Thursday, July 17, 2014

Impian dan harapan

blog ni pada asalnya saya create untuk cerita pasal diri saya dan anak tunggal saya si Puteri. Biasalah anak tunggal kan. Sayang nya lebih ..masa saya buat tu umur puteri lebih kurang 2 tahun kut. Asalnya nak cerita pasal cloth diaper journey. saya memang suka blogwalking baca2. jenis memang tak minat TV. masa tu saya masih kerja sebagai nurse. jadi selalu sebelum anak bangun saya buka laptop dan merayau...

kemudian jumpa blog2 tentang edible garden. sejak tu saya kenal ramai "pekebun' kongsi tips. seronok jugak. boleh tahan jugak pokok2 sayuran saya.

kemudian beralih pulak ke zaman saya nak berdiet..jadi banyak cerita pengalaman berdiet dari seorang saiz raksaksa ke saiz yg comel sikit..kikiki..

gambar2 masa oveweight sangat2.... masa ni puteri 2 tahun lebih je ni

masa ni birthday puteri yg ke 4


then  dalam masa yg sama saya terjebak dengan shaklee.. masa tu tahun 2012. masa join shaklee tu asalnya untuk makan sendiri je..

then ter daftar free membership. dah memang saya ni jenis suka sharing, kongsi update facebook ..so dari baru lah terjumpa bakat terpendam iaitu seorang bussinesswoman.

masa saya tengah mendaki rank alhamduillah rezeki masuk..maka masa nak update blog pon kurang. oooohh rasa tak cukup kaki tangan..(padahal time management fail!!)

kemudian bila agak stabil 5 angka dalam shaklee saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan fokus pada bisness je..

alhamdulillah dah hampir setahun saya bergelar master. masa pon lebih terurus. saya dah ada syarikat dan staff sendiri. syukur..banyak perkara2 saya boleh hand over pada pembantu2.  jadi ada banyak masa laaaa nak upgrade pengisian kat sini..

jadinya .... blog kecik saya ni baru usianya 3-4 tahun. insyaAllah sini akan jadi tempat jalan cerita saya.

semalam saya mula mencatat tentang 100 impian saya insyaAllah setiap impian yg akan dicapai tu saya akan update di sini sebagai jejak2 mimpi saya..

dulu saya serorang yg macam org biasa.. sekarang saya berubah sedikit demi sedikit,...dah berani listkan impian2 besar.... seronok tulis impian ni rasa apa matlamat kita makin dekat makin  dekat...

antara impian saya no 56 ialah solat di masjid al-Aqsa Palestine.

betapa teringin nya saya jejak ke sana. Sama2 la kita doakan semoga Palestine kembali aman....

bagi anda yg hidup masih dengan rutin yg sama..apa kata mula buat 100 impian dan fikirkan jalan untuk capai impian2 tu...memang rasa berbeza~~

love, 

herny
Post a Comment