Tuesday, October 28, 2014

baik buruk protein diet dan ketosis

ramai yang mengamalkan diet yang menghadkan karbohidrat sehingga 20 gram sehari di mana perlu mengamalkan "pantang" nasi,kentang, dan buah-buahan.

bila karbohidrat dikurangkan maka tubuh mula membakar lemak sebagai sumber tenaga maka penyusutan badan berlaku dengan ketara sehingga mampu turun hingga 1 kg sehari. diet ni di asaskan oleh DR ATKINS dan dinamakan ATKINS diet. ATKINS DIET mempunyai 4 fasa iaitu
1) INDUCTION - berlarutan selama 2 minggu atau lebih. hanya 20gram carbohidrat dibenarkan melalui sayur-sayuran.

2) ONGOING WEIGHT LOSS (OWL)- jumlah karbohidrat ditingkatkan menjadi 25 gram dan ditambah 5gram jika berat badan masih signifikan.

3) PRE MAINTAINANCE 

4) LIFETIME MAINTAINANCE 

fakta menarik tentang diet TINGGI PROTEIN, RENDAH KARBOHIDRAT

1) berat badan boleh menyusut dengan cepat.
2) kurang lapar kerana paras insulin rendah
3) ketosis terjadi iaitu lemak-lemak dibakar untuk metabolisme menghasilkan produk kumuhan iaitu ketones
4) ketones juga boleh mengurangkan nafsu makan


namun terdapat perkara yang perlu di ambil kira kehadiran ketones memaksa buah pinggang bekerja keras. risiko untuk kerosakan buah pinggang amat tinggi terutama jika anda kurang minum air kosong. buah pinggan akan terbeban.

jadi adakah bagus atau tidak diet tinggi protein?

bagi saya. ia terpulang kepada pendapat masing2. terus gemuk pon banyak risiko kesihatan. turun mendadak pon ada risikonya.

cuma jika anda berdiet pastikan MINUM AIR SECUKUPNYA dan monitor FUNGSI BUAH PINGGANG anda..



herny hafiz

Post a Comment