dicapai tu saya akan update di sini sebagai jejak2 mimpi saya..

dulu saya serorang yg macam org biasa.. sekarang saya berubah sedikit demi sedikit,...dah berani listkan impian2 besar.... seronok tulis impian ni rasa apa matlamat kita makin dekat makin  dekat...

antara impian saya no 56 ialah solat di masjid al-Aqsa Palestine.

betapa teringin nya saya jejak ke sana. Sama2 la kita doakan semoga Palestine kembali aman....

bagi anda yg hidup masih dengan rutin yg sama..apa kata mula buat 100 impian dan fikirkan jalan untuk capai impian2 tu...memang rasa berbeza~~

love, 

herny

Sunday, July 6, 2014

INNER CIRCLE UNITED : ICU #3 di The Regency, Alor Setar


semalam saya ke Alor Star untuk kelas ICU ni. 

sebelum start kelas saya briefing sikit tentang application baru dalam
shaklee2u iaitu eSell. 

kemudian start kelas dengn sessi muhasabah diri..
peserta kena berdiri, pejam mata dan tunduk, pegang tangan sahabat sebelah...dan di minta untuk bayangkan impian masing...

tujuan saya adakan sessi ni untuk masing2 tau tujuan mereka buat bisness ni. benda ni sangat penting sebab ia adalah push factor kita untuk terus meredah apa jua halangan.

kemudia leader beri sharing pengalaman masing2.. bermula dengan azzlinda (pengedar shaklee di kedah ). beliau sangat pemalu tapi berpotensi besar. dah mengenggam 4 angka sebulan. tujuan saya pilih azzlinda sebab saya nak doa kuasai ketakutan. dia sangat pemalu orgnya. tapi berjaya juga bagi sharing 30minit.

kemudian cerita dari cik sapela tentang push factor dia dalam shaklee. cerita cik sapel memang menginspirasi ramai org. cik sapela belajar takat SPM n berkerja dengan gaji hakiki 1000 saja tapi dengan shaklee dia dah berjaya mencecah 5angka sebulan...

kemudian sharing dari munirah hazam tentang cabaran buat shaklee secara part time dan full time dari rumah. kedua2 nya ada cabaran tersendiri:) 

kemudian sessi sharing master pulak

iaitu Presidential Master Laila, Master Izzati, Master Rahimah dan Master Fariza.


kemudian saya menjemput 3 orang sebagai peserta forum iaitu Yuyu, kak mah dan maria rajab.
sessi berakhir jam 4 petang.


sekian laporan.

wakakkaakaaaa
skema plak tulis blog kannnnn...
apa pon alhamdulillah. kelas semalam dah berakhir tapi apa yg penting oalah mempraktikkan apa dah diberi....
jom layan gambar2...

dgn cicit azlinda
sefie with munirah hazam
master 3 keturunan





setiap orang biasa boleh berubah menjadi LUAR BIASA!!

love,
master herny

Saturday, July 5, 2014

VIVIX untuk selsema

salah 1 tips yang berkesan yg saya amalkan dengan VIVX ni ialah masker..

kesannya best masa kita hidung tersumbat atas berhingus.

hanya perlu ambil sedikit cecair VIVIX dan sapukan ke hidung dan bahagian tulang pipi (sinus)  akan rasa kepanasan sikit je.. then rasa mudah untuk bernafas...

cubalah!

FUNGSI VIVIX BOLEH BACA DI SINI

UNTUK MEMBELI VIVIX BOLEH KLIK  DI SINI




Thursday, July 3, 2014

pekasam daging




ni kali pertama saya lihat dan rasa pekasam daging. mula2 saya tengok anak bisness saya fyna update. so minta dia link kan. 

akhirnya sampai juga ke perut pekasam daging ni.


pada yg taktau masak pekasam...
goreng dengan minyak.. tak perku basuh.. just campak terus dalam minyak panas.. dan goreng hingga garing.

nak lagi sedap taburkan bawang goreng dan cili..

ni lauk saya sahur nanti. pasangannya nasi goreng "bodo" hihi...

selamat bersahur..





salam ramadan semua 
:)

nak beli pekasam daging?


sila pm sahabat saya ni. saya beli kat dia lah :)

Wednesday, July 2, 2014

PROMOSI JULY 2014 : VIVIX


saya sangat teruja dengan promosi
VIVIX bulan ni. 

saya adalah salah seorang pengguna tegar VIVIX. dah berbotol2 saya telan.

paling best effect bagi saya kulit saya lebih berseri2 kemerahan.
selain tu VIVIX ni boleh beri saya tenaga dan kecergasan sepanjang hari.

cara makan yg disarankan ialah 1 sudu teh sehari.

tapi bagi saya yg hardcore ni masa saya agak sibuk atau terpaksa terkejar2 saya akan bancuh dalam 1 botol dan minum sepanjang hari. memamg boleh hilang lemau2 dan letih2.
bagi anda yg nak dapatkan VIVIX noleh segera wasap saya di:


atau emel : herny@aturius.com

penghantaran melalui poslaju atau COD

untuk shopping vivik klik sini