Saturday, July 19, 2014

cendawan masak lemak cili api + ikan masin

haaa~ ni saya buat beberapa hari lepas. sebelum tu separuh cendawan ni saya buat goreng tepung.

ada lagi separuh. so nak buat masak lemak cili padi.

saya masak sempoj je..

bahan

cendawan tiram , disiat-siat
cili padi 10biji atau sesedap rasa
bawang besar 1/4 ulas
kunyit hidup
serai sebatang diketuk2
daun kunyit
santan pekat
ikan masin atau ikan bilis 

cara masak
cili, bawang dan kunyit hidup di kisar. then tuang dalam periuk. masukkan cendawan, garam, ikan masin, serai masakkan dulu.



then bila dah mendidih dalam 5 minit. masukkan santan pekat. dan daun kunyit. kemudian dah masak santan tu boleh la dihidangkan..



makan dengan nasi panas2 & ikan goreng pon dah cukup!

nyum nyum,
CHEF HERNY 

Post a Comment