Thursday, September 18, 2014

cutu-cuti kota kinabalu dan kundasang


alhamdulillah ~ kali ni nak cerita tentang jalan2 cuti-cuti malaysia kami di kota kinabalu, kundasang dan ranau. 
kami bertolak dari penang lebih kurang jam 10 pagi dan sampai di kota kinabalu dalam jam 1 petang. bersama2 trip ni jugak ada 3 coordinator dari group bisness saya yg turut join iaitu fyna, yuyu dan marjan!

fyna & marjan terbang dari KLIA tapi  arrival time lebih kurang sama dengan kami juga yg bertolak dari penang ni. sampai je kami ambil kereta sewa dengan bayaran RM250 untuk 3 hari 2 malam. saya ambil proton saga dan geng2 bujang 3 org tu ambil viva.

dari airport kami gerak ke celyn hotel
dan disambut dengan anak2 buah saya di sana.. di sana kamu buat meet up, kemudian lepas coaching singkat dan bagi sikit booster injection, acara potong kek kami semua gerak ke port view untuk makan malam.
kenapa pilih port view? bagi saya, saya pilih  sebab makanan yg fresh, dan ambience yg cantik.. harga.? . boleh tahan mahal sesuai la dengan tempat kan? kalau nak banding dengan pasar filipin tak boleh la. kos makan malam kami rm1400++ untuk 10 org! kiranya hidangan mewah..menu utama lobster seberat 1kilo lebih berharga rm600++ puas makan! sekali sekala je boleh makan macam ni. lagipon alang2 nak open table kan? lagi kami order kerapu merah seberat 1.7kg masak sos thai. sedap & fresh. semua makanan kat sini masih hidup ketika di pilih! freshhhhh! lain2 ada udang, sotong, siput2 dan special sayur sabah!





lepas makan malam
kami masuk ke pasar philipine untuk beli souvenir. hubby dah balik tidur bawak puteri. alang2 dah sampai KK kami pusing2 cari branch shaklee KK! jiwa shaklee ni mana2 pergi nak cari jugak! so tu anak cucu saya posing!! hihi.. muda2 lagi dorang..bujang.. tapi income dah cecah 5 angka sebulan dalam shaklee!




keesokan pagi lepas breakfast kami terus gerak ke kundasang. alhamdulillah cuaca elok. kali ni puncak kinabalu nampak lebih jelas. ala2 new zealand gitu...di sana kami singgah ke desa dairy farm sambil melawat lembu2 dan kambing.. macam biasa dengan pemandangab indah macam tu apa lagi selfie time. tapi saya diserang sakit kepala pulak! so bagi peluang yg muda2 tu enjoy!

lepas melawat desa dairy farm...saya n hubby terus ke hotel untuk check in. lokasi terbaik... cantik sangat!

kami menginap di kinabalu park world heritage. kat sini ada  lodge unit 10 je... gambar lodge tu diambil dari camera drone sayup je... cuaca berkabus..  tempat ni sangat cantik! ni saya bagi rate 4 star! best.. privacy... sunyiii... serammm!

harga bilik rm400++ 1 malam!  air panas,astro, complimentary tea & coffe disediakan.



nak ke cafe kena jalan sikit. dekat cafe ada wifi free & laju. average sangat2 puas hati...next time kami cadang nak menginap lagi kat sini... sukaaaaa!

lepas makan kami lepak2 depan lodge sampai lebih kurang pukul 6 petang tapi sayang berkabus tak nampak apa2. tapi kata staff situ kalau cuaca elok boleh nampak
puncak kinabalu. lama menanti rasa  agak frust. baru je nak masuk bilik tiba2 awan berlalu dan puncak kinabalu nampak dengan jelasss selama beberapa minit!! apa lagiiiii kelm kabut kami bergambar dan menikmati keindahan ciptaan Allah. ni adalah kali pertama saya lihat puncak kinabalu secara live! kagum!

malamnya hujan renyai jadi kami keluar makan kat pekan ranau. cadangan asal nak masuk poring hot spring tapi cuaca hujan pulak dan katanya malam tak buka. kami pon kebetulan dah letih jadi rasa baik balik tidur je laaa! memang nyenyak tidur sampai esoknya terlepas breakfast sebab nyaman sangat!!!  3 orang muda tu pagi2 dah berangkat sebab flite lebih awal..tak sempat nak hugs2 pon.

lepas check out saya & family gerak ke kundasang cari makan! kami singgah kedai makan dekat kundasang tu.. dari tepi jalan dah nampak dan bau sayap panggang! sampai2 terus order 6 ketul. puteri makan nasi ayam. saya makan bihun sup campur, hubby nasik campur.

lapar ditambah sejuk makanan jadi sangat enakkk!


dekat sini saya ada beli sebiji buah terap. harga rm3 je. makan dalam kereta dalam perjalanan ke sungai moroli  yang terletak di Kampung Luanti untuk tengok ikan kelah.. nak masuk sini kena bayar rm10 kalau tak salah. di pintu masuk ada pokok terap yg besar!!!! rasa buah terap ni rasa ala2 cempedak tapi bau tak sekuat cempedak.

dekat sg moroli ni hanya diberi masa 15 minit bermanja dengan ikan kelah. kami diberi makanan ikan 20 sen sepeket. sorang cuma dibenarkan sepeket je! ikan ni sangat manjaaa.. memang mengerumun bila kita masuk.. 

lepas beberapa ketika di sini kami bergerak ke airport. dalam perjalanan kami singgah di rumah terbalik, tamparuli


gambar ni kami tebalikkan hihi..

lepas pusing2 kat rumah terbalik kami pon check in airport dan balik penang . belum puas datang sabah. lain kali pasti datang lagi untuk tawan puncak kinabalu pulak! 
till then~~~~~ jumpa lagi KK!
boleh bah kalau kau!
love,
hernyhafiz



















Post a Comment