Thursday, October 30, 2014

menu diet : ikan tongkol masak cuka

IKAN TONGKOL MASAK CUKA

Anda tengah berdiet? Anda mengamalkan diet rendah karbohidrat? Tak tahu lagi nak masak apa? Jemu dengan stim & grill?

ni resepi ringkas tapi menyelerakan.
Ikan tongkol masak cuka. Memang lepas makan berpeluh2 je rasa.

mudah je nak sediakan.

bahan-bahan:

• 2-3 ketul ikan tongkol 
• bawang putih dan bawang besar dipotong kasar
• 3 sudu cuka
• sedikit garam
• sedikit kunyit
• lada hitam di tumbuk kasar
• jintan manis dan jintan putih
• daun kari
• cili padi
• minyak untuk menumis

Penyediaan

Ikan boleh digoreng separuh masak terlebih dahulu.
Tumiskan bawang, daun kari, jintan manis dan jintan putih. Masukkan cuka, air dan garam. Kemudian masukkan ikan dan cilipadi.

Setelah mendidih boleh dihidangkan. Jintan manis, jintan putih dan lada hitam, cili padi memang metabolisme booster yang bagus! boleh bantu bakar lemak lebih baik tau....

Jangan lupa telan Lecithin 6 biji untuk larutkan lemak dan minyak!
selamat mencuba!

salam sayang,
herny hafiz



Post a Comment