Saturday, October 4, 2014

makan-makan : mee udang sungai dua

hari ni lepas ambil barang-barang bisness kat shaklee branch seberang jaya pulau pinang. saya & staff saya sengaja terlajakkan diri. alang2 tu terus cari tempat makan. daripada lebuhraya plus kita kena keluar melalui exit sg dua, kemudian ambik simpang kanan. lepas daripada simpang ... anda akan nampak petron. haa boleh parking kat petron. kemudian jalan sikit patah balik. akan jumpa butik jubah dan kedai makanan haiwan. kedai ni namanya AZIZ MEE UDANG PAK NGAH.

kalau mi biasa tu rm8 sepinggan. kalau nak tambah udang pulak harga ikut udang yg kita pilih. ada udang bela, ada udang laut ada udang galah. tapi lobster takde ya? 

kami bertiga termasuk anak saya.order rebus tambah 6 ekor udang laut. 




sini juga ada jual satay. kami order 10 cucuk satay ayam dan satay daging. anak saya puteri order nasi goreng. harga semuanya rm49.90!






tapi takper sedap dan berbaloi2! nyum nyumm.. bagi anda yg datang ke mee udang ni. ingat ya ia di bahagian tanah  besar.... boleh rasa~~~
Post a Comment