Tuesday, November 19, 2013

my first pandora



seronok kan.. macam mengantuk di sorong bantal baru ja berkira2 nak rembat pandora ada org offer as gift!!

thanx master shareeza aka master cery!
really appreciate!
so pandora ni klip dia kuat.. dah pakai ku dah tatau nak buka!
kena minta pertolongan ~~~~


Friday, November 15, 2013

coaching bersama cucu cicit

jika ada kesempatan memang best jumpa cucu cicit bisness ni.. saya suka outing2 santai.. rasa lebih dekat! fae ni cucu bisness saya yang dah naik rank ke senior coordinator pon! dan hari ni dia bawak anak dia sekali yg sangat bersemangat! baru join bulan ke2!

tiada apa perlu dirungsingkan. rezeki Allah tu luas.. better late than never... walaupon kita rasa dah ramai join shaklee tapi takde masalah  masih ramai yg belum aware~ so masih boleh bersaing dan maju !! apa yg penting diri sendiri! be positive~~ believe we can do it!

salam petang

master herny ~ the inspirator


Wednesday, November 13, 2013

apa ada dengan vitamin C shaklee



salam sayang~

vitamin C Sustained Release adalah most wanted item! selalunya tak sempat beberapa hari shaklee restock licin!! so Vitamin C SR ni memang ramaiii sangat peminatnya! VITAMIN C SR ni sangat berbaloi dengan harga retail RM 92.50 sebotol untuk 180 tablet bekalan untuk 6 BULAN!!! sangat2 berbaloii!

apa yang best?
kepentingan vitamin c paling best ialah mencantikkan kulit! Pengambilan setiap
hari dapat meningkatkan penghasilan kolagen, melicinkan parut2 jerawat, menghalang jerawat, mencerahkan kulit, memudarkan jeragat!

pendek kata nak cantik konsisten dengan vitamin c! ambil setiap hari 1 biji!!!  result pasti gempak!

selain tu vitamin c tingkatkan sistem imun so jarang2 la nak dapat selsema, batuk, alahan, resdung, demam dan jerawat2 semua ni!

untuk sebarang maklumat lanjut boleh contact saya

master Herny
  ( shaklee penang )
emel: hernyyusnizar88@gmail.com

terjebak dengan pandora

pandora! 
baru saya terjebak.. almaklumlah nak menjebak dalam pandora jewelry ni paham2 je la. mula2 saya  dengar2 & nampak je master cery & master iffah sebut tentang pandora. saya agak
mesti mahal ni! saya memang bukan peminat barang kemas daripada emas. memang minat silver je.

kemudian masa ber "travel" ke KL sempat saya lalu di alamanda dan empire. tapi tak termasuk ke dalam. balik rumah saya mula google tentang pandora! oh rupanya daku ketinggalan... hihihi!

lepas google2 ni baru paham dan terbayang2 pasal pandora ni!

basically untuk start berpandora ni kena beli bracelet dulu, ada 4 jenis gold, silver, fabric and leather. I am looking for silver. 
Of course paling mahal gold la kan. yang silver dalam RM300 biasanya permulaan boleh tambah sedikit charm supaya nampak la "ke pandora an" nye kan.
then dari masa ke semasa boleh tambah charm tu sampai la penuh and cun melecun. 


ada beberapa jer pandora store kat malaysia iaitu 
KL
KLCC
Ampang Point
Mont Kiara
Pavillion
Bangsar Village
Empire Shopping Gallery

Gurney Plaza,Penang
Spring, Sarawak
Tropicana, Petaling Jaya
Paradigm Mall, Kelana Jaya
Setia City Mall, Shah Alam
Alamanda, Putrajaya
KLIA

kalau taknak ke outlet boleh masuk online di pandora.net

Tuesday, November 12, 2013

apa itu radikal bebas?


radikal bebas terbentuk bila kecelaruan hormon akibat stress, diet tak seimbang, sumber makanan yang tak berkhasiat.  Makanan kita walau asalnya berkhasiat pon akan terganggu semasa proses penyediaan dan cara memasak.


Radikal bebas ni bila terkumpul akan akibat macam2 penyakit2 seperti cancer dan macam2 lagi.

bagaimana nak kawal penghasilan radikal bebas?


kita perlu mengambil bahan2 anti oxida seperti buah2 an dan sayur2 sayuran. Namun kini sayur2 an pun bukanlah sangat selamat akibat racun dan  genetically modified organisme (GMO).

di sinilah pentingnya supplemen natural.
produk2 shaklee yang kaya antioksida adalah vitamin E complekx, Vitamin C dan yang terbaik pastilah VIVIX! 
sesuai dan mudah . hanya 1 sudu kecil sehari je.

jika anda rasa mahal... cuba jatuh sakit dan dapatkan rawatan mana lebih mahal?


salam sayang ~~ health is wealth~

master herny
0164215382 (sms/whatsapp)
ID shaklee 887628
emel: hernyyusnizar88@gmail.com

yakin lah rezeki pasti ada

salam sayang,
Dalam bisness tak semestinya apa yang kita nakn itu yang kita dapat. kadang2 Allah belum bagi kadang, Dia beri lambat sikit kan.

bisness Shaklee saya adalah bisness MLM. Biasala MLM bermaksud multi level. empayar bisness grow dengan adanya sistem downline-upline..

Bila sebut MLM ramai yang takut! tentang pelaburan yang tinggi. Sebenarnya konsep MLM bukan macam tu terutama sistem MLM yang saya praktikkan dalam empayar saya.

Saya sangat tak galakkan menyimpan stok sebab tak perlu. Sale on demand. apa yang penting persediaan kita untuk consultation dan  motivasi diri untuk berusaha.

 Sistem yang "memaksa" downline unruk menyimpan stok memang "bagus" untuk memberi point kepada upline tapi takkan bertahan lama  jika actual sale, actual aktiviti tu takde. Marketing takde. Return customer takde. Akhirnya walaupon ada stok  bertingkat2 tapi sale tak jalan apa akan jadi? Ramai yang mula down dan terdesak maka mula menjual bawah harga pasaran asalakan dapat pulangan modal! Attitude begini takkann  bawa kemana. Mungkin 1 masa akan untung besar tapi lama kelamaan empayar akan stuck! MLM cara ni takkan kemana tak kiralah produk apa pon yang dipilih!


Dalam business, jgn terlalu memikirkan duit..duit...duit.... sampai sesak nafas, sampai stuck akal fikiran. Apa yang penting kita tau tentang apa yang kita jual, kita ada kemahiran dalam memberi consultation. tak membebankan orang, InsyaAllah berpeganglah pada janji Allah bahawa rezeki ada pada yang berusaha, Bantu lah lebuh ramai orang, betulkan niat! pasti Allah akan kirimkan satu persatu untuk kita bantu..

Alhamdulillah.. bisness shaklee yang saya buat berdasarkan prinsip "nak tolong org lain dapat macamana yang aku dah dapat" ni sangat2 berkesan. Lain leader mungkin lain style. terpulang pada kekuatan masing2.

Dalam empayar shaklee saya cara untuk join buat shaklee hanya mengikut kriteria syarikat shaklee iaitu pendaftaran RM65 atau belian barangan yang berjumlah 200uv point! itu sahaja.

TAK PERLU STOK! TAK PERLU MELABUR WANG MODAL! TAK PERLU HEAD HUNTING!

formula ni berjaya pada saya dan dah di duplicate pada susur galur bisness saya.

~start small, end BIG~
salam sayang

master herny
~the inspirator~

Monday, November 11, 2013

testimoni vivix untuk keputihan


testimoni ni saya share dari anak bisness saya... melalui fb dia! memang top scorer vivix! takdir irwani cucu bisness saya yang sangat saya kagumi!



TAKDIR join shaklee bulan may hari tu dan terus daftar sebagai ahli kini dia dah naik ke rank ke 4 dalam shaklee sebagai senior coordinator pada bulan ke5!

setiap kali promo vivix memang saya ingat TAKDIR 
uolss nak dapatkan COD shaklee sekitar sungai petani, kepala batas boleh contact dia yer?

012 5557152
COD SHAKLEE SUNGAI PETANI, BERTAM, KEPALA BATAS




kalau aku rabbit

semalam nyanyi2 dalam kereta lagu kalau aku kaya. bila suh cikput nyanyi lagi sekali dia nyanyi kalau aku rabbbiiiittt~~

hehehe.. sebab mama suka google gambar2 karot ni cantik2 dia pon tingin nak jadi rabbit pulak...


sejak promo vivix memang saya selalu membaca n cari info tentang kebaikan ramuan vivix. kenapa shaklee guna purple carot instead macam2 lagi tumbuhan botanikal yang lain.

so jumpa la macam2 gambar karot kat google.

jom berkarot terutama karot ungu~~~ 
susah nak jumpa telan vivix jom!

harga promo masih berlangsung sepanjang november!

sekitar penang boleh boleh dapatkan shaklee melalui butik warisan anggun, kompleks pasar awam balik pulau melalui siti naemah. anak bisnesss saya ok?

Sunday, November 10, 2013

strok - dapatkan bantuan vivix

strok atau angin ahmar berpunca bila otak tak dapat berfungsi akibat kurang bekalan darah.

macam2 punca otak tak dapat cukup darah ni samada tersumbat, atau pecah secara tiba2.

bila dah kena strok ni kita akan dapat kesan tanda2 seperti lumpuh anggota badan, tak dapat bertutur dengan baik dan kemungkinan maut!

bagaimana vivix dapat membantu dalam masalah strok?



ramuan vivix terdiri dengan 4 bahan yang kaya dengan polyphenol iaitu anggur muscadine, karot ungu, polygonium cuspidatum dan europian elderberry.

Ramuan ni mampu melambatkan penuaan, merendahkan paras kolesterol serta mengawal tekanan darah kerana fungsinya sebagai antioksidan yang unggul! 

cara pengambilan

cara pengambilan vivix sangat mudah iaitu hanya 1 sudu kecil sehari. InsyaAllah dapat membantu orang yang anda sayangi dari terdedah kepada serangan penyakit2 kronik! lebih baik mencegah dari mengubati kan.

sempena promosi VIVIX bulan ni memang sambutan amat tinggi. bagi anda yang nak dapatkan VIVIX pada harga runtuh boleh hubungi saya untuk dapatkan ready stok ok?

anda juga boleh hubungi saya untuk pertanyaan lanjut mengenai VIVIX!
MASTER HERNY
ID 887628
0164215382 (sms/whatsapp)


dating dengan anak buah shaklee

bila sesekali saya outstation saya pasti akan cuba cari peluang untuk beramas mesra dengan anak2 bisnes. style saya lebih suka coaching secara santai, dari hati ke hati gitewww.

public speaking ok tapi secara personal saya lebih suka 1 to 1 coaching. rasa lebih dekat. bagi anak2 yg komited pasti mereka  akan datang cari ruang untuk bertemu kan?!

pagi sabtu saya ke HQ shaklee untuk pertama kali then jumpa wawa n sembang2 then  makan2 roti kat loaf empire.

wawa ni sangat bersemangat. if uols nak cari pengedar shaklee atau nak
join sekitar selangor boleh je contact dia yer? 

kemudian petang pulak saya date dengan ibu gigih ni! nanie- baru je join dalam 2-3 bulan dah naik rank as senior supervisor! surirumah je dah dapat side income shaklee 4 angka. sambil breastfeed sambil layan pavlova kat restoran serai, empire. melihat kesungguhan nani saya nampak dia boleh pergi jauh dalam shaklee.

malamnya pulak kami je Putrajaya! sempat juga jumpa dengan cucu bisnes yg dah bulan ke2 join dah pon naik ramk as Coordinator! Nyta jenis determine tapi tak sombong giteww.. best.. nak jumpa dia boleh je contact Nyta yang beroperasi kat area Putrajaya...
lihat kesungguhan mereka ingat masa saya dulu sanggup naik bas semata2  nak jumpa master cery demi nak dapatkan ilmu dan sentuahan magik! bagi saya kesungguhan anak2 cucu bisness ni turut memberi perangsang kepada saya. InsyaAllah bagi saya kesungguhan mereka tu betul buat daya tersentuh dan membuatkan saya makin seronok untuk cuba membantu lebib ramai lagi kat luar sana membina masa depan yang lebih cerah...

salam sayang~herny~
have a nice weekend
... penang...


Saturday, November 9, 2013

selangkah ke Estadio Madrid

semangat mr kaptain futsal kita2 ni pagi2 bancuh performance drink untuk kawan yang terpilih untuk pusingan awal futsal hot fm selangkah ke Estadio Madrid.



Apapun i wish uolss GOOD LUCK! 

group photo yang berjaya buat terpilih ke game ni! 

hari ni master herny belanja shaklee! minum puas2 ya? 
performance drink, cinch energy tea mix dan juga vitalea.

all the best!


Friday, November 8, 2013

happy 30th birthday hubby

semalam birthday husband ke 30!
sebenarnya memang taktau apa nak bagi hadiah lagi. rasa macam2 dah bagi kut!

then dari group chat my fren ~ kak put  bagi idea untuk hadiahkan bunga!

hahaha~ rasa cam brilliant juga tu..

so malam tu just wish birthday macam biasa. nothing special.

esoknya kelam kabut ke secret recipe beli kek then ke florist untuk tempah jambangan bunga kan..

then dalam kul 2.30 call husband tak angkat pon n tengah stress pasal ada meeting tergempar. hahahaah..

n then jadi la suprise kat dia n salah seorang kawan ofis yg kongsi birthday.

heheh kelakar kan tua2 dapat bunga n surprise bagai.. hahahaha...
happy birthday dear! terima kasih sebab jadi husband pada wife yang macam2 ni.

Tuesday, November 5, 2013

master celebration : master zura betty

banyak entry nak buat sebenarnya! akhir2 ni setiap minggu travel! 

master celebration ni adalah event master celebration shaklee yang pertama saya pernah join! harusss join my bestfren dalam group chat gojes ni! master Zura adalah salah satu master shaklee yang amat saya kagumi! dan antara orang yang sentiasa buat saya tercabar dan ingin berusaha!

master celebration zura betty di buat kat prince hotel, KL. so check in 1 malam kat prince. bilik best! pool best depan pavilion plak tu. 

sempatla minum2 dengan master Cery, master yani, master lyana, master izzati and master to be nik - my downline! kenangan betol minum2 di godiva tu kannnn..

esoknya sempat luangkan masa untuk sessi coaching moching anak2 shaklee then balik ke penang petangnya!

gambar n quotes tu kredit to mama shaklee saya master izzati! coaching tepi swimming pool gitu.

best  sangat sekali sekala jumpa anak2 bisness ni! terujaaaa~ begitula ukhwah kami dalam MLM shaklee di bawah naungan jutawan :)

semporna : heaven on earth trip


trip ni last 2 month kot! ni under mr nazri sulaiman sifu sony photographer! trip backpackers! we olls naik kereta n check in bangi then esoknya ke KLIA terbang ke Tawau n check in semporna untuk street photo sekitar semporna. Dalam flight sempat lagi amik gambar pillbox shaklee!

seronok juga pusing2 sekitar semporna cuma saya tengok keadaan sana kena dipelihara lagi. banyak sangat sampah sarap. sayang sekali tempat secantik itu kalau dibiarkan terus tercemar! tapi seafood memang fresh! trip kali ni lebih  kenal semporna lebih dekat berbanding masa kali pertama datang tempohari!
dari semporna kami ke penempatan bajau laut seterusnya ke beberapa pulau untuk gambar2 landscape dan lifestyle.
kemudian pengalaman yang mencabar bila mendaki ke puncak bohey dulang! semput wehhh nasib baik ada meng kiat! so i can be 2nd last! tapi view dari puncak bohey dulang sangat heaven! tak pernah seumur saya lihat view seindah ini!
tapi agk seram bila geng photography ni pacak kelengkapan masing2!  n shoot2 pastinya cun melecun. and last group photo!
dari situ kami bermalam dipulau mabul. namun cuaca tak berapa bagus dan berombak jadi underwater  shoot tak berapa jalan! taoi tak kisah janji ku boleh menyelam. dari mabul kami pulang ke semporna back to KL then terus ke penang!  next trip pasti datang lagi je mabul!







resdung dan vivix

sebelum ni ada kawan saya cakap dia resdung kemudian after buat masker vivix almost on the spot resdung jadi lega.

hmmm so saya pon teringin nak try kan. pagi2 bersin2 then buat masker vivix. then lepas 5-10 minit rasa lega! wahhhh berkesan!

kan cam ngeri je masker vivix! harus pitam sebab warna merah darah itu! 

kemudian sejak balik dari trip setiap minggu si puteri pulak batuk! geram sangat saya bagi dia minum 1/2 sudu vivix! wahhhh hari ni seharian tak dengar lagi batuk!
yess vivix tak rekemen atau tak ditest untuk kanak2! saya bagi berdasarkan keyakinan saya. lagipon apa yang saya yakin sebab ramuan vivix adalah anggur muscadine, karot ungu, europian elderberry dan polygonium cuspidatum! so saya rasa ok je! in fact memang berkesan! i tak suggest tapi kalau uolss yakin ok je kan~

mak mana tak lega bila anak sihat!



Monday, November 4, 2013

trip penang-melaka-jb-seremban-penang

ni adalah trip 1700km 4 hari 3 malam kut untuk test drive civic hasil shaklee! biasala poyo kan. dulu nak
beli city pon telan air liur alhamdulillah 10 bulan buat shaklee boleh dah bayar 20% downpayment Civic kan.

hari pertama kami check in avillion melaka.

then pusing2 naik beca, menara taming sari.... best jugak jadi tourist! kalau kat penang maluu ooo nak naik beca!


kemudian esok pagi kami bertolak dan check in di granada hotel. kemudian ke  destinasi sebenar2nya legoland malaysia! letih sangat.. happening juga! tapi rasa takkan pergi lagi kut! kecuali untuk themepark baru tu kan..


malam kitorang makan kat mana ntah tak ingat! sedap makanan! we oll try pecel lele la, ayam penyek n udang  butter. then malam ke2 kat banaffe village! harga boleh tahan silap order ketam dia bagi ketam nipah rm50 lebih 1 dish. then ada rusa black pepper.n some seafood.
muka kelaparan je ada. makanan takde! sebab lapar tak sempat snap!

esoknya kami ke hello kitty town kat puteri harbour! suka la puteri kannnn~


then esoknya ke seremban check in di mana eh kat seremban tu. tak ingat nama lak. lepas mandi pool balik penang...


total jarak perjalanan 1700km! puas hati ngan encik civic!