Thursday, September 11, 2014

khasiat cekur


cekur ni adalah sedara mara halia. cekur boleh membiak melalui rizom. cekur yang saya tanam ni saya dapat di tesco.kebetulan ada jual ubi cekur ni. jadi saya ambil dan balik masukkan dalam pasu. baru2 ni pasu dah penuh dengan rumput dan daun2 dan kering. jadi saya cabut dan gembur2 semula. alhamdulilah dah tumbuh subur.

resepi cekur
saya cuma potong2 daun nya halus, dan makan dengan nasi sebagai ulam. tapi setengah orang suka gaul bersama kelapa. 

khasiat cekur
antara khasiat cekur ni
1: bagus di makan semasa dalam pantang sebagai tonik dan mengecutkan rahim
2: menyembuhkan perut kembung
3: melancarkan haid, melegakan senggugut
4: meredakan loya dan muntah
5: melegakan batuk dan selsema

menanam cekur sangat mudah. jika jumpa rizom balik masukkan dalam pasu yg tanah digembur. siram sehari sekali. cabut rumput. daun2 yg muda boleh la di gunting dan basuh untuk dibuat ulam.





Post a Comment