Thursday, May 1, 2014

My Edible Garden

Sebenarnya nak kata edible sangat pun tak juga. Ada juga pokok2 hiasan.

Pokok-pokok kebanyakan di tanam di tepi pagar. Nampak "semak" juga apatah lagi dengan cuaca hujan sekarang.. memang cepat rumput membiak..

Plan masa akan datang nak letak awning hijau tu, kerusi ke..buaian ke, water fountain, pagar2 kayu, batu2 sikit supaya nampak kemas sikit. Kalau ada fulus cakap je la..semua nak!

Edible plant yang ada kat sini - cili ( beberapa species), kacang panjang, kacang buncis, serai - yang ni tak lama lagi nak kena cantas..dah ada serumpun kat backyard- sakit mata tengok..semak, pandan, ulam raja, selasih (basil), kunyit, halia,pucuk manis, lobak putih, kailan, daun sup,pegaga,pakchoy, bendi, roselle dan bayam putih daun bulat dan bayam malabar (remayung merah).

Pokok2 hiasan yang tak seberapa pulak - ati2, orkid, rose, kemunting cina, anthurium (betul tak ejaan) bunga matahari dan beberapa yang tak tau nama nya...
orkid - baka apa ya? tak tau sangat.

kemunting cina

Post a Comment