Wednesday, September 10, 2014

TRIP SHAKLEE LIVE : CALIFORNIA PART #2 DISNEYLAND

Sambungan kisah trip shaklee US;

day 3 : 15 Ogos 2014

hari ketiga lepas sarapan lebih kurang jam 9 pagi kami berkumpul depan hotel. sebahagian dari kami memilih untuk pergi shopping. tapi biasalah kami yang kanak2 ribena ni pilih untuk berjimba2 kat Disneyland. Shaklee bekalkan kami duit poket USD 50 seorang untuk makan-makan kat dalam. dah janji dah kat disneyland,,kami berlima ni nak pakai group tshirt MM.. yang kiut ni..hihihi

dalam bas travel guide dah bagi siap2 tiket ke disneyland. bas parking kat pinocchio dan kami pon menapak ke theme park. tepi2 jalan banyak ditanam pokok2 rose putih dan pokok2 palm.
sampai2 lepas dengar taklimat serba sedikit biasalah mula laa bertempiaran masing2... hihi.. paling happy puteri lah..dapat masuk 1 kedai namanya apa ntah..dalam tu budak2 ni dimekapkan alah macam fairy la tolong magic kan dorang... suka laaa diaa.... lepas2 mekap mula jadi sopan santun dan keras... maybe sebab agak letih dan masih dalam jetlag.. jadi saya takde la main mainan dalam ni. lepaskan je mak2 budak main2 saya plak.. tidurkan cikput kat tepi pasu bunga..hihi...so dekat 3-4 jam masa saya kat disneyland tidur..hahahahha... yang lain2 enjoy laaa jalan2.. lebih kurang pukul 6 puteri dah bangun sebab ada parade. so sempatlah tengok parade watak2 disney tu.. paling best masa snow white tu jalan dia lambai2 kat puteri sebab baju sama. i think moment tu memang puteri ingat..maybe bagi dia tu adalah real punya princess kot. pertunjukan  bunga api lebih kurang jam 10 malam.. so lepas tengok bunga api..kitorang pon balik.. kemungkinan lagi 2 tahun akan jejak balik ke disneyland ni. balik hotel memang letih...dan tidur je..oh ya kat sini ada jual gaun2 princess jadi sempat saya shopping 7 helai gown untuk guna kat studio magic lensa...

layan dulu beberapa keping gambar ni... jumpa lagi untuk siri #3










Post a Comment