Monday, September 9, 2013

ketumbit atau "stye"


Hari ni bangun mata dah mula rasa semacam.. belek2 halamak ketumbit la pulak.. orang cakap ketumbit ni sebab suka mengintai orang! ada ke patut! Ni mesti sebab semalam berjalan 1 hari tahan mengantuk tenyeh2 mata dan lambat cuci mekap!

Ok apa sebenarnya ketumbit atau stye ni?

Stye ni berlaku disebabkan infection pada liang bulu roma ( eyelash follicles). ia boleh jadi di dalam atau di luar kelopak mata. Medical term untuk stye adalah hordeolum. Selalunya Stye akan sembuh sendiri lepas beberapa hari. Namun kalau dibiarkan ia boleh menyebabkan beberapa komplikasi seperti Cellulitis di mana jangkitan merebak ke seluruh kelopak mata!

Beberapa jenis bacteria yang kebiasaannya mengakibatkan Stye ialah Staphylococcus. Kebiasaannya bacteria ni memang terdapat di kulit dan sekitar rongga hidung dan tak membahayakan. Cuma apabila bacteria ini melepasi liang roma maka jangkitan boleh berlaku.

Tips 

Antara langkah2 yang boleh dilakukan bila terkena stye tuamkan mata anda dengan tuala bersih yang direndam dalam air panas.Tuam selama 10 minit supaya dapat mencairkan dan mengeluarkan cecair yang terperangkap dalam liang roma tu. Tips ni boleh di lakukan 3-4 kali sehari. selain tu boleh bersihkan wajah dan kawasan mata lebih kerap menggunaka pencuci muka dan air suam. Dan paling penting jangan letakkan sebarang solekan mata sehingga mata pulih!

Kebiasaannya Stye boleh berulang. So jagalah kebersihan mata yer? dan juga tingkatkan pertahanan tubuh terhadap jangkitan.

So saya dah cuci muka bersih2 dengan Nutriwhite dan air suam then ambil Nutriferon.  Moga2 esok mata kembali cun!
Post a Comment