Sunday, October 26, 2014

petua: jintan manis untuk pecahkan lemak

salam uols, malam ni saya nak share lagi 1 petua mudah untuk bantu uols selim melim (bantu saya jugak)

masakan melayu ni banyak letak jintan manis atau fennel seeds. saya palinh suka letak bila buat asam pedas. fuhhh terangkat!

sebenarnya banyak manfaat jintan manis ni tau. ia kaya dengan flavonoid bertindak sebagai anti oksidan. selain tu ia juga ada fiber yg boleh serap kolesterol dan lemak dalam usus kita. ia juga boleh buang angin2 dalam perut kita.  kebaikan jintan ni sangat bagus untuk sistem pencernaan kita.

ada beberapa cara untuk kita amalkan jintan manis.

1) campur dalam makanan harian.. dalam  masakan berkuah atau kacau goreng.

2) teh ~ rebus 2-3 sudu jintan manis bersama 500-600ml air selama 15-20 minit. minum setengah gelas pagi dan malam. sebaik2 nya masa perut kosong supaya ia boleh bertindak lebih berkesan.

3) makan begitu saja. boleh juga disangai dulu dan masukkan dalam botol kedal udara dan buat kudapan.

selamat mencuba!


opss selain utk kurus jintan manis juga boleh menyegarkan nafas anda.

jgn lupa minum air mencukupi ya? 
1 liter bagi setiap 25kg berat badan anda! yg gemokkk kena laa minum lebih..

love,
herny
Post a Comment